Rolex merupakan pembuat jam mewah dari berasal dari Switzerland yang diasaskan oleh Hans Wolsdorf dan Alfred Davis dari London. Ia diberi nama Wilsdorf dan Davis pada mulanya, yang kemudiannya memindahkan operasinya ke Switzerland pada tahun 1919.
Jam Rolex adalah antara jam yang paling eksklusif dan mewah di dunia. Ia bukan lagi digunakan untuk memberitahu waktu tetapi menjadi lambang kemewahan dan kekayaan bagi si pemakai.
BESARKAN TEKS A- A+
Sebagai contoh, jam mewah ini dipakai oleh orang-orang kaya termasuklah usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato Aliff Syukri. iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 5 jam Rolex paling mahal pernah dijual dalam sejarah.
5. 1971 Daytona ‘Albino’ Ref. 6263 - RM1.95 juta
Ketika ia dijual dalam lelongan pada tahu 2015, ia menandakan kali kedua dalam tempoh 3 tahun jam model ini cuba untuk dijual. Ketika itu, ia terjual dengan harga dengan harga RM1.95 juta, menjadikannya sebagai model Daytona paling mahal pernah dijual.
Melihat kembali pada tahun 1971 di mana jam ini dihasilkan dengan dialnya warna perak dan sub-dial kronograf yang sangat serasi membuatkan ia diberi nama jolokan "Albino".
Hanya 4 utas jam ini dihasilkan dan salah satunya dimiliki oleh lagenda gitar, Eric Clapton. Beliau dilaporkan membeli jam Daytona ini pada hujung tahun 1990an. Dikuasakan oleh Cal. 727 manual, Rolex ini terjual dengan harga RM5.48 juta.
4. 1942 Antimagnetique Ref. 4113 - RM9.27
Dengan harga jualan setinggi RM9.27 juta pada tahun 2016, jam Rolex Antimagnetique 1942 Ref. 4413 telah memecahkan rekod jam Rolex paling mahal pernah dijual di majlis lelongan bukan sekali, tetapi dua kali.
Harga RM9.27 juta ini adalah lebih daripada 2 kali ganda harga yang terjual 3 tahun sebelumnya, membuktikan nilainya semaking meningkat.
Hanya 12 unit jam ini sahaja jam ini wujud di atas muka bumi dan juga merupakan jam Rolex yang paling besar pernah dihasilkan dengan diameter 44 milimeter. Ia dihasilkan menggunakan logam dan tidak dibuka penjualannya kepada orang awam.
Disebabkan hubungan baik antara Rolex dengan dunia sukan permotoran bermula sejak tahun 1930an, ia diberikan sebagai hadiah kepada pemandu dan pasukan perlumbaan terkenal terpilih.
Terdapat juga beberapa daripada jam ini dilelong melalui keluarga penerima asal jam ini. Dan kini dianggarkan hanya terdapat 8 model jam ini yang masih wujud.
3. 1969 Paul Newman Daytona Ref. 6263 - RM14.36 juta
Apabila seutas jam Rolex vintaj diberikan nama gelaran "The Legend", anda sudah boleh mengagak harganya adalah tersangat mahal. Dan apabila anda tahu hanya terdapat 3 unit sahaja jam ini dihasilkan di dunia ini, ia menambahkan lagi nilainya.
Jam ini terjual awal tahun 2017 dengan harga RM14.36 juta, lebih daripada dua kali ganda anggaran harga jualan pada awalnya.
Ia menggunakan Kaliber 727 yang sama seperti jam Rolex Albino yang dimiliki Eric Clapton dan disempurnakan dengan dial kuning yang kontras dengan sub-dial berwarna hitam, membuatkannya kelihatan sangat menarik perhatian.
2. 1954 Bao Dai Ref. 6062 - RM19.55 juta
Sudah lama jam Rolex terkenal sebagai satu pelaburan yang bijak. Bagi jam model Bao Dai ref 6062 ini, ia adalah satu-satunya jam Rolex yang dilengkapkan dengan dial hitam dan indeks berlian.
Jam ini dihasilkan istimewa pada tahun 1954 selepas diarahkan oleh Maharaja terakhir Vietnam iaitu Bao Dai. Beliau mempunyai cita rasa yang sangat tinggi sepertimana sikapnya yang agresif.
Ia dilelong buat kali terakhir pada tahun 2002, dan jika anda mempunyai duit sebanyak RM908,000 mungkin jam ini akan menjadi milik anda. Dan 15 tahun kemudian, jam kuning keemasan ini dijual dengan harga 20 kali ganda harga sebelumnya iaitu RM19.55 juta. Bayagkan harganya pada 15 tahun akan datang?
1. 1968 Paul Newman Cosmograph Daytona Ref. 6239 - RM68.5 juta
Apabila jam ini muncul semula pada tahun 2016 selepas 3 dekad hilang dari radar yang membuatkannya dikatakan hanya menjadi sejarah, ia membuatkan orang ramai tidak percaya.
Dimiliki oleh lagenda filem dari 1972 iaitu Paul Newman, jam ini dihadiahkan oleh isterinya, Joanne Woodward meraikan permulaan karier lumba profesional. Namun, jam ini kemudiannya diberikan kepada teman lelaki anak perempuannya iaitu James Cox pada tahu 1984, kerana James tidak memiliki jam.
James memakai jam ini dengan bangga sekali selama 30 tahun sebelum diketahui oleh pengumpul jam tangan. Pada tahun 2017, jam ini telah memecahkan rekod jam Rolex termahal di dunia yang dipegang oleh jam Rolex Bao Dai selama 6 bulan, terjual dengan harga RM68.5 juta.
Rujukan:
1. Bob Watches
2. Phillips
3. Bloomberg