Afrika ialah benua kedua terbesar di dunia, dan rumah kepada banyak tarikan yang menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia. Dari padang pasir Sahara yang indah hingga ke hutan hujan Congo, Afrika menyediakan kekayaan keajaiban semula jadi dan kepelbagaian budaya.
Dengan kepelbagaian landskap unik dalam sempadannya, tidak hairanlah banyak negara Afrika mempunyai banyak tawaran dari segi saiz dan pengaruh budaya. Di Iluminasi, kami sudah berkongsi banyak artikel berkaitan keunikan yang terdapat di benua ini antaranya:
BESARKAN TEKS A- A+
- Keunikan Rekabentuk Masjid di Afrika Barat Yang Dibina Daripada Tanah Liat
- Keunikan Suku Bodi di Ethiopia Yang Menganggap Lelaki Buncit Sebagai Menawan
- Dahomey Amazon, Pasukan Pahlawan Wanita Yang Menentang Penjajahan Barat di Afrika Barat
- Kisah Suku Asli Afrika Yang Mempunyai Kaki Unik - VaDoma
- ... dan banyak lagi.
Kali ini, kami ingin kongsikan 5 buah negara terbesar di benua ini beserta dengan keunikan yang terdapat pada setiap satu daripadnya.
5. Chad - 1283999 km persegi
Berada di tangga ke 5 dalam senarai ini adalah Chad, negara yang mungkin kurang dikenali berbanding negara lain dalam senarai ini. Republik Chad mendapat namanya daripada Tasik Chad, yang menyediakan air kepada berjuta-juta orang di negara-negara bersebelahan.
Nama "Chad" berasal dari tempatan dan secara literal diterjemahkan kepada "air besar". Walaupun lebih 120 bahasa dan dialek biasa digunakan di Chad, bahasa Arab dan Perancis adalah bahasa rasmi.
Landskap Chad agak pelbagai, dan boleh dibahagikan kepada tiga zon berbeza. Sahelian Belt terletak di bahagian selatan negara ini dan ditakrifkan oleh kawasan besar padang rumput tropika. Di atasnya adalah Gurun Sahara yang terkenal, dan di selatan kedua-duanya terletak Savanna Sudan. Di antara tiga habitat yang berbeza ini, pelbagai jenis fauna dan flora dapat ditemui.
4. Libya - 1759539 km persgi
Di Utara Chad dan Niger serta barat Mesir terletaknya Libya, sebuah negara yang mana 90% terdiri daripada Gurun Sahara yang menakjubkan. Masa lalu Libya penuh dengan konflik termasuk perjuangan menentang pengaruh Islam dan Itali sebelum negara itu akhirnya dapat mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1951.
Pergolakan awam berterusan sehingga hari ini, menyebabkan pelancong sering dinasihatkan untuk mengelak dari Libya ketika melancong di Afrika. Garis pantai Libya sepanjang 1,099 batu di sepanjang Laut Mediterranean adalah yang terpanjang di Afrika Utara.
Tripoli, ibu negara dan pelabuhan perdagangan utama Libya adalah hab untuk perdagangan minyak Libya dan akitiviti haram pemerdagangan manusia. Populasi di Libya pula dianggarkan sekitar 6.375 juta orang.
3. Sudan - 1861481 km persgi
Sudan bersempadan dengan Mesir dan Laut Merah dengan ibu kotanya terletak betul-betul di mana Sungai Nil Putih dan Sungai Nil Biru bergabung. Negara ini memiliki keluasan 1861481 persgi dengan 40.53 orang juta penduduk. Ibu ngara bag Sudah adalah Khartoum.
Negara ini telah mendapat reputasi kerana memiliki bilangan piramid terbesar di Afrika. Piramid Sudan, yang jumlahnya melebihi 200, menempatkan kerabat diraja Kerajaan Kush yang memerintah Nubia purba.
Piramid Meroe menjadi tarikan pelancong yang paling popular di Sudan. Piramid ini lebih sempit dan lebih tinggi daripada piramid Giza yang terkenal di dunia di Mesir dan kurang sesak oleh kumpulan pelancong. Struktur purba yang indah ini telah disenaraikan pada tahun 2011 sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
2. Republik Congo - 2345408 km persegi
Congo adalah negara kedua terbesar di benua Afrika dengan keluasan sekitar 2345408 km persegi. Juga dikenali dengan nama Republik Demokratik Congo, negara ini merupakan negara paling selatan di Afrika Tengah.
Congon mempunyai rupa bumi yang pelbagai dan beberapa spesies endemik hidupan liar seperti Bonobo dan Okapi. Mulut Sungai Congo bersambung ke Lautan Atlantik dan perairannya menyuburkan hutan hujan di sekitarnya, mengalir sangat kuat semasa musim hujan.
Hutan hujan Congo adalah rumah kepada beberapa puak pribumi, sering digelar suku "Pygmy" di Afrika. Penduduk suku Mbuti di hutan Ituri jarang diketahui ketinggiannya melebihi lima kaki. Mereka merupakan pemburu madu yang hasilnya digunakan untuk berdagang dengan kampung jiran.
1. Algeria - 2381737 km persegi
Algeria adalah negara terbesar di Afrika. Secara rasmi dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Algeria, negara ini kebanyakannya terdiri daripada kawasan gurun Sahara yang kekal hampir keseluruhannya tidak berpenghuni.
Majoriti penduduk Algeria tinggal dalam hanya 12% daripada jumlah kawasan darat di sepanjang pantai Mediterranean. Bahan api fosil adalah eksport utama negara ini, dengan gas asli dan petroleum membentuk 98% daripada semua eksport. Algeria adalah salah satu pembekal bahan api utama ke Eropah.
Ibu negara bagi Algeria adalah Algiers. Penduduknya pula sekitara 41.32 juta orang. Negara yang sangat besar ini wujud sekitara tahu 1515. Menariknya, atlet dari negara ini telah bertanding dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1964 dan telah memenangi 5 pingat emas.
Kredit: