Tak dapat dinafkan, penerbangan adalah cara yang paling pantas, selesa dan selamat untuk bergerak. Malangnya ia juga adalah cara yang paling mahal.
Selain itu, terbang di dalam sebuah jet peribadi adalah tersangat mahal dan tanpa ragu-ragu cara yang paling mewah untuk bergerak. Ia adalah mustahil untuk anda memiliki sebuah pesawat peribadi melainkan anda merupakan seorang bilioinaire.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi mereka yang tersangat kaya, adalah menjadi perkara biasa untuk membeli pesawat dan menghabiskan wang tambahan berjuta-juta ringgit untuk mengubahsuaianya.
Sesetengah pesawat peribadi berubah daripada pesawat perniagaan kepada ruangan seperti di hotel 5 bintang. iluminasi.com kongsikan 5 pesawat peribadi yang paling mewah di dunia.
5. Boeing 737 - RM320 juta
Jika anda sedang mencari untuk membeli pesawat perniagaan Boeing 737 asas, anda mungkin dapat dengan harga RM237 juta.
Namun, jika anda mempunyai wang sebanyak itu, sudah tentu anda boleh membelanjakan lagi RM104 juta untuk mengubahsuai pesawat perniagaan anda kepada pesawat peribadi yang anda impikan.
Jet ini boleh membawa 19 penumpang dengan selesa dan boleh terbang selama 12 jam atau 10,371 kilometer tanpa perlu berhenti untuk mengisi minyak.
Sebagai tambahan kepada penambahbaikan yang luar biasa, pesawat ini juga menawarkan kemudahan bilik persidangan yang terkemuka dengan telefon pintar dan sambungan komputer, sistem video HD serta sistem bunyi keliling yang sangat jelas.
Tak cukup dengan itu, pesawat ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, bilik mandi, dapur dan semua kemudahan lain yang anda perluka seperti di sebuah bilik hotel mewah.
4. Boeing 767 33A - RM347 juta
Jika anda mengenali nama Roman Abramovich, maka anda tahu bahawa beliau adalah seorang lelaki yang tidak pernah takut untuk membelanjakan hartanya terhadap apa pun.
Terkenal kerana memiliki beberapa buah kapal layar mewah dan kelab bola sepak Chelsea, Roman sudah tentu tak akan terlepas daripada tersenarai dalam senarai ini.
Roman Abramovich telah membeli sebuah pesawat Boeing 767 33A dengan harga RM347.7 juta dan kemudiannya mengubahsuainya mengikut citarasa peribadinya.
30 orang boleh menikmati makan malam dengan begitu selesa di dalam ruangan makan yang mewah dan boleh menikmati ciri khas yang mewah seperti VIP. Pesawat ini juga memiliki sebuah dewan, bilik tidur utama, ruang tamu yang luas dan bilik mandi yang mewah.
Dinamakan sebagai "The Bandit", pesawat ini adalah antara yang paling selamat kerana ia memiliki sistem anti-peluru berpandu serta ciri-ciri keselamatan yang lain.
3. Boeing 757 - RM400 juta
Pada tahun 2011, Donald Trump telah membeli sebuah pesawat persendirian Boeing 757 daripada pengasas bersama Microsoft, Paul Allen dengan harga RM400 juta.
Trump kemudiannya melakukan kerja pengubahsuaian yang ketara dan mengeluarkan sebuah video untuk menunjukkan betapa mewahnya pesawat persendiriannya itu.
Pesawat milik Trump ini memiliki banyak benda yang disaluti dengan emas 24 karat termasuklah sinki, kepala paip, tali pinggang keledar dan banyak lagi.
Kesemuanya daripada bilik tidur utama sehinggalah ruangan hiburan, bilik makan, ruang tamu dan bilik mandi dihasilkan dengan begitu mewah.
Kini, harga pesawat ini jauh lebih mahal berbanding dengan harga yang dibeli oleh Donald Trump 7 tahun yang lalu dan peluang untuk terbang di dalam pesawat seperti ini menjadi satu pengalaman yang sangat luar biasa walaupun bagi mereka yang kaya raya mahupun selebiriti terkenal.
2. Boeing 747-8 VIP - RM1.49 bilion
Sesetengah orang di atas muka bumi ini memiliki harta dan wang yang tersangat banyak sehingga membelanjakannya terhadap perkara yang mana kita tak pernah akan terfikir.
Seorang hartawan telah membeli Boeing 747-8, sebuah pesawat yang ideal untuk menerbangkan 450 orang penumpang dengan selesa dan mengubahnya menjadi pesawat persendirian.
Beliau menghabiskan wang yang tersangat banyak dalam mengubahsuai yang berakhir dengan sebuah pesawat yang mewah dan luar biasa.
Pesawat luar biasa ini boleh terbang dengan kelajuan 1,039 kilometer sejam tanpa henti untuk jarak 14,805 kilometer, dan menjadi yang pertama diubahsuai oleh sebegini rupa.
Pesawat ini mempunyai salah satu bilik mesyuarat yang terbesar, bilik makan yang elegan, suite utama, bilik tetamu, dua ruang tamu yang luas, ruang tamu peribadi, TV skrin besar, pejabat peribadi dan bilik mandi yang sangat mengagumkan.
1. Airbus A380 - RM2 bilion
Putera Alwaleed bin Talal adalah lelaki yang dicari apabila ia melibatkan jet peribadi mewah. Ahli perniagaan Arab Saudi ini telah membeli sebuah pesawat Airbus A380 dengan harga RM1.2 bilion.
Beliau kemudiannya membelanjakan lagi RM800 juta untuk mengubahsuainya mengikut citarasanya menjadikan pesawat ini sebagai pesawat peribadi paling mewah di atas muka bumi.
Pesawat Airbus A380 ini dibina untuk mengangkut 800 orang penumpang dalam satu masa namun Putera Alwaleed menggunakan ruang tersebut untuk menghasilkan tempat letak kereta untuk Rolls Royce, dewan konsert, bilik stim, bilik rawatan spa, TV skrin rata dilekatkan di dinding dan juga lantai, sebuah lif dan banyak lagi ciri-ciri mewah yang lain yang mana anda tak pernah bayangkan ada dalam sebuah pesawat.
Pesawat ini juga mempunyai kerusi takhta emas terletak sebagai tumpuan di bilik lounge emas, di mana beliau akan duduk sambil berinteraksi dengan rakan-rakan, keluarga dan juga tetamu.