Seperti mana yang kita tahu, syarikat insurans sangat teliti dalam melakukan penyiasatan tuntutan insurans oleh para pelanggan mereka. Habis segala dokumen dan bukti akan dicari oleh syarikat insurans bagi memastikan pelanggan mereka benar-benar layak menerima pampasan insurans.

Sekiranya pihak syarikat insurans mendapati terdapatnya penipuan, unsur meragukan atau kurangnya bukti, mereka tidak akan teragak-agak menolak permohonan pelanggan mereka untuk mendapat pampasan seperti yang tertakluk dalam perjanjian dengan pihak insurans.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, sejak dahulu lagi ramai pihak yang suka menipu pihak insurans dengan pelbagai tipu helah untuk mendapat pampasan. Kali ini, kami ingin kongsikan beberapa contoh kes penipuan tuntutan pampasan dengan pihak insurans yang berjaya dibongkarkan. 

1. Tuntutan kedai emas dirompak

penipuan tuntutan insurans 985

Pada Disember 2008, Atul Shah dan Mahaveer Kankariya, dua pemilik perniagaan barang kemas di New York, telah melakukan rompakan dari kedai mereka sendiri. Mereka mengupah dua lelaki untuk memakai kostum dan pecah masuk ke kedai mereka dan memfailkan tuntutan $7 juta dengan syarikat insurans mereka, Llyods of London.

Kedua pemilik kedai barang kemas tersebut sedang bergelut dengan perniagaan mereka jadi mereka tampil dengan rompakan palsu sebagai satu-satunya penyelesaian untuk memperoleh kekayaan yang mereka inginkan. Menurut mereka, salah seorang perompak memaksa mereka membuka peti besi dan mengambil permata bernilai $9 juta.

Pihak syarikat insurans berasa curiga kerana perniagaan barang kemas mereka mempunyai hutang ratusan ribu. Akhirnya, kamera keselamatan mendedahkan bahawa Shah dan Kankariya telah menggantikan permata di dalam peti besi dengan kotak kosong beberapa jam sebelum pencuri muncul. Keduanya dikenakan hukuman penjara kerana cubaan menipu ini. 

2. Tuntutan insurans kematian individu yang tidak wujud

kematian palsu

Di California, empat wanita memalsukan kematian seorang lelaki yang tidak wujud, Jim Davis dan menuntut insurans kematian terhadap lelaki tersebut. Mereka memalsukan dokumen kematian dan membayar pelakon untuk melawat pengebumiannya.

Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai anak saudara si mati. Benefisiari menuntut bayaran insurans hayat sebanyak $1.2 juta. Penipuan akhirnya terbongkar. Jean Crump, salah seorang daripada empat penjenayah tersebut telah membeli polisi insurans hayat untuk Jim Davis dengan menamakan anak saudara dan anak saudaranya sebagai benefisiari.

Kumpulan penjenayah ini menerima $260,000 untuk insurans hayat. Selepas membayar tuntutan, dua buah syarikat insurans yang menguruskan tuntutan tersebut berasa curiga jadi mereka mengupah seorang penyiasat untuk meneliti perkara itu. Keempat-empat mereka telah ditangkap dan disabitkan kesalahan mereka.

3. Tuntutan pampasan kereta yang kononnya dicuri

lord brocket

Lord Brocket, seorang bangsawan berusia 42 tahun mempunyai koleksi menakjubkan 42 kereta rare yang semuanya dibeli menggunakan pinjaman bank yang besar. Perkara mula berubah selepas 1991 ketika Perang Teluk pertama. Di tengah-tengah kejutan kewangan global, keluarga Brocket membuat rancangan licik untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang yang semakin meningkat.

Empat buah kereta miliknya dilaporkan dicuri pada tahun yang sama dan berita mengenainya tersebar di seluruh UK. Mereka mendakwa pencuri telah mematikan penggera dan pergi tanpa sebarang petunjuk. Apa yang sebenarnya berlaku kereta-kereta tersebut telah dibuka dan bahagian-bahagiannya diceraikan.

Segalanya terbongkar pada tahun 1995 apabila bekas isterinya mendedahkan segala-galanya kepada polis. Malangnya dia tidak mendapat apa-apa wang pampasan. Lebih malangg lagi lelaki terrsebut dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Disember 2005.

4. Tuntutan insurans kematian yang dipalsukan

pemalsuan kematian 399

Seorang lelaki dikenali Darvin dikenali kerana menipu pihak insurans sebanyak £700k. Dengan bantuan isterinya, dia memalsukan kemalangan ketika berkanunya pada Mac 2000. Dia berusia 70 tahun ketika ini dan mempunyai banyak hutang yang perlu dijelaskan.

Dia dilaporkan hilang dari County Durham oleh isterinya Anne. Sebuah kapal terbang polis melakukan pencarian untuk mencarinya, tetapi mereka gagal kerana dia bersembunyi di dalam khemah lebih jauh di pantai. Keesokan harinya apabila sampannya ditemui, isterinya mengisytiharkan dia mati.

Selepas empat tahun, John dan isterinya akhirnya berpindah ke Panama dan tinggal sebentar disana. Perubahan dalam undang-undang Panama menyebabkan mereka memerlukan surat daripada polis di Britain yang menyatakan Darvin seorang yang baik untuk mendapat status "permanent resident" atau pemastautin di situ.

Dia kembali ke England dengan mendakwa dia mengalami amnesia selama lima tahun pada Disember 2001. Ini membuktikan bahawa Anne tahu suaminya belum mati.Mereka didakwa mendapatkan wang dengan cara menipu dan dia dipenjara 6 tahun 3 bulan sementara isterinya dikenakan penjara selama tiga bulan.

5. Tuntutan insurans kononnya depresi dan tidak boleh bekerja

penipuan pampasan insurans

Seorang pengusaha hotel berusia 33 tahun, Richard Moore dari Bury, Manchester, menerima £35,000 selama tiga tahun daripada polisi perlindungan pendapatan yang dilanggannya. Dia mendakwa dia mengalami kemurungan, anxiety dan terlalu sakit untuk bekerja.

Bagaimanapun, sepanjang masa itu dia sebenarnya masih melakukan pelbagai pekerjaan malah turut menerima anugerah sebagai pengarah urusan. Lelaki itu telah mengambil polisi perlindungan pendapatan pada 2008 supaya dia boleh menjamin pendapatannya dalam keadaan kritikal.

Pada 2013, dia menebus polisi ini dan mendakwa dia menghidap penyakit psikologi. Pihak insurans menemui artikel mengenai Moore dalam sebuah akhbar dimana dia menerima anugerah sebagai pengarah urusan dan pemilik The Victoria in Bury.

Pihak berkuasa menyebut bahawa Moore akan meneruskan penipuan itu sekiranya pembohongannya tidak didedahkan. Jika ini berlaku, penipu ini akan menerima lebih daripada £400,000 menjelang 2050. Dia disabitkan dengan penipuan dan diarah melakukan 100 jam khidmat masyarakat.

Kredit:

  1. Seattle Times
  2. The Indipendent
  3. The Sun
  4. BBC News
  5. NBC News

https://unbelievable-facts.com/2022/02/craziest-insurance-fraud.html




Hakcipta iluminasi.com (2017)