Afrika merupakan sebuah benua yang sangat luas dan oleh sebab itu mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri. Daripada segi budaya kepada muzik, makanan kepada seni, tradisi kepada manusia, dan seterusnya. Apa sahaja yang anda bayangkan tentang Afrika berubah ketika anda menjejakkan kaki di benua itu.
Di Afrika atau lebih tepat lagi di negara Zimbabwe, terdapat suku asli di sini yang terkenal kerana keunikan yang ada pada anggota badan mereka. Majoriti orang dari suku yang dikenali sebagai VaDoma disini mempunyai kaki seperti kaki burung unta!
BESARKAN TEKS A- A+
Pernahkah anda melihat atau membaca mengenai suku unik ini? Dahulu kami pernah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 6 Mutasi DNA dan Genetik di Seluruh Dunia dan turut menyenaraikakn suku VaDoma ini sebagai salah satu daripadanya. Namun, untuk artikel kali ini kami akan berkongsi lebih panjang lebar mengenai suku unik ini.
Latarbelakang VaDoma
Ramai orang dari VaDoma mempunyai dua jari kaki yang luar biasa yang mungkin tidak ditemui di mana-mana tempat lain di seluruh dunia. Suku VaDoma juga dikenali sebagai Dema atau Doma. Mereka adalah suku pemburu dan pengumpul hasil htan yang tinggal di kawasan Kanyema, berhampiran permulaan Lembah Sungai Zambezi.
Mereka adalah satu-satunya suku pemburu-pengumpul di Zimbabwe yang tinggal di wilayah Kanyemba di sekitar lembangan anak sungai di Lembah Sungai Zambezi. Mereka juga dikenali sebagai Doma atau Dema. Mereka ini bukan orang biasa yan boleh anda lihat setiap hari.
Mereka bercakap dalam bahasa Dema dan mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa nenek moyang mereka berasal dari pokok baobab. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mereka berjalan jika anda melihat kaki mereka. Apabila mereka ingin memetik buah-buahan atau memburu binatang, merek akan bangkit secara menegak.
Walaupun Afrika bergantung pada pertanian untuk makanan dan hasil, suku ini tidak mengamalkan pertanian. Kawasan tempat tinggal orang suku terpencil ini telah menjadi satu-satunya kawasan bukan pertanian di Zimbabwe. Kerana mereka mempunyai mutasi genetik yang luar biasa berbanding orang-orang Afrika lain.
Orang VaDoma secara umumnya agak pemalu; semasa bercakap mereka tidak memandang tepat ke mata anda, sebaliknya, merenung ke tanah. Mereka juga tidak suka memakai kain tekstil; kanak-kanak seawal 10 tahun tidak memakai sebarang pakaian.
Mereka telah mengekalkan sedikit hubungan dengan seluruh komuniti mereka, dan telah menukar gaya hidup mereka kepada separuh mencari makan. Untuk melindungi diri mereka daripada cuaca dan pemangsa, mereka telah membina rumah di atas pelantar kayu dan mempunyai tempat perlindungan yang dibina dari rumbia.
Sindrom Ectrodacyly
Apa yang diwarisi oleh generasi suku ini dikenali sebagai sindrom Ectrodactyly. Bagaimanakah menjelaskan sindrom ini secara paling mudah untuk difahami oleh orang awam? Ianya adalah satu sindrom di mana manusia dilahirkan satu atau lebih jari kaki atau jari tangan mereka hilang.
Individu dengan sindrom ini biasanya mempunyai kaki atau jari yang sangat panjang. Daripada lima jari dan lima jari kaki konvensional, mereka hanya mempunyai dua jari kaki seperti cakar.
Walau bagaimanapun, mutasi genetik dominan yang diwarisi ini hanya boleh terjadi kepada beberapa kaki suku mereka; satu daripada setiap empat kanak-kanak mempunyai kecacatan ini. Mereka yang mempunyai penyakit keturunan ini akan mengalaminya sepanjang hayat mereka.
Gaya hidup dan pantang larang
Cara hidup mereka juga terhalang oleh penyakit tersebut. Orang-orang suku ini tidak berkahwin di luar suku mereka, yang turut mengehadkan peluang ekonomi mereka. Inilah sebabnya mengapa orang yang mengalami keadaan ini mungkin tidak ditemui di bahagian lain di luar negara atau dunia.
Berita baiknya ialah orang yang mempunyai keadaan ini tidak dirujuk sebagai cacat dalam komuniti mereka. Jari kaki membantu mereka menjadi pendaki pokok yang lebih kuat.
Pengasingan suku ini telah membolehkan mereka mengekalkan ciri-ciri tersendiri di kalangan orang asli mereka. Peraturan itu mungkin membantu menjelaskan mengapa anak suku ini ramai yang mempunyai sindrom kaki burung unta ini.
Orang VaDoma boleh bebas bergaul dan berinteraksi dengan ahli komuniti lain walaupun mempunyai budaya perkahwinan yang ketat. Mereka masih boleh produktif walaupun keadaan dengan keadaan kaki mereka sebegitu kerana mereka tidak menganggapnya sebagai satu bentuk kecacatan.
Kredit: