Bagi kebanyakan daripada kita, negara Ethiopia yang terletak di benua Afrika mungkin tidak ada keistimewaannya. Bagi peminat sukan larian pula, Ethiopia merupakan sebuah negara unik yang telah melahirkan ramai jaguh pelari jarak jauh atau marathon antaranya Kenenisa Bekele, Tirunesh Dibaba, Derartu Tulu dan Fatuma Roba.

Namun, tahukah anda bahawa di satu kawasan di Ethiopia, terdapat satu suku kaum yang melihat orang lelaki yang buncit itu sebagai yang menarik. Bukan itu sahaja, setiap tahun mereka turut akan mengadakan pertandingan lelaki paling menarik di mana pemenang dipilih berdasarkan saiz perut paling besar. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Memiliki badan yang ramping mungkin merupakan cita-cita bagi setiap lelaki dan wanita tetapi bagi orang Ethiopia dari  suku Bodi atau Me'en ini, orang lelaki yang mempunyai perut lebih besar selalu dianggap lebih baik.

Suku ini yang mengamalkan gaya hidup separa nomad ini tinggal di sudut terpencil di Lembah Omo Ethiopia, tempat bagi ritual pelik yang menyaksikan pemuda-pemuda akan meminum darah dan susu lembu dalam usaha untuk dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk. 

Kenali suku Bodi

budaya bodi ethiopia

Selama berabad-abad lamanya, lembah Omo di Ethiopia telah menjadi tempat tinggal bagi banyak suku yang berbeza. Kumpulan etnik yang pelbagai ini telah tinggal di wilayah ini jauh sebelum negara bangsa moden yang disebut Ethiopia wujud dan masih banyak yang tinggal di kawasan ini dan mengamalkan budaya nenek moyang mereka.

Bodi berrtutur menggunakan bahasa Bodi sebagai bahasa ibunda yang tergolong dalam keluarga bahasa Nilo-Saharan. Bodi atau Me'en adalah nama suku separa-nomad yang tinggal di lembah Omo, kira-kira 140 km dari bandar Jinka, bandar yang terletak di Ethiopia Selatan.

Di bahagian selatan penempatan suku Bodi pula adalah penempatan suku Mursi. Walaupun orang Bodi menanam jagung dan kopi di sepanjang tebing Sungai Omo, budaya mereka sangat berpusat pada perternakan lembu.

Sama seperti Mursi, penternakan memainkan peranan penting dalam upacara perkahwinan, ritual keagamaan atau kepercayaan dan pemberian nama. Malah, klasifikasi lembu oleh orang Bodi adalah kompleks, dengan lebih dari lapan puluh perkataan wujud untuk menerangkan warna dan corak yang berbeza.

Sambutan perayaan Ka'el

suku bodi

Setiap tahun, mereka merayakan tahun baru mereka yang dikenali sebagai Ka'el (Perayaan Tahun Baru Bodi) antara bulan Jun dan Julai, bergantung pada bulan purnama dan hujan. Perayaan ini sedikit berbeza daripada perayaan tahun baru yang biasa kerana tradisinya adalah memberi makan pemuda dari setiap kampung Bodi.

Ka'el merupakan perayaan menuai semasa musim hujan. Di Lembah Omo, lembu ibarat wang dan mempunyai tubuh yang besar adalah tanda kebahagiaan. Dengan mengambil hanya susu, mentega dan darah lembu selama 3-6 bulan (proses kegemukan), kebiasaannya peserta boleh menaikkan berat badan mereka dua kali ganda.

Kemampuan peserta membesarkan badan mereka ini juga dapat membuktikan hubungan peribadi mereka dengan penduduk setempat. Sebilangan pemuda ini belum memiliki lembu sendiri maka keluarga dan rakan-rakan mereka akan menyokong mereka dengan menyumbangkan susu kepada mereka.

Walaupun pemenang dipilih pada sambutan perayaan Ka'el, pertandingan ini bermula enam bulan sebelum upacara sebenar. Setiap keluarga diizinkan menghantar seorang lelaki yang belum berkahwin untuk menghadapi pertandingan ini.

Bagi peserta, selama tempoh menaikkan berat badan ini mereka akan tinggal di sebuah  pondok khas, tidak boleh bergerak keluar atau melakukan hubungan seks selama tempoh ini.

Pemilihan pemenang

ritual suku bodi

Pada hari pertandingan, setiap peserta akan dipanggill datang dari pondok mereka dan setelah upacara tarian, mereka akan diukur oleh golongan tua suku Bodi yang kemudian memutuskan siapa pemenang dan yang paling gemuk.

Proses membesarkan badan ini menurut mereka bukkannya mudah kerana memerlukan disiplin. Orang Bodi mengatakan bahawa biasanya bukan pserta yang terkaya yang menang, tetapi yang paling berdedikasi dan mempunyai kekuatan mental. Setiap peserta mesti mengikuti diet yang ketat.

Inilah sebab utama mengapa pesaing Ka'el ini dihormati oleh orang suku tersebut. Lebih penting lagi, menyertai pertandingan ini adalah cara untuk menarik calon isteri. Lelaki di sini percaya bahawa semakin besar mereka, semakin banyak wanita yang menginginkannya.

Makanan yang diambil oleh peserta terdapat dalam bentuk campuran darah dan susu lembu yang selalu disajikan kepada lelaki oleh wanita dari kampung. Lembu dianggap suci bagi suku Bodi sehingga ianya tidak dibunuh. Oleh itu, darah diambil dengan membuat lubang di urat vena dengan tombak atau kapak dan setelah itu bahagian itu akan ditutup dengan tanah liat.

budaya suku bodi

Kerana suhu yang terik, peserta harus minum semangkuk darah dan susu dua liter dengan cepat sebelum ia membeku. Namun, tidak semua orang dapat minum dengan cepat.

Upacara Ka'el itu sendiri melibatkan berjam-jam berjalan di bulatan mengelilingi pokok suci, diperhatikan oleh lelaki lain dan dibantu oleh wanita yang menyapu mereka dengan alkohol dan membersihkan peluh. Setelah lelaki paling gemuk dipilih, upacara berakhir dengan penyembelihan seekor lembu menggunakan batu suci yang besar.

Ketua-ketua kampung kemudiannya akan memeriksa perut dan darah untuk membuat ramalan apakah masa depan akan cerah atau tidak. Selepas upacara itu, kehidupan peserta kembali normal dan kebanyakan akan "kehilangan" perut mereka setelah beberapa minggu makan dengan berhati-hati.

Tetapi beberapa minggu kemudian, generasi lelaki-lelaki Bodi yang kompetitif akan dipilih dan kitaran akan bermula semula. Bagi setiap pemuda Bodi, menjadi lelaki gemuk merupakan cita-cita mereka sejak daripada kecil.

Kredit:

  1. Joey L
  2. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)