Poker telah berkembang menjadi salah satu permainan kad yang paling popular dalam sejarah. Ia merupakan permainan yang memerlukan pemikiran yang tajam serta strategi yang genius.
Walaupun sebelum ini permainan Poker terutamanya dimainkan untuk tujuan rekreasi di kalangan rakan-rakan, ia kini menjadi sukan berdaya saing penuh dan juga muncul sebagai bentuk perjudian terbesar di seluruh dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Siri Dunia Poker atau World Series Of Poker telah membawa 'sukan' ini ke peringkat seterusnya, dengan acara utama yang diadakan setiap tahun yang menjanjikan wang tunai berjuta-juta ringgit.
iluminasi.com kongsikan 5 hadiah wang tunai kemenangan Poker paling tinggi di dunia.
Artikel ini tidak menggalakkan anda untuk berjudi, hanya berkongsi jumlah kemenangan tertinggi.
5. Martin Jacobsen
Warganegara : Sweden
Jumlah kemenangan : RM41.8 juta
Tahun: 2014
Pemain Poker profesional Sweden, Martin Jacobsen memenangi hadiah wang kelima terbesar dalam satu acara tunggal apabila dia membawa pulang RM41.8 juta tunggal pada tahun 2014.
Dilahirkan di Sweden tetapi kini tinggal di London, Martin menjadi terkenal serta-merta selepas kemenangannya.
Kemenangannya adalah lebih luar biasa kerana pada hari kedua kejohanan itu, dia sebenarnya ditempatkan di kedudukan yang agak tercorot.
Namun, Martin berjaya membuat comeback luar biasa untuk menamatkan permainan di tempat kedua dalam jadual pada hari kedua.
Pada hari ketiga, dia berada di kedudukan terbaik dan akhirnya memenangi hadiah utama.
Dia dipuji oleh ramai orang kerana berani bertaruh dengan jumlah yang tinggi di saat yang sempurna, 2 sebab utama kemenangannya.
4. Jamie Gold
Warganegara: Amerika Syarikat
Jumlah kemenangan : RM50.1 juta
Tahun: 2006
Presiden pengeluaran semasa bagi syarikat hiburan Buzznation, Jamie Gold memperoleh kemahsyuran di seluruh dunia hasil kemenangan cemerlangnya pada Acara Utama WSOP 2006.
Jamie merupakan satu-satunya pemain daripada 8,773 pemain yang membuat pembelian untuk acara ini, dengan pembelian tetap dengan harga RM41.8 juta.
Ini membawa kepada jumlah hadiah terbesar dalam sejarah Poker dengan jumlah keseluruhan RM344.6 juta.
Wang hadiah itu diagihkan di kalangan 873 pemain teratas (10% teratas), dengan jumlah tertinggi RM50 juta dan jumlah terendah ialah RM60,964.
Jamie terkenal kerana telatah ketika bermain termasuk menunjukkan kad-kadnya kepada pihak lawan dan tersalah cakap perkara-perkara aneh, yang hampir-hampir membuatkan dia diharamkan daripada bermain.
3. Elton Tsang
Warganegara: China
Jumlah kemenangan : RM51.2 juta
Tahun: 2016
Pemain Poker profesional dari China iaitu Elton Tsang membuatkan seluruh dunia menyedari kehadirannya apabila dia membolot hadiah ketiga tertinggi dalam satu kejohanan Poker tunggal.
RM51 juta yang dimenanginya juga adalah hadiah wang tunai terbesar yang dimenangi dalam kejohanan Poker yang diadakan di luar Amerika Syarikat iaitu di 2016 Monte-Carlo One Drop Extravaganza.
Dilahirkan di Kanada, Elton kini berpangkalan di Hong Kong dan telah menggunakan kekayaannya yang baru diperoleh untuk mengumpul harta dan pelaburan lain.
Dia mengalahkan 25 pemain lain dalam perjalanannya untuk memenangi kejohanan besar itu, yang mempunyai jumlah hadiah sebanyak RM113 juta.
2. Daniel Colman
Warganegara: Amerika Syarikat
Jumlah kemenangan : RM63.9 juta
Tahun: 2014
Dan Colman yang ketika itu berusia 23 tahun telah menewaskan 41 pemain pemain Poker profesional yang lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM63.9 pada Jun 2014.
Ini merupakan jumlah wang tunai kedua terbesar yang pernah dimenangi oleh seorang pemain tunggal dalam kejohanan Poker.
Dia juga menjadi sangat popular di laman sosial kerana tidak menunjukkan langsung rasa gembira selepas memenangi kejohanan itu.
Terkenal sebagai pemain Poker profesional, Dan percaya dengan firasatnya dan menggunakan kemahiran untuk memenangi acara 2014 WSOP – The Big One For One Drop.
Hadiah kemenangan keseluruhan acara itu adalah RM156 juta.
Kemenangan ini dilihatkan sebagai nasib kerana pada tahun 2012, dia sebenarnya ingin berhenti bermain Poker dan memohon masuk ke sebuah kolej untuk menyambung pelajaran.
Akan tetapi, Dan tidak diterima masuk dan akhirnya memutuskan untuk bermain Poker semula.
1. Antonio Esfandiari
Warganegara : Iran
Jumlah kemenangan : RM76.6 juta
Tahun: 2012
Sesuai dengan nama gelaran "The Magician", Antonio Esfandiari adalah salah seorang pemain Poker yang paling terkenal di dunia.
Hal ini dibuktikan dengan kejayaannya memenangi hadiah wang tunai terbesar untuk satu kejohanan Poker apabila membawa pulang RM76.4 juta dalam acara WSOP 2012 Big One For One Drop 2012.
Bukan sahaja itu, Antonio sebenarnya merupakan seorang bekas ahli silap mata profesional, yang terkenal dengan helah menggunakan cip poker yang luar biasa.
Jumlah hadiah wang tunai keseluruhan adalah RM178 juta, dengan pemenang kedua yang tewas kepada Antonio membawa pulang RM42 juta.
Acara itu melihatkan 48 orang jutawan yang mencuba nasib, termasuk 28 pemain Poker profesional dan di antara mereka adalah antara yang terheba dalam permainan ini.
Rujukan:
1. Top Famous
2. Poker Update