Evolusi permainan video membolehkan ramai orang menjadikannya sebagai kerjaya tetap, namun permainan video juga boleh menjadi punca kepada kes jenayah dan juga mempengaruhi seseorang untuk membunuh.

Ya, di seluruh dunia, terdapat banyak kes jenayah yang diinspirasikan oleh ketaksuban terhadap sesuatu permainan video.

iluminasi.com kongsikan 5 permainan video yang mencetuskan jenayah dan pembunuhan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Jenayah di New Hyde Park - Grand Theft Auto IV

grand theft auto iv

Pada Jun 2008 di New Hyde Park, New York, sekumpulan remaja telah melakukan jenayah besar-besaran. Ia bermula dengan 3 daripada mereka meragut seorang lelaki di sebuah lot parkir dengan begitu kejam.

Kemudian, kumpulan tersebut berarak ke jalan sehingga bertemu dengan seorang wanita yang berada di dalam kereta. Selepas mencuri sekotak rokok daripada wanita tersebut, mereka kemudiannya memecahkan sebuah van menggunakan kayu besbol.

Wanita tersebut menghubungi pihak polis dan kumpulan remaja tersebut diberkas.

Apabila ditanya mengenai motif mereka, remaja-remaja tersebut memberitahu bahawa permainan video Grand Theft Auto IV yang membuatkan mereka melakukan jenayah tersebut.

4. Devin Moore - Grand Theft Auto: Vice City

devin moore

Devin Moore adalah pembunuh yang dipercayai mendapat inspirasi daripada permainan video Grand Theft Auto: Vice City. Pada Julai 2003, Devin dibawa ke balai polis Alabama kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.

Ketika itu, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Selepas diambil keterangan oleh polis, Devin bertindak di luar kawalan dengan merampas pistol dan melepaskan 3 das tembakan, satunya mengenai kepala pegawai polis tersebut.

Seorang lagi pegawai polis terdengar bunyi tembakan tersebut dan bertindak balas, namun ditembak oleh Devin.

Devin kemudiannya keluar daripada bilik tersebut dan bertembung dengan pengawalselia 911, Ace Mealer, lalu menembaknya di kepala seperti 2 orang pegawai polis tersebut.

Dia kemudiannya mencuri kereta polis dan melarikan diri daripada balai polis tersebut, namun berjaya diberkas 4 jam kemudian.

Ketika dibicarakan, peguam Devin berkata bahawa Devin melakukan tindakan membunuh tersebut kerana tekanan mental dan fizikal serta terpengaruh dengan permainan video yang ganas.

Seperti dalam permainan video Grand Theft Auto, pemain boleh mencuri kereta, membunuh pegawai polis dan menyeksa orang lain.

Selepas penangkapannya, Devin Moore membuat satu kenyataan dengan mengatakan bahawa "Kehidupan ini ibarat satu permainan video. Anda harus mati juga,". Devin dijatuhkan hukuman mati pada Oktober 2005 dengan suntikan.

3. Adam Lanza - Call of Duty dan Gears of War

adam lanza

Adam Lanza adalah individu yang telah menembak mati 27 orang dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Amerika Syarikat pada Disember 2012.

Adam terlebih dahulu menembak mati ibunya yang sedang tidur dan memandu ke Sekolah Rendah Sandy Hook bersenjatakan pistol ibunya, lalu membunuh 20 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa.

Adam digambarkan sebagai seorang yang kekol dalam bersosial, suka menyendiri dan menghabiskan kebanyakan masanya bermain permainan video seperti Call of Duty dan Gears of War.

Menurut satu sumber, Adam membunuh 83,000 kali ketika bermain atas talian, 22,000 daripadanya tembakan tepat di kepala. Dia juga banyak menghabiskan masa membuat pencarian tentang kes tembakan di sekolah dan berlatih menembak menggunakan pistol pelet.

Bukan itu sahaja, dia juga berkelakuan pelik dengan tidak membenarkan ibunya masuk ke dalam biliknya dan hanya berkomunikasi menggunakan e-mel.

2. Insiden tembakan di Columbine High School - DOOM

columbine shooting security camera

Mungkin ramai di antara anda yang tahu akan kes tembakan ini.

Pada 20 April 1999, Eric Harris dan Dylan Klebold memasuki sekolah mereka iaitu Columbine High School dan menembak pelajar dan guru, membunuh 12 orang pelajar dan seorang guru sebelum membunuh diri.

Apabila pembunuhan beramai-ramai ini berakhir, ramai orang bertanya mengapa kedua-dua remaja ini melakukan perbuatan ganas ini.

Terdapat pelbagai teori yang dihasilkan dari kemarahan dan pengasingan hinggalah kepada penyakit mental.

Dan antara salah satu teori yang paling berleluasa hingga ke hari ini adalah kesan permainan video DOOM terhadap Eric dan Dylan.

Kedua-dua mereka adalah peminat tegar permainan video ini, dengan Harris menggunakannya sebagai asas untuk projek sekolah dan mewujudkan level sendiri permainan dan memuatnaiknya secara dalam talian.

Level ini kemudian dinamakan "The Harris Levels" selepas pembunuhan tersebut.

Dengan keganasan yang dahsyat daripada permainan video tersebut, ia sangat jelas mengapa ramai orang mengaitkan permainan video DOOM dengan pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Sebuah permainan video berdasarkan kes tembakan ini telah dikeluarkan dan diberi nama Super Columbine Massacre RPG.

1. Anders Breivik - Call Of Duty: Modern Warfare 2

anders breivik

Anders Breivik adalah penembak mati secara besar-besaran yang paling dahsyat dalam sejarah manusia, yang telah mengambil nyawa 69 orang di kem politik belia di Norway pada 22 Julai 2011, selepas membunuh 8 lagi nyawa dengan mengebom sebuah bangunan kerajaan.

Ini menjadikan jumlah mangsa terkorban kepada 77 orang. Serangan oleh Anders berpunca daripada politik yang mana dia percaya sebagai "Islamisasi" Norway di tangan Parti Buruh Norway.

Kemarahan ini membuatkan dia menyerang kem pemuda parti itu, dengan beranggapan bahawa generasi baru Parti Buruh Norway harus dihapuskan.

Menurut Anders Breivik, dia sangat gemarkan permainan video World of Warcraft dan Call of Duty: Modern Warfare 2. Anders memberitahu bahawa dia bermain WoW untuk ketenangan dan menggunakan Call of Duty sebagai latihan simulasi.

Dia memainkan permainan tersebut menggunakan peranti hologram untuk membuatkannya kelihatan 3 dimensi. Versi Call of Duty ini menjadi kontroversi kerana di satu levelnya iaitu "No Russian", di mana pemain melakukan serangan pengganas ke atas sebuah lapangan terbang terhadap orang awam.

Anders Breivik dijatuhkan hukuman penjara paling minimum iaitu 10 tahun penjara dan maksimum 21 tahun tetapi dapat dipanjangkan tanpa batas berdasarkan kemudaratan pelaku kepada orang awam.

Walaupun agak ringan, namun ini adalah hukuman maksimum menurut undang-undang Norway.




Hakcipta iluminasi.com (2017)