Jika anda seorang pengumpul kereta dan juga kereta klasik, anda mungkin akan bersetuju bahawa tidak ada apa yang dapat menghentikan anda untuk menambah koleksi kereta tertentu ke dalam koleksi anda.
Ini lebih tepat apabila ia melibatkan kereta klasik yang sangat jarang ditemui. Sama ada sesebuah kereta itu "rare" hanya kerana beberapa model sahaja yang pernah dihasilkan, kerana ia adalah model konsep atau kerana usianya, harga kereta klasik yang paling jarang di dunia boleh menjadi tak masuk akal.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, bagi pengumpul yang berdedikasi, ini hanya akan meningkatkan lagi minat mereka terhadap model tertentu. iluminasi.com kongsikan 5 kereta klasik paling jarang ditemui di dunia.
5. Helica de Leyat 1921
Pada hari Helica 1921 dilancarkan, akhbar menggelarkannya sebagai 'pesawat tanpa sayap'. Dibuat di Perancis dan direka oleh pengeluar kereta Perancis, Marcel Leyat, Helica 1921 terkenal dengan penampilan luar biasa dan keasliannya.
Apa yang membuatkan kereta ini benar-benar unik adalah ia dikuasakan oleh kipas besar yang menyerupai pesawat menjadikannya bukan mesin yang biasa dilihat.
Walaupun Marcel Leyat terus bekerja menghasilkan model itu selama beberapa tahun, namun hanya 30 model Helica tahun 1921 ini dihasilkan kerana penampilan model ini yang luar biasa dan kelajuan yang sangat berbahaya.
Pada hari ini, semua kereta Helica ini yang tinggal adalah sebahagian daripada koleksi peribadi.
4. Talbot Lago Grand Sport
Talbot adalah syarikat pembuatan kereta dan mempunyai cerita yang agak kontroversi. Sepanjang tahun 1903 hingga 1994, syarikat itu bertukar-tukar pemilik termasuk Peugeot dan Chrysler.
Selama 18 tahun di antara tahun 1960 hingga 1978, tidak ada kereta yang dihasilkan di bawah nama syarikat ini dan ia hampir muflis beberapa kali.
Talbot dikenali di dunia disebabkan menghasilkan kedua-dua kenderaan untuk kegunaan harian dan beberapa buah kereta untuk Formula 1.
Pada tahun 1981, Talbot merupakan pemenang hadiah pertama dalam World Rally Championship. Namun disebalik sejarah terkenal pengeluaran kereta oleh Talbot, satu model kereta yang paling menyerlah adalah Lago Grand Sport.
Diperkenalkan pada tahun 1948, Talbot Lago Grand Sport mempunyai dua versi iaitu versi lumba dan versi mewah. Hanya 12 unit kereta dari versi mewah yang pernah dihasilkan yang menjadikan kenderaan ini sangat terhad.
Dengan itu, ia menjadi kegilaan dalam kalangan pencinta dan pengumpul kereta klasik.
3. Porsche 916
Porsche 916 sudah semestinya boleh digelarkan sebagai permata tersembunyi Porsche. 916 adalah model Porsche paling jarang dan juga salah satu kenderaan paling jarang di dunia hari ini.
Dihasilkan pada tahun 1972, hanya 11 unit model kereta hebat ini dihasilkan dan kesemua daripadanya adalah prototaip. Model ini tidak akan menjadi begitu jarang hari ini jika harganya satu ketika dulu tidak setinggi RM58,4000, berbanding RM45,900 bagi model 911 pada tahun yang sama.
Porsche memutuskan bahawa harga ini terlalu tinggi untuk menjadikan kenderaan itu menarik jumlah pembeli yang tinggi bagi jumlah pembeli dan akhirnya projek itu dibatalkan.
Ketika itu, Porsche 916 adalah model Porsche yang paling pantas dan ringan yang pernah dihasilkan dengan kelajuan maksimum 233 km sejam.
Sangat mengecewakan bagi semua pencinta kereta terutama yang meminati Porsche kerana model ini tidak melepasi peringkat penghasilan.
2. Dodge Hemi Coronet R/T Convertible 1969/1970
Dengan hanya 4 uni yang dihasilkan selama tempoh empat tahun, Dodge Hemi Coronet R / T Convertible adalah salah satu "muscle car" Amerika Syarikat yang paling jarang di dunia.
Hanya empat buah daripada kereta tersebut ditempah dengan enjin 426 ci Hemi V8, iaitu dua buah pada tahun 1967 dan dua buah lagi pada tahun 1970.
Meskipun tidak ada apa yang membuatkan kenderaan ini kelihatan luar biasa, namun jika dibandingkan dengan Coronet convertible biasa, jumlah penghasilannya yang sangat rendahyang sudah lebih daripada cukup untuk menjadikannya terkenal di kalangan pengumpul kereta di seluruh dunia.
1. Rolls-Royce 15 HP
Di tempat pertama senarai ini adalah salah satu kereta paling rare, tertua dan paling mahal di dunia hari ini iaitu Rolls-Royce 15 HP 1904.
Kereta ini merupakan kenderaan pertama yang dibuat oleh Charles Rolls dan Henry Royce pada tahun 1904 di Manchester.
Daripada 6 buah kereta yang dihasilkan, hanya 1 sahaja yang masih wujud sehingga kini dan anda boleh melihatnya di muzium pelancongan dan pameran automotif di seluruh dunia.
Nama kenderaan ini cukup ringkas, kerana ia merujuk kepada kuasa kuda enjin yang boleh dianggap sebagai agak kuat untuk permulaan abad ke-20.
Kenderaan pertama yang dihasilkan oleh pengeluar kereta mewah ini boleh mencapai kelajuan 62 km sejam dan menandakan permulaan sejarah Rolls-Royce.