Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Dengan adanya teknologi CCTV di mana-mana saja sekarang ini, amat mudah untuk masyarakat mendapatkan bukti mengenai sesuatu kejadian jenayah. Apa yang mengejutkan, dengan pengetahuan ini, masih ada ramai lagi penjenayah yang tidak memahami perkara-perkara yang perlu "dipatuhi" sebelum melakukan sesuatu jenayah.

Berikut adalah 5 penjenayah yang terbukti menerusi rakaman CCTV, tidak pandai melakukan jenayah yang dirancang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Peragut yang terperangkap tangannya di pintu bas

Seorang peragut di Chile berlakon seperti penumpang bas lalu menuruti seorang wanita yang membawa beg tangan dari belakang. Wanita itu menaiki bas lalu peragut itu mengikutnya dengan harapan selepas meragut, dia akan melompat keluar dari bas lalu melarikan diri.

Namun, segalanya gagal apabila pemandu bas itu dengan pantas menutup pintu bas sehingga tangannya tersempit. Dah la kantoi mencuri, peragut itu masih lagi cuba menipu pemandu dan penumpang bas tersebut.

2. Penggunaan topeng paling teruk dalam sejarah rompakan

Patrick McGuire merancang ingin merompak sebuah kedai runcit. Masalahnya, mungkin kerana bajet yang tak mencukupi, dia hanya menggunakan sehelai plastik lutsinar sebagai penutup mukanya.

Dengan mudah wajahnya dirakam dalam CCTV kedai tersebut walaupun rompakannya berjaya. Dia mendapat USD60 hasil rompakan tetapi tidak lama kemudian berjaya diberkas kerana penyamarannya tidak berhasil.

3. Tinggalkan bukti video sendiri selepas merompak

Empat orang remaja dari Ft.Lauderdale merakam aksi mereka mempamerkan hasil rompakan di beberapa rumah menggunakan kamera video. Dalam satu kemalangan melibatkan kereta yang mereka curi, mereka terlupa membawa bersama kamera video tersebut yang ditinggalkan dalam kereta tersebut selepas mereka meninggalkan sahaja kereta tersebut di tepi jalan.

Pihak polis tidak mempunyai banyak masalah untuk mengenalpasti kumpulan pencuri tersebut berdasarkan bukti video yang mereka sendiri rakamkan.

4. Peminat kumpulan Green Day muat naik video ke Youtube selepas merompak bank

Hannah Sabata adalah seorang gadis berusia 19 tahun. Pada hari Selasa 27 November 2012, beliau merompak sebuah bank di Waco dan kemudian selepas pulang, memuatnaik video beliau memegang hasil rompakannya untuk tontonan ramai. Dia tidak bercakap dalam video tetapi menulis perbuatannya satu persatu dengan papan putih.

Keesokannya, pihak polis hadir ke rumahnya untuk melakukan tangkapan. Deskripsi video Youtubenya tertulis : "I just stole a car and robbed a bank. Now I'm rich, I can pay off my college financial aid and tomorrow i'm going for a shopping spree. Bite me. I love GREENDAY!"

5. Perompak terlalu leka sehingga tak sedar polis di belakangnya

Seorang lelaki merompak sebuah kedai serbaneka di Amerika Syarikat. Dengan memakai topeng berwarna merah yang menutupi mukanya, beliau meminta wang daripada juruwang yang bertugas ketika itu.

Yang lawaknya, dalam kedai tersebut, seorang anggota polis sedang berjalan-jalan tanpa anggota polis itu sendiri sedar rompakan sedang berlaku di depannya.

Setelah berdiri di belakang perompak selama beberapa dan menyedari rompakan berlaku, baharulah anggota polis itu mengeluarkan pistol dan memberkas perompak tersebut yang sedang leka mengambil duit dari mesin kira. Sedikit pergelutan berlaku sebelum pekerja kedai tersebut datang membantu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)