Walaupun ramai di antara kita yang tidak begitu menghargai, namun alam sekitar adalah satu keperluan asas untuk kita meneruskan hidup.

Ini menjadikannya sebagai satu tanggungjawab bagi setiap manusia di atas muka Bumi ini untuk menjaganya.

Seiring dengan masa, teknologi semakin berkembang dan walaupun ia memberikan kebaikan, teknologi sebenarnya merupakan salah satu punca kepada kerosakan alam sekitar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk menyelesaikan masalah ini, manusia cuba untuk mencipta produk dan alatan "mesra alam" namun sesetengahnya memberikan kesan yang sebaliknya.

iluminasi.com kongsikan 6 produk mesra alam yang sebenarnya lebih merosakkan alam sekitar.

1. Pengering udara

pengering tangan udara cemarkan alam

Mesti anda semua pernah nampak dan gunakan mesin ni kan?

Mereka pengering udara di tandas awam yang dipasarkan sebagai "mesra alam" dan "menyelamatkan pokok" ini sebenarnya adalah satu pembaziran.

Pengering ini menggunakan kuasa elektrik yang tinggi dan tidak terlalu berkesan untuk mengeringkan tangan anda. Jadi, anda perlu menggunakannya untuk tempoh yang agak lama.

Dengan kuasa yang diperlukan untuk tujuan ini terutamanya model-model lama, menggunakan tisu kertas sebenarnya adalah pilihan yang lebih baik.

Tisu kertas biasa boleh memberikan kekeringan tangan sebanyak 90% dalam tempoh 10 saat, manakala 40 saat diperlukan oleh pengering udara untuk tujuan ini pada tahap yang sama.

Walaupun terdapat teknologi yang lebih baharu untuk pengering tangan udara sejuk atau terkanan tinggi, harganya adalah jauh lebih mahal membuatkannya jarang dilihat di tempat-tempat awam.

2. Kereta elektrik

adakah kereta elektrik benar benar mesra alam

Ini mungkin agak mengejutkan anda, kan?

Ya, memandu kereta elektrik sememangnya tidak menghasilkan pelepasan karbon dan tujuan penghasilannya adalah sebagai mesra alam.

Walaupun begitu, kebanyakan orang terkejut apabila tahu betapa banyaknya karbon dioksida dilepaskan ketika menghasilkan bateri lithium ion yang digunakan untuk menguasakan kereta elektrik ini.

Kajian terbaharu oleh IVL Institut Penyelidikan Persekitaran Sweden menunjukkan bahawa penghasilan bateri kereta elektrik melepaskan jumlah karbon dioksida yang tersangat dahsyat.

Sebagai contoh, kereta elektrik Nissan Leaf mempunyai bateri 30 kilowatt jam dan bateri Tesla Model S adalah sekitar 100 kilowatt jam.

Penghasilan sebuah bateri menghasilkan sekitar 150 hingga 200 kilogram CO2 bagi setiap kilowatt jam.

Jadi, Nissan Leaf telah melepaskan kira-kira 5 tan CO2 ke udara, sebelum kereta-kereta tersebut dijual.

Penghasilan bateri Tesla Model S pula memberikan jumlah pelepasan COD sekitar 15 hingga 20 tan. Konsep kereta elektrik sememangnya satu idea yang bernas, tetapi selagi penghasilan bateri ini tidak begitu efisyen, maka manfaat alam sekitar masih tidak dicapai.

3. Panel solar

panel solar rosakkan alam sekitar 389

Sama seperti bateri lithium, keburukan panel solar melibatkan proses penghasilan.

Penghasilan panel solar memerlukan bahan kimia yang menghakis seperti natrium hidroksida dan asid hidrofluorik, serta penggunaan kuasa elektrik yang tinggi dan juga air.

Ia juga menghasilkan bahan buangan yang mana sesetengah daripadanya sangat berbahaya.

Masalah-masalah ini  menimbulkan persoalan tentang bagaimana tenaga suria boleh melawan perubahan iklim dan mengurangkan toksik alam sekitar.

Selain itu, panel solar menggunakan banyak logam langka (seperti tellurium dan indium), dan apabila ia tidak lagi sesuai digunakan, tidak ada proses yang tersedia untuk mengitar semula.

Pengeluar panel suria mengatakan tidak ada permintaan yang mencukupi untuk meluangkan masa bagi menghasilkan proses kitar semula ini.

Syarikat-syarikat terlibat perlu mengambil tanggungjawab terhadap alam sekitar melibatkan penghasilan tetapi setakat ini, panel solar bukanlah mesra alam seperti yang kita sangkakan.

4. Buluh (untuk fabrik)

penghasilan benang daripada buluh rosakkan alam sekitar

Menggunakan buluh untuk menghasilkan fabrik telah mendapat permintaan dan menjadi popular kerana pemasaran yang "mesra alam".

Kilang-kilang buluh tumbuh pesat dan tidak memerlukan baja atau racun perosak, jadi ia merupakan sumber tumbuhan yang lebih boleh diperbaharui.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa proses untuk menukarkan buluh menjadi kain menggunakan banyak bahan kimia yang kuat.

Bagi kapas, ia hanya memerlukan penyingkiran biji dan pengeringan lalu ditukarkan menjadi benang, tetapi buluh perlu dihancurkan, dimasak dalam sulingan (natrium hidroksida) menjadi larutan pekat, dan akhirnya menjadi "benang".

Ia kemudiannya dicelupkan dalam asid sebelum boleh dijadikan benang. Juga terdapat proses pemutihan dalam penghasilan benang menggunakan buluh.

Penggunaan bahan kimia sifat mesra alam dalam proses ini dipertikaikan.

Walaupun sesetengah syarikat mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengawal bahan kimia yang kuat yang digunakan dalam pembuatan, kebanyakan pakaian daripada buluh diproses di China, di mana mereka tidak mempunyai undang-undang sedemikian untuk melindungi alam sekitar dari bahan kimia ini.

5. Lampin pakai basuh

lampin basuh semula

Rupa-rupanya lampin pakai buang tidaklah begitu membazir seperti yang anda sangkakan. 

Dalam satu kajian terbaharu oleh Agensi Alam Sekitar, impak keseluruhan terhadap terhadap pemanasan global dianggarkan adalah lebih tinggi bagi lampin yang boleh dibasuh berbanding dengan lampin pakai buang.

Akibat yang sangat mengejutkan ini adalah disebabkan oleh penggunaan kuasa dan air untuk membasuh lampin tersebut menggunakan mesin basuh.

Kajian ini menyatakan bahawa lampin boleh dibasuh hanya akan mempunnyai kesan karbon yang lebih rendah jika dicuci menggunakan mesin basuh yang cekap tenaga. (Rujukan)

6. Etanol berasaskan jagung

penghasilan etanol dari jagung merosakkan alam sekitar

Kita sememangnya memerlukan lebih banyak alternatif yang boleh diperbaharui untuk bahan api fosil, namun etanol dari jagung sebenarnya mempunyai beberapa masalah.

Satu kajian dari Universiti Nebraska mencadangkan bahawa menukarkan sisa tanaman jagung kepada etanol dan biofuel lain boleh menghasilkan lebih banyak gas rumah hijau berbanding petrol.

Malah, proses menanam jagung juga memerlukan lebih banyak baja dan racun perosak daripada tanaman lain.

Untuk alternatif yang boleh diperbaharui untuk bahan api fosil, biodiesel dari kacang soya kelihatan lebih menjanjikan.

Menanam kacang soya memerlukan baja dan racun perosak yang jauh lebih rendah berbanding jagung dan juga menghasilkan lebih banyak tenaga, iaitu hampir 4 kali ganda daripada etanol berasaskan jagung.

Rujukan:

1. Massachusetts Institute of Technology

2. IVL

3. National Geographic




Hakcipta iluminasi.com (2017)