Siapa cakap kalau nak kaya hanya perlu jadi usahawan jual kosmetik dan jus penawar? Bagi mereka yang tidak mempunyai kebolehan berniaga atau tidak minat dalam pelajaran, mungkin anda juga masih berpeluang menjadi jutawan.
Dengan berbekalkan jantung yang kuat, latihan yang kental serta persediaan yang rapi bagi mengatasi catatan larian maraton mengatasi 2:02:57, anda bakal menjadi jutawan segera.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 5 larian maraton yang menawarkan hadiah paling mahal dan lumayan atau jumlah wang tunai paling tinggi di dunia.
5. Tokyo Marathon
Mula dipertandingkan pada tahun 2007, Tokyo Marathon adalah penambahan baru kepada pertandingan World Marathon Majors hasil daripada gabungan 2 marathon utama di Jepun.
Ia mendapat sambutang yang sangat hangat dengan lebih daripada 35,000 penyertaan dan menjadi antara salah satu marathon antarabangsa yang terkenal. Jumlah wang tunai bagi marathon ini adalah sebanyak RM1.175 juta.
Hadiah bagi pemenang marathon ini adalah hampir RM313,000 dan jika rekod dunia berjaya dicatatkan, anda akan membawa pulang wang tunai tambahan sebanyak RM1.1 juta.
4. Bank of America Chicago Marathon
Marathon ini antara marathon terbesar di Amerika Syarikat dan menjadi antara upacara tahunan yang terbesar di Chicago. Ia berjaya menarik hampir 45,000 penyertaan dan ditonton oleh lebih daripada 1.7 juta penonton. Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM1.96 juta.
Bagi tahun 2013, pemenang Marathon Boston iaitu pelari Kenya, Rita Jeptoo, juga telah memenangi Marathon Chicago ini dan membawa pulang wang tunai RM391,000. Hadiah wang tunai jika mencatatkan rekod baharu adalah sebanyak RM294,000.
3. TCS New York City Marathon
Pada tahun 1970, Marathon NYC pertama telah diadakan yang terhad kepada Central Park telah disertai oleh hanya 127 penyertaan dengan yuran RM4. Daripada 127 penyertaan, hanya 55 yang menghabiskan larian dan seorang sahaja penyertaan wanita yang tak menghabiskan larian akibat masalah kesihatan.
Ketika itu hadiah yang diberikan adalah jam tangan murah dan satu unit bola lisut, atau trofi boling. Namun, marathon ini telah berkembang mengikut peredaran masa. Perlumbaan pada tahun 2013 telah mencatatkan rekod dimana seramai 50,000 peserta menghabiskan larian, iaitu yang tertinggi dalam sejarah marathon.
Kini, jumlah hadiah wang tunai mencecah RM2.74 juta, dan pemenang membawa pulang wang tunai RM509,000. Bagi pemenang wanita iaitu Priscah Jepto yang juga memenangi gelaran World Marathon Majors dihadiahkan wang tunai tambahan sebanyak RM1.96 juta.
Bagi pemenang yang pernah memenangi marathon ini, hadiah akan meningkat daripada RM509,000 kepada RM783,000. Tak cukup dengan itu, jika masa yang dicatatkan bawah 2:05:00, sebanyak RM235,000 akan dihadiahkan.
2. Boston Marathon
Ramai yang mengenali marathon ini kerana kejadian pengeboman di Boston Marathon pada tahun 2013 yang masih diingati sehingga kini. Namun, pertandingan ini lebih terkenal sebagai marathon paling tua di dunia.
Pada tahun 2014, seramai 36,000 peserta menamatkan larian ini dengan jumlah wang tunai melebihi RM3.13 juta. Pemenang kategori lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM588,000 manakala tempat kedua sebanyak RM294,000.
Sebanyak RM196,000 akan dihadiahkan kepada peserta yang mampu memecahkan rekod dunia walaupun larian ini tidak layak untuk dicatatkan sebagai masa terpantas disebabkan oleh ketinggian trek laarian yang semakin menurun dan bantuan angin. Bagi pencatat rekod baru larian akan diberikan RM98,000 tambahan.
Larian ini juga merupakan salah satu daripada enam Marathon Utama Dunia. Pelari yang paling banyak membawa habuan wang tunai adalah pelari Kenya iaitu Robert Kipkoech Cheruiyot yang juga juara dunia 4 kali. Beliau telah memenangi wang sebanyak RM1.84 juta daripada Boston Marathon sahaja.
1. Standard Chartered Dubai Marathon
Selain daripada terkenal sebagai antara tempat paling mewah di atas muka bumi, Dubai juga terkenal dengan acara marathon dengan jumlah hadiah wang tunai paling tinggi di dunia.
Larian ini pertama kali diadakan pada tahun 2000 dengan hanya 15,000 penyertaan. Jumlah wang tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM3.13 juta dan bonus sebanyak RM784,000 untuk catatan masa terbaik dunia.
Sebanyak RM784,000 telah dihadiahkan kepada pemenang tempat pertama kategori lelaki dan wanita pada tahun 2014, manakala sebanyak RM313,000 kepada pemenang tempat kedua.
Larian ini telah ditabalkan sebagai larian jarak jauh paling lumayan dalam sejarah pada tahun 2008. Sebanyak RM980,000 telah dibawa pulang oleh pemenang dimana jumlah ini adalah dua kali ganda daripada hadiah yang ditawarkan oleh mana-mana acara larian.
Bonus sebanyak RM3.92 juta ditawarkan oleh Dubai Holding kepada sesiapa yang mampu mencatatkan rekod baru dunia, namun tiada siapa berjaya. Masa terbaik dicatatkan oleh Haile Gebrselassie iaitu 2:04:53, kedua terpantas di dunia pada ketika itu. Namun beliau berjaya mencatatkan rekod baru 2008 di Berlin Marathon dengan catatan 2:03:59, yang kini berada di kedudukan 17 catatan terbaik dunia.