Sesiapa pun tak dapat menafikan bahawa kesihatan adalah antara perkara yang terpenting dalam kehidupan. Tanpanya, semua nikmat dan harta yang ada tidak membawa apa-apa erti.

Namun, lumrah manusia yang sibuk dengan dunia telah meletakkan kesihatan di kepentingan terkebelakang, sehinggalah terlantar sakit. Jika penyakit yang dihidapi mempunyai penawar, mungkin anda boleh menarik nafas lega.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika tidak?

iluminasi.com kongsikan 5 penyakit bahaya di dunia yang masih tiada penawar.

5. Asma

penyakit asma tiada ubat

Dalam gangguan kronik paru-paru ini, saluran pernafasan menjadi sangat meradang dan sempit.

Ini menyebabkan sesak nafas berkala, batuk dan sakit dada, yang boleh mengakibatkan kematian.

Orang-orang yang dijangkiti asma mempunyai saluran udara yang sangat sensitif yang menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada alahan.

Apabila keadaan lebih buruk daripada biasa, pesakit menjadi lebih cenderung terhadap serangan asma. Sering kali, serangan-serangan ini boleh menyebabkan kesan yang dahsyat.

Serangan pertama boleh berlaku tanpa mengira usia, tetapi kira-kira separuh daripada kes berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang dari 10 tahun, yang mana lebih cenderung terhadap kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. 

Dianggarkan 300 juta orang di seluruh dunia menderita penyakit asma, dengan 250,000 kematian tahunan disebabkan oleh penyakit ini.

Walaupun rawatan terurus yang baik dapat membantu pesakit menjalani kehidupan normal, namun penawar sepenuhnya masih belum terhasil.

4. Polio

mangsa penyakit polio

Tak lama dahulu, tidak ada tempat yang terkecuali daripada dijangkiti penyakit polio.

Walaupun kebanyakan dunia kini berdiri kuat kerana bebas polio, namun penyakit itu telah menyebabkan kelumpuhan dan kematian sejumlah besar manusia sepanjang sejarah manusia.

Pada puncak wabaknya sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, lebih separuh juta orang mati atau lumpuh oleh polio setiap tahun.

Di tengah-tengah keadaan yang huru-hara, vaksin polio telah dibangunkan yang menjadikan kanak-kanak yang divaksin kebal terhadap virus ini.

Dan hingga ke hari ini, tiada ubat untuk menyembuhkan polio. Sekali seseorang dijangkiti oleh virus polio, mereka tidak dapat disembuhkan secara sepenuhnya.

Polio hanya boleh dicegah dengan menggunakan vaksin polio, diberikan beberapa kali kepada kanak-kanak untuk melindungi mereka seumur hidup.

Dengan meletusnya wabak Polio baru-baru ini di Syria dengan WPV1, sejenis virus polio yang paling berbahaya yang melumpuhkan kanak-kanak yang dijankiti, negara-negara di seluruh dunia terutamanya negara-negara Eropah berada dalam keadaan berwaspada untuk membendung sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.

Sehingga ketegangan terakhir virus polio dibasmi atau penawar sepenuhnya ditemui, perjuangan kita menentang virus ini masih berterusan. 

3. Diabetes / Kencing manis

kencing manis

Beberapa dekad yang lalu, diabetes atau penyakit kencing manis dikategorikan sebagai penyakit orang kaya. 

Tetapi sekarang, ia menjangkiti semua lapisan masyarakat. Diabetes telah muncul menjadi wabak global dengan kira-kira 4 juta kematian setiap tahun.

Malah lebih membimbangkan ialah unjuran bahawa jumlah kematian yang disebabkan oleh diabetes mungkin akan meningkat 2 kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Terdapat dua jenis kencing manis, diabetes jenis 1 yang disebabkan oleh kekurangan pengeluaran insulin dan secara meluas dilihat pada kanak-kanak dan diabetes jenis 2 yang berikutan penggunaan insulin yang tidak berkesan.

Diabetes jenis 2 merangkumi 90% daripada semua kes diabetes dan walaupun laporan penyakit kencing manis ini pada kanak-kanak sebelum ini jarang berlaku, jumlahnya meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.

Masalah terbesar dengan kencing manis adalah ia boleh kekal tanpa dikesan selama bertahun-tahun, dan pada ketika ia didiagnosis, kerap kali penyakit itu sudah mencapai tahap mengancam nyawa.

Ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang teruk seperti penyakit jantung dan strok, penyakit buah pinggang, buta, penyakit saraf dan amputasi.

2. HIV/AIDS

hiv aids 732

Oleh kerana tahap bahaya dan peningkatan jumlah populasi yang dijangkiti, HIV / AIDS telah menjadi topik perbualan sejak ia mula muncul pada awal tahun 1980-an.

Sejak penularannya, hampir 70 juta orang telah dijangkiti virus HIV dan kira-kira 35 juta orang telah meninggal dunia akibat AIDS.

Menjelang akhir tahun 2011, sejumlah 34 juta orang hidup dengan jangkitan HIV di dunia, di mana 1.7 juta orang mati pada tahun itu.

Hakikat bahawa AIDS boleh dengan mudah ditularkan melalui hubungan seksual, darah dan bahkan susu ibu menjadikannya penyakit yang sangat membunuh, dengan jumlah orang yang dijangkiti meningkat setiap tahun.

Jangkitan HIV menjejaskan sistem imun, menjadikan tubuh lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit biasa.

AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah peringkat jangkitan HIV paling tinggi, yang disifatkan oleh berlakunya lebih daripada 20 jangkitan dan kanser yang berkaitan.

Negara-negara di seluruh dunia menjalankan beberapa kempen yang memaklumkan kepada orang ramai tentang bagaimana mencegah jangkitan HIV.

Tetapi setakat ini, AIDS hanya dapat dicegah dan ubat yang mampu membasmi penyakit ini masih belum ditemukan.

1. Kanser

kanser 530

Hakikat bahawa lebih ramai manusia mati disebabkan kanser berbanding gabungan mangsa AIDS, malaria dan tuberculosis sendiri menjelaskan betapa bahayanya penyakit ini.

Dalam tahun 2008 sahaja, seramai 7.6 juta nyawa terkorban kerana kanser, menyumbang kepada 13% daripada kematian pada tahun berkenaan.

Lebih parah, Organisasi Kesihatan Dunia memperlihatkan bahawa tanpa tindakan segera, jumlah kematian global akibat kanser akan meningkat hampir 80% pada tahun 2030, dengan kebanyakannya terjadi di negara berpendapatan rendah dan menengah.

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang dicirikan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal dan penyebaran sel-sel yang tidak normal.

Keseluruhannya, terdapat lebih daripada 100 jenis kanser. 5 daripada kanser yang paling membunuh yang membunuh lelaki adalah kanser paru-paru, perut, hati, kolorektal dan esophagus.

Kanser payudara, paru-paru, perut, kolorektal dan kanser pangkal rahim adalah punca bagi kebanyakan kematian di kalangan wanita melalui kanser.

Dari semua penyebab kanser, penggunaan tembakau adalah yang paling mudah untuk dicegah dan mengakibatkan 22% daripada semua kematian kerana kanser.

Sekiranya didiagnosis awal, beberapa kanser boleh disembuhkan dengan terapi yang meluas, tetapi ubat-ubatan untuk merawat kanser sepenuhnya masih belum ditemui.

Rujukan:

1. WHO

2. CDC

3. Mayo Clinic




Hakcipta iluminasi.com (2017)