Pada tahun 2011 ketika berusia 24 tahun, aku terpilih untuk menjadi penulis ucapan di Rumah Putih, pusat pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat. Ketika mendengar berita itu aku menyangkakan ada berlaku kesilapan dalam pemilihan. Bagaimana aku yang masih muda ini dapat menjawat jawatan tersebut?

Antara 300 juta orang di Amerika Syarikat, aku tak pernah menyangkakan aku akan terpilih menjadi penulis untuk Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barrack Obama. Tokoh yang sangat aku kagumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Peluang bekerja dengan Presiden Obama merupakan satu pengalaman berharga yang mendidik mendidik aku satu perkara besar - pembentukan daya ketahanan diri sendiri. Hari ini, sekiranya anda bertanya pada aku apa ciri terbaik yang ada pada Obama, aku akan jawab kesungguhan dia yang degil tak mahu mengalah. Banyak dia memberikan aku inspirasi.

Oh, sebelum terlupa. Aku ditugaskan untuk menulis skrip ucapan Obama yang mampu membuatkan orang ketawa. Ya. Itulah tugas aku. Pengalaman aku menulis skrip komedi membolehkan aku mendapat peluang menulis ucapan Presiden Amerika Syarikat. Macam tak percaya bunyinya.

Bukan senang buat keputusan

david litt dan barrack obama

Pada mereka yang berada di luar pentadbiran, anda perlutahu satu perkara - membuat keputusan merupakan satu perkara yang akan membuatkan anda tidak popular dengan ramai pihak.

Ramai akan benci anda. Ramai akan mengkritik anda. Itulah yang berlaku pada Presiden Obama sepanjang dia berkhidmat di belakang tabir. Banyak mata sebenarnya mahu melihat dia jatuh namun Obama tidak pernah berhenti melawan.

Oleh kerana sikap itu, ketika ini berjuta rakyat Amerika sudah memiliki perlindungan kesihatan lebih baik dan tentera yang dihantar bertugas di seluruh dunia sudah diminta pulang ke sisi keluarga masing-masing.

Lapan tahun aku bertugas dengan Obama mendidik aku untuk sabar menghadapi segala bentuk kemungkinan.

Mari aku ceritakan serba sedikit tabiat Obama; dalam kaedah pentadbiran beliau, Presiden Obama dan barisan pembantunya akan merekodkan mana-mana insiden yang pihak media gelarkan sebagai 'detik Katrina' (merujuk kepada Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat).

Detik Katrina ini adalah insiden-insiden yang berlaku yang akan menjatuhkan imej Presiden sendiri dan memburukkan persepsi beliau pada masyarakat. Contohnya seperti isu pelancaran 'healthcare.gov' yang sepatutnya berjalan lancar, tetapi yang berlaku pula sebaliknya.

Apa saja isu yang dapat digunakan pihak Republikan untuk menjatuhkan imej Presiden, kami akan senaraikan satu per satu. Senarai kami agak panjang. Obama banyak juga kekurangannya semasa menjawat jawatan tersebut.

Kuasa mutlak seorang Presiden

obama melihat pembentangan

Dalam menghadapi krisis yang timbul, sebenarnya lebih mudah bagi seorang Presiden yang berkuasa seperti Obama untuk menggunakan kuasanya dan melakukan tindakan drastik dalam mengawal persepsi terhadap beliau.

Bagi aku yang melalui sendiri terpaksa mengakui banyak perkara akan menjadi lebih mudah sekiranya Obama mengambil kesempatan menggunakan kedudukannya sebagai suara veto. Namun, Presiden Obama yang aku kenal selalunya kekal tenang berdepan individu yang membangkangnya. Dia akan lakukan perubahan yang kecil, walaupun tahu impak perubahan itu tidak akan membantu populariti beliau.

Dalam isu 'healthcare.gov,' Presiden Obama bertindak untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan matlamat jangka panjang, bukan hanya sekadar untuk membersihkan namanya daripada terus dicemuh masyarakat. Kritikan terhadap beliau ketika itu sangat memuncak dengan majoriti masyarakat mencemuh kebolehan beliau sebagai Presiden.

Dalam dunia di mana berita tersebar dalam tempoh beberapa minit sahaja, tidak bertindak terburu-buru memberikan reaksi bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan; bila maruah dan persepsi diri kita sendiri menjadi pertaruhan.

Apabila wujudnya keperluan membuat keputusan yang melibatkan sebuah negara, keputusan itu hanya akan berjaya sekiranya langkah yang perlu dibuat dengan baik sejak mula. Dalam pentadbiran Obama, apa yang dapat aku takrifkan di sini adalah semua orang, tak kira tua atau muda, berpengalaman atau masih mentah - macam aku; semuanya dianggap sama rata.

Walaupun Presiden Obama akan duduk bermesyuarat sebagai Presiden yang memegang keputusan, realitinya seorang Presiden akan melakukan kesilapan - termasuklah Obama. Ada banyak keputusan yang beliau lambil, aku rasakan tidak betul. Bagaimanapun, budaya berkhidmat bersama beliau membolehkan setiap orang yang ada diberikan peluang membetulkan pandangan dia. Hebat kan?

Sebuah mesyuarat bersama Presiden Obama, pada pandangan aku bolehlah ditakrifkan seperti sedang bermesyuarat bersama berpuluh orang kanak-kanak yang sentiasa meminta itu ini - dengan Obama terpaksa bertindak sebagai orang dewasa dalam situasi tersebut walaupun ada kalanya dia gagal memainkan peranan sepatutnya.

Hakikat yang patut diterima semua orang - Obama juga manusia yang perlu memenuhi berjuta-juta permintaan yang hadir padanya setiap hari. Pasti akan ada kekurangan.

Fantasi Obama akan kembali

perbincangan dengan presiden obama

Dalam menyelesaikan permintaan dan isu yang timbul, Presiden Obama mengamalkan sikap mengambil apa yang lebih penting terlebih dahulu dan tidak takut untuk menolak ke tepi isu-isu lebih remeh yang dibangkitkan. Bukan semua isu patut dilayan. Pengalaman bekerja bersama dan menyaksikan sendiri bagaimana Obama berkhidmat membuatkan aku takut melihat politik Amerika Syarikat ketika ini. Ini kerana Donald Trump mempunyai pendekatan yang jauh berbeza berbanding apa yang diamalkan Barrack Obama.

Walaupun Donald Trump merupakan Presiden Amerika Syarikat paling tua pernah dilantik - pada pandangan aku, dia tidak ada bezanya dengan golongan dewasa yang suka meminta-minta dari Obama yang sudah aku temui, sepanjang aku berkhidmat di Rumah Putih. Donald Trump pasti akan gagal memainkan peranan menenteramkan pelobi-pelobi kerajaan yang setiap masa mahukan habuan dan imbuhan bagi pihak mereka.

Hidup dalam realiti yang agak menakutkan, tidak salah rasanya sekiranya aku menyimpan fantasi mahu melihat semula Presiden Obama sekali lagi naik menjawat jawatan Presiden; kerana aku tahu dia pun kerap melakukan kesalahan.

Yang penting dia boleh ditegur orang bawahannya untuk diperbetulkan.

Tulisan,

David Litt - Pengarang buku 'Thanks Obama' yang kini kembali menulis komedi.


Artikel ini adalah terjemahan serta olahan semula artikel 'I spent my 20s as an Obama speechwriter. Here’s what he taught me about growing up' yang diterbitkan pada 15 November 2017.




Hakcipta iluminasi.com (2017)