Sebagai anak, kita haruslah mempunyai keazaman dan cita-cita untuk membalas jasa ibu bapa apabila sudah besar kelak. Sekiranya ada rezeki lebih, apa salahnya jika bawa mereka berjalan-jalan, mengerjakan haji atau umrah, belanja mereka makan dan sebagainya.

Sekiranya anda merancang untuk membawa ibu bapa anda berjalan-jalan, tidak kira sama anda dalam dan luar negara, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

travel

1. Pastikan Perjalanan Tidak Terlalu Padat

Apabila sudah berumur, tenaga mereka juga berkurangan. Tidak seperti kita, ibu bapa yang sudah berumur mudah penat. Jadi, elakkan membuat perancangan yang terlalu padat dalam sehari.

Sebagai contoh, sekiranya anda merancang untuk ke 3 4 buah tempat, pastikan anda tidak terkejar-kejar di sesuatu tempat bagi membolehkan ibu bapa berjalan dengan santai dan berehat dengan secukupnya.

2. Sentiasa Perhatikan Tahap Kesihatan Ibu Bapa

Ketika travel, sentiasa pastikan tahap kesihatan ibu bapa anda. Sekiranya mereka nampak sangat letih dan lesu, ada eloknya ambil masa untuk berehat.

Sekiranya ibu bapa anda mempunyai sesuatu penyakit, perhatikan simptom-simptom yang ada padanya. Selain itu, sekiranya anda ingin membawa mereka melancong ke luar negara, pastikan anda mengetahui cuaca kawasan setempat sama ada musim panas, sejuk, luruh atau musim bunga. Pastikan ibu bapa anda mempunyai pakaian yang sesuai untuk dipakai di sana.

3. Ambil Gambar Kenangan Bersama Mereka

Apabila travel, antara perkara yang paling penting adalah mengambil gambar-gambar kenangan di tempat-tempat yang anda lawati. Dengan kemudahan smartphone dan kamera digital, ambillah seberapa gambar dengan ibu bapa anda.

Abadikan kenangan dan momen-momen bahagia bersama ibu bapa anda selagi masih ada. Bila mereka sudah meninggal dunia, gambar-gambar inilah yang akan menjadi kenangan untuk mengimbau saat-saat bahagia bersama mereka dan untuk melepaskan rindu pada mereka.

4. Elakkan Kawasan Yang Terlalu Padat dan Terlalu Ramai Orang

Apabila sudah berumur, selalunya kita lebih gemar akan suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk manusia. Ibu bapa anda kemungkinan tidak selesa dan stress apabila perlu bersesak-sesak dengan ribuan manusia.

Pastikan mereka sentiasa gembira dan tidak stress. Jika tidak pasti, bertanyalah pada mereka.

5. Jaga Makan Minum Mereka

Bagi yang biasa travel secara minimalis atau backpacker, anda mungkin tidak kisah sekiranya perlu sedikit berlapar atau makan makanan segera seperti roti, mee segera dan sebagainya. Bagi ibu bapa yang sudah berumur, ianya mungkin tidak berapa sesuai lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai penyakit.

percutian

Diharapkan tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu kepada anda yang ingin membawa ibu bapa anda travel. Ingat, tujuan kita membawa ibu bapa adalah untuk menggembirakan hati ibu bapa maka rancanglah dengan sebaiknya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)