Umum mengetahu Korea Utara merupakan negara yang terasing dan dipimpin oleh diktator Kim Jong Un. Undang-undang yang tersangat ketat dan rakyatnya yang tidak mendapat hak kemanusiaan membuatkan negara ini amat sukar untuk didiami.
Walaupun ramai yang ingin keluar dari Korea Utara, namun ia bukanlah satu usaha mudah. Jika sesiapa ditangkap menyeludup keluar dari Korea Utara, hukuman yang amat berat akan dikenakan seperti soal siasat yang keras, penjara malah kematian dalam kem tahanan politik
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, terdapat beberapa cara untuk mereka menyeludup keluar dari Korea Utara, dan iluminasi.com ingin kongsikan 6 cara tersebut.
1. DMZ - Zon Bebas Tentera
DMZ (demilitarized zone) atau Zon Bebas Tentera merupakan sebuah kawasan yang memisahkan Korea Utara dari Korea Selatan dengan jarak 240 kilometer. Kawasan ini dikawal ketat oleh kedua-dua tentera negara ini.
Amatlah berbahaya untuk menyeludup keluar melalui kawasan ini kerana terdapat banyak periuk api dan juga tentera Korea Utara yang berasa senang hati untuk menembak sesiapa sahaja yang melintasi kawasan tersebut.
Namun, masih ada peluang. Terdahulu, laluan ini digunakan oleh tentera Korea Utara untuk ke Korea Selatan dengan selamanya, yang mana mereka sepatutnya mengawal sempadan ini. Korea Selatan biasanya memberikan kerakyatan kepada rakyat Korea Utara yang masuk ke negara mereka.
2. Laut Kuning
Melalui laut pula, Laut Kuning merupakan sempadan laut antara kedua-dua negara ini. Korea Utara dan Korea Selatan mendakwa sebahagian daripada laut ini adalah kawasan mereka.
Sama seperti DMZ, ia juga dikawal ketat oleh tentera laut kedua-dua negara. Disebabkan jarak yang dekat melalu laut ini, terdapat beberapa individu yang mempunyai kemahiran berenang yang baik berjaya melepasi sempadan ini.
Walaupun dikawal dengan ketat namun amat sukar untuk tentera Korea Utara untuk mengesan individu berenang di dalam laut.
3. Program pertukaran pelajar
Korea Utara juga mempunyai program pertukaran pelajar, yang membenarkan rakyatnya untuk belajar di luar negara. Setahun sekali, beberapa pelajar China akan ditukarkan dengan pelajar Korea Utara.
Korea Utara bukanlah destinasi yang popular bagi pelajar China namun terdapat mereka yang sukakan cabaran dan pengembaraan akan mengikuti program ini. Bukan sahaja pelajar Korea Utara yang bijak dan rajin dapat belajar di luar negara, malah mempunyai peluang untuk tidak pulang, dengan melarikan diri ketika program berkenaan berjalan
4. Laut Jepun
Selain Laut Kuning, Laut Jepun juga merupakan alternatif rakyat Korea Utara untuk keluar dari negara tersebut. Ia merupakan sempadan laut antara Jepun dan Korea Utara, serta bersempadan Korea Selatan dan Rusia.
Namun, perkara yang paling sukar adalah sebuah bot diperlukan bagi menyeberangi dari Korea Utara ke Korea Selatan atau Rusia. Bagi ke Jepun pula, perjalanannya amatlah jauh membuatkan ia agak sukar, namun kerajaan Jepun tidak menghantar pulang rakyat Korea Utara ke negara mereka.
Sebaliknya akan menghantar ke Korea Selatan di mana mereka ini akan diberikan kerakyatan.
5. Pasukan Olimpik
Walaupun undang-undang untuk keluar negara bagi Korea Utara tersangat ketat, namun tidak bagi pasukan Olimpik mereka. Bagi atlet yang mewakili Korea Utara dalam sukan Olimpik, terdapat dua faedah yang dinikmati.
Pertamanya adalah dapat menikmati kemudahan di negara demokratik, ketika menyertai pertandingan tersebut. Keduanya adalah mendapat peluang keluar dari negara tersebut, membolehkan mereka untuk melarikan diri.
Walaupun semua atlet Korea Utara dikawal ketat ketika pertandingan antarabangsa, namun agak mudah untuk melarikan diri kerana tuan rumah bagi Sukan Olimpik biasanya adalah negara berdemokratik. Ia juga sama bagi pasukan bola sepak Korea Utara, yang kerap kali keluar negara untuk perlawanan antarabangsa.
6. Sempadan Korea Utara dan China
Seperti yang kita tahu, China juga merupakan jiran kepada Korea Utara. Untuk menyeludup keluar melalui sempadan China, mereka perlu bekerjasama dengan orang China yang pakar mengenai jalan tersebut bagi mengelakkan mereka dikesan oleh peronda sempadan China.
Namun, menyeludup keluar ke China bukanlah tindakan yang bijak kerana China sangat bermusuhan dengan pendatan Korea Utara. Malah, China berkolaborasi dengan Korea Utara dalam isu ini, dan menghantar pulang mana-mana pendatang.