Bagi kebanyakan orang, mesin espresso peribadi hanyalah satu keinginan yang boleh dicapai dengan membuat pelaburan yang besar. Walau bagaimanapun, untuk kedai kopi, kualiti mesin espreso yang digunakan boleh boleh membantu atau membantutkan perniagaan kedai kopi itu.
Inilah sebabnya mengapa banyak pengeluar mesin kopi mewah telah mencipta mesin espresso bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit, dilengkapi dengan pelbagai ciri fungsi moden dan jumlah penyesuaian teknikal yang tidak masuk akal.
BESARKAN TEKS A- A+
Mesin espresso mahal ini juga tahan lasak, membolehkannnya digunakan untuk menghidangkan ribuan cawan kopi kepada pelanggan setiap hari. Kali ini, mari kami kongsikan beberapa buah mesin espresso paling mahal di dunia yang boleh anda beli sekiranya anda membuka kedai kopi atau untuk kegunaan peribadi.
5. Slayer Three Group - $29,690
Mesin Espresso Komersial "Three Group" oleh Slayer ialah pembuat espreso komersial untuk suasana kafe mewah. Ia mempunyai dandang bru 1.2 liter untuk setiap kumpulan, yang semuanya mempunyai sistem tekanan, pemanasan awal dan pengukus bebas.
Slayer ialah salah satu jenama mesin kopi yang baharu di pasaran yang diperkenalkan pada 2009, dengan mesin pertamanya adalah mesin keluli tahan karat buatan tangan. Mesin pertama itu bukan sahaja mempunyai elemen pemanasan dan pengepaman yang canggih tetapi menampilkan binaan loyang berat dengan pemegang kayu ukiran tangan, menawarkan penampilan mewah yang kini terkenal dengan Slayer.
Injap jarum yang dipatenkan Slayer menyediakan kawalan kadar aliran berubah-ubah dalam tetapan pra-bru, membolehkan pemprofilan perisa tersuai pada setiap kumpulan. Setiap mesin juga dibangunkan untuk berjuta kali kegunaan, jadi ia sememangnya tahan lasak.
4. Synesso MVP Hydra 3-Group - $29,900
Mesin espresso MVP Hydra ialah teknologii bergred komersial dari Synesso yang merangkumi 6 program untuk setiap kumpulan pembuatan bru serta berbilang mod minuman untuk mana-mana barista berpengalaman.
Mark Barnett, yang mengasaskan Synesso, menncipta sistem saluran masuk air mesin espresso standard. Dia menambah baiknya dengan menambahkan motor individu dan pam cecair kepada setiap kumpulan pembuatan bru supaya ia boleh dikawal secara berasingan.
Ini bermakna walaupun dalam situasi pembuatan air dengan jumlah yang tinggi, setiap kumpulan mempunyai tekanan sendiri yang tidak terganggu untuk memastikan kualiti air kopi yang dihasilkan untuk cawan. Mesin Espresso Komersial Synesso MVP Hydra 3-Group ini berharga $29,900.
3. Victoria Arduino Black Eagle Gravimetric - $31,225.50
Mesin Espresso Gravimetric Black Eagle dari Victoria Arduino ialah mesin yang mementingkan ketepatan. Teknologi gravimetriknya membolehkan ia mengukur dan mengekstrak berat cecair espresso yang masuk terus ke dalam cawan.
Dengan kawalan penuh ke atas setiap cawan, mana-mana barista akan mempunyai lebih banyak kawalan di sebalik mesin berkualiti komersial ini. Teknologi T3 ialah cara mesin ini memberikan kawalan suhu kepada barista, termasuk suhu individu dan paras wap untuk setiap kumpulan bancuhan.
Mesin espresso ini untuk semua mereka yang mendedikasikan hidup mereka untuk kopi; yang mengkaji, menyelidik dan bereksperimen setiap hari untuk membawa pengalaman kopi yang bermakna ke dalam cawan kopi.
2. La Marzocco GB5 S - $32,990
Mesin Espresso Komersial GB5 oleh La Marzocco ini penuh dengan teknologi elektronik proprietari termaju syarikat ini. Ia memberikan mesin ini kestabilan dan kawalan suhu yang lebih baik dengan reka bentuk berinspirasikan Eropah yang dibina untukk kegunaan komersial.
Model asal mesin ini keluar pada tahun 2005, tetapi La Marzocco telah menambah baiknya sejak itu. Mereka juga mengukir dua teratai merah di sisi mesin untuk mengimbas kembali warisan syarikat sebagai pengeluar kopi dari Florentine.
Mesin Espresso GB5 S dijual pada harga $32,990. Mesin yang luar biasa ini memberikan barista banyak kawalan lanjutan ke atas proses membuat espreso. Ini termasuk dapat mengurus secara langsung isipadu bru, suhu dandang, kitaran pembersihan dan banyak lagi.
1. Eversys Enigma Traditional Superautomatic E6m ST - $46,800
Mesin espresso yang paling mahal ialah Mesin Espresso Eversys Enigma Traditional Superautomatic E6m ST. Ia adalah mesin espresso gred komersial yang cukup lebar untuk dua barista menggunakan mesin itu pada masa yang sama (lebarnya 84cm).
Mesin ini boleh mengepam keluar 350 espreso sejam jika barista menggunakannya secara berterusan, menjadikannya sempurna untuk kedai kopi komersial. Mesin Eversys dilengkapi dengan banyak fungsi menarik, termasuk muncung krema, penghasil wap dengan Everfoam, pengisar kopi dan peti sejuk 2 gelen oleh Vitrifrigo.
Ini menjadikannya hebat bukan sahaja untuk kegunaan barista professional tetapi juga sebagai mesin layan diri. Pembuat espreso komersial ini berharga $46,800.
Kredit: