Oleh pada 24 Jul 2017 kategori

Siapa tak suka bercuti? Tipu lah kan kalau tak suka. Terdapat banyak lokasi percutian yang menyeronokkan dan antara salah satu lokasi pelancongan yang menjadi kegemaran ramai adalah pantai. Berbeza dengan percutian di lokasi lain seperti di bandar-bandar besar, pantai memberikan kepuasan yang sangat berlainan. Jika anda inginkan percutian yang menenangkan dan memuaskan, pantai adalah lokasi yang anda patut pilih.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda antara 7 pantai paling menakjubkan dan  mempesonakan di dunia yang menjadi tumpuan setiap umat manusia.

7. Pantai Fiji 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Fiji merupakan sebuah archipelago, iaitu pantai yang mempunyai sekumpulan pulau. Sebanyak 300 pulau-pulau di Fiji yang terletak di Pasifik Selatan dan merupakan lokasi kegemaran bagi pelancong Australia. Pantai-pantai tropikal berpasir putih dan air biru jernih yang mempesonakan menarik ramai penggemar pantai untuk datang ke sini menikmati percutian yang sempurna. Tak kiralah apa sahaja aktiviti kegemaran anda sama ada snorkeling, menyelam atau hanya bermandi-mandi, anda pasti akan sukar untuk meninggalkan tempat secantik ini.

6. Pantai Maui, Hawaii

maui

Di antara pulau-pulau Hawaiian, Maui adalah salah satu daripadanya yang mempunyai kesemua tarikan yang korang inginkan iaitu warisan yang kaya dengan budaya, tradisi yang menarik serta hidupan liar yang menakjubkan. Selain itu, topografi di sini sememangnya tidak terbanding dengan terdapatnya gunung berapi setinggi 10,000 kaki, air terjun, kawah dalam serta pantai berwarna-warni. Ia juga adalah sangat popular bagi aktiviti menyelam dan meluncur.

5. Pantai Maldives

maldives

Pasti ramai yang dah tahu lokasi ini. Terletak di Lautan India, Maldives merupakan lokasi yang mempunyai pantai tercantik di dunia dan menjadi tempat popular bagi kalangan pelancong yang sukakan pantai. Dengan akuatik yang sangat memukau serta pantai-pantai putih yang bersih memberikan kepuasan bagi mereka yang bercuti di sini. Selain itu, hidupan laut yang unik disulami dengan batu karang yang berwarna-warni memaksa anda untuk menyelam ke dalam pantai ini walaupun anda tak pernah lakukannya sebelum ini.

4. Pantai Bali, Indonesia

bali

Antara lokasi yang paling terkenal bagi rakyat Malaysia, dan juga seluruh pelusuk manusia di dunia. Indonesia sememangnya mempunyai budaya yang unik dan kaya dengan warisan seni, muzik dan tarian. Dikelilingi oleh gunung berapi yang tinggi dan juga tumbuhan hijau serta air yang sangat jernih, membuatkan mereka yang tidak menggemari pantai pun akan jatuh hati dengannya. 

Ia juga dihiasi dengan batu karang yang amat rare dan anda boleh melihat dengan jelas sebaik sahaja masuk ke dalam air.

3. Pantai Santorini, Greece

santorini 477

Santorini adalah salah satu lokasi penggambaran yang paling cantik dan menarik di dunia. Dahulunya, ia merupakan sebuah pulau yang menempatkan beberapa perkampungan yang kemudiannya telah musnah akibat letupan gunung berapi. Akibat daripada letupan itu, maka terhasilah Santorini di Laut Aegean selatan ini. Di sini, terdapat sebuah vila putih yang sangat cantik dihiasi dengan dua dom biru yang menambah lagi panorama di sini. Juga terdapat pantai-pantai yang mempunyai pasir berwarna hitam dan merah. 

2. Pantai Bora-Bora, French Polynesia

bora bora

Menjadi impian setiap penggemar pantai untuk sampai ke sini satu hari nanti. Bora-Bora terletak di pulau Pasifik Selatan di barat laut Tahiti. Pantai menakjubkan ini sangat terkenal dengan aktiviti menyelam, dengan air laut biru yang sangat jernih dan batu karang yang sangat rare. Di tengah-tengah pantai ini terdapat Gunung Otemanu, sebuah gunung berapi aktif berketinggian 727 meter.

Dengan chalet yang dibina di atas air membuatkan anda boleh mendengar derusan ombak pada waktu malam. Ia juga menjadi lokasi kegemaran bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Tiada apa yang dapat membuatkan anda boleh melupakan lokasi menakjubkan ini.

1. Pantai Palawan, Filipina

palawan 123

Palawan bukanlah kali pertama berada dalam senarai lokasi pelancongan terbaik di dunia. Dan tak perlu anda tanya kenapa. Terkenal dengan gelaran "Sempadan terakhir", Palawan mempunyai artifak berusia 50,000 tahun. Terletak sejam setengah dari Manila menaiki kapal terbang, pantai ini mempunyai air laut yang sangat biru seperi berlian. Juga dihiasi dengan hidupan liar yang unik, dalam air dan juga bebas di hutan.

Mempunyai batu karang dalam laut yang memukau dan juga hutan hijau yang subur, ia pasti menjadikan percutian anda antara percutian yang terbaik pernah anda alami.




Hakcipta iluminasi.com (2017)