Sehingga tahun 2019, jumlah wang tak dituntut di bawah amanah Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara mencecah RM9 bilion.

Wang ini merangkumi gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain yang dibuat kepada pekerja, dividen serta keuntungan yang diisytiharkan untuk pengagihan, tuntutan insurans, simpanan tetap matan dan juga bagi kredit simpanan yang tidak aktif.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pecahan kepada definisi wang tak dituntut adalah seperti di bawah:

image 399

Malangnya sebahagian besar daripada orang awam di Malaysia sebenarnya tidak tahu bahawa mereka memiliki sebahagian kecil daripada jumlah ini dan membiarkannya begitu sahaja.

Walaupun jumlahnya tidaklah begitu besar bagi sesetengah orang, namun ia cukup untuk membantu dalam waktu-waktu yang sukar ini.

iluminasi.com kongsikan cara mudah untuk anda menyemak dan memohon wang yang tak dituntut.

1. Akses ke laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan mendaftar

wang tak dituntut 1

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah masuk ke laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia, dengan [KLIK DI SINI].

Setelah memasuki laman ini, anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu dengan memilih pilihan "semakan" dan kemudiannya "pendaftaran".

Masukkan semua butiran yang diperlukan dan tekan butang "daftar".

2. Log masuk ke akaun

image 214

Setelah berjaya mendaftar, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda.

Anda kemudiannya akan memasuki halaman seperti yang dibawah, dan klik pada butang "Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut".

wang tak dituntut 681

Anda kemudiannya perlu memasukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak.

Nombor kad pengenalan yang boleh dimasukkan tidak terhad kepada diri anda sahaja, tetapi perlu diingat bahawa sistem ini hanya membenarkan semakan sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh sehari.

Setelah memasukkan nombor kad pengenalan, klik butang "cari".

Jika nombor kad pengenalan individu yang dimasukkan mempunyai wang yang tak dituntut, carian akan menyenaraikan semua jenis tuntutan yang wujud, seperti dibawah:

  wang tak dituntut 2 242

3. Buat permohonan tuntuan

Jika anda berhasrat untuk membuat tuntutan, klik pada butang "Teruskan Dengan Permohonan".

Kemudian, paparan di bawah akan muncul, dan apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada "Tambah Penerima" untuk memasukkan butiran penerima:

wang tak dituntut 3

Masukkan butiran penerima dan klik "simpan". Setelah rekod berjaya disimpan, klik "hantar".

image 979

4. Hantar dokumen sokongan

borang uma 7

(Borang UMA-7 yang telah siap diisi dan dihantar, perlu dimuat turun untuk dihantarkan kepada Majlis Akauntan Negara Malaysia)

Setelah rekod berjaya dihantar, muat turun borang yang telah siap diisi seperti yang terpapar dengan menekan butang "cetak" dan kemudian muat turun.

Kemudian, anda perlu menghantar borang ini bersama-sama dengan dokumen sokongan. Senarai semak borang yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

1. Borang UMA-7 (borang yang perlu dicetak di atas)

2. Salinan kad pengenalan hadapan dan belakang (ambil gambar)

3. Penyata akaun bank aktif (untuk pengesahan bank)

cara void kad pengenalan

Perlu diingat, sebelum menghantar salinan kad pengenalan anda, pastikan ia di-void-kan terlebih dahulu untuk mengelakkan ia jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Cara paling mudah adalah membuat dua garisan palang pada penjuru kad pengenalan, pastikan ia tidak menutup apa-apa maklumat penting seperti nombor kad pengenalan.

Ini boleh dilakukan menggunakan perisian mudah seperti Paint.

wang tak dituntut 4

(Nombor rujukan Borang Permohonan Tuntutan)

Semua dokumen ini perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan ini berjaya dihantar, dan ia boleh dilakukan melalui e-mel.

E-melkan dokumen sokongan ini kepada: permohonan_wtd@anm.gov.my dan subjek e-mel adalah nombor rujukan Borang Permohonan Tuntutan (contoh: UMA7xxxxxxxxxxxxxx)

Selepas dokumen lengkap diterima, proses bayaran akan dibuat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)