Oleh pada 28 Aug 2017 kategori

pantai 506

Pantai merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular dan digemari oleh populasi manusia. Bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di pantai termasuklah bermandi manda, meluncur, mengambil gambar dan berjemur.

Namun, perlu diketahui pantai juga boleh menjadi tempat pelancongan paling berbahaya kerana boleh membawa maut. iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 pantai yang paling berbahaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pantai Kilauea, Hawaii 

pantai kilauea

Pantai ini mungkin kelihatan sangat cantik dan unik dengan pasir yang berwarna hitam, namun ia juga sangat berbahaya. Pantai Kilauea betul-betul terletak di sebelah Gunung Kilauea, antara salah satu gunung berapi paling aktif di dunia. Gunung ini meletus secara berterusan sejak tahun 1983 yang mengeluarkan lava yang sangat panas ke pantai. Disebabkan lokasi ini, suhu air pantai ini mencapai 43 darjah celcius.

2. Pantai-pantai di Northern Territory, Australia

northern territory

Pantai-pantai di Northern Territory, Australia merupakan antara salah satu kawasan pantai yang paling berbahaya di Australia dan di dunia. Ia menjadi habitat kepada obor-obor yang paling berbisa di dunia iaitu Box Jellyfish yang mampu membesar sehingga 28 sentimeter lebar dengan panjang 6 kaki serta mempunyai 60 sesungut. Lebih berbahaya, obor-obor ini adalah lutsinar ketika di dalam air. 

box jellyfish

Mangsa yang disengat oleh obor-obor ini boleh mengalami serangan jantung kerana sengatan yang sangat kuat dan berbisa. Jika sesungut obor-obor ini dicabut selepas menyengat mangsa, ia menyebabkan lebih banyak bisa akan dikeluarkan mengakibatkan mangsa mati dalam masa 5 minit. Sebanyak 70 kes kematian dilaporkan sejak tahun 1883.

3. Pantai Hanakapiai, Hawaii

pantai hanakapiai

Terletak di Kauai, Pantai Hanakapiai yang hanya boleh diakses melalui denai Kalalau, adalah antara pantai yang sangat berbahaya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan berenang. Ia adalah disebabkan oleh arus "rip" yang sangat deras serta ombak kuat yang sangat terkenal yang mampu menghanyutkan pengungjung.

rip current

Jika seseorang dibawa oleh arus ini, daratan yang paling dekat berjarak 9 kilometer dan ini akan menyebabkan mereka lemas. Menurut sumber, seramai 83 nyawa telah terkorban di pantai ini.

4. Gansbaai, South Africa 

gansbaai beach

Disebabkan Pantai Gansbaai ini mempunyai jumlah jerung putih yang banyak, ia telah digelar "Great White Shark Capital of the World", Haiwan berbahaya ini sering berlegar-legar di kawasan pantai dan hanya menunggu masa. Menurut sumber, sebanyak 60,000 ekor anjing laut yang tinggal di selat kecil di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock telah menarik perhatian jerung-jerung ini.

gansbaai

Walaupun berbahaya, pengunjung boleh melihat haiwan ini dari jarak dekat dengan berada di dalam sangkar dan dimasukkan ke dalam air.

5. Chowpatty Beach, Mumbai

chowpatty beach

Pantai Chowpatty sangat berbahaya kepada pengunjung, atas alasan lain daripada yang lain dari senarai ini, iaitu akibat pencemaran. Ia diakatakan sebagai antara pantai yang paling tercemar di dunia. Kawasan sekitar dicemari dengan teruk, termasuklah pasir-pasir yang penuh dengan serpihan kapal rosak, dan airnya penuh dengan sampah sarap yang dibuang dari bandar Mumbai.

chowpatty beach 2

Pada tahun 2011, kapal MV Rak telah mencemarkan lagi pantai ini apabila ia karam dan sebanyak 60,000 metrik tan arang mencemari pantai ini. Berenang di dalam air yang tercemar boleh menyebabkan cirit birit atau sakit tekak, juga beberapa lagi penyakit berbahaya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Sumber : Weather




Hakcipta iluminasi.com (2017)