Bagi memudahkan hidup tulisan dan sebutan, banyak unit bilangan telah disingkatkan. Sebagai contoh sentimeter kepada cm, kilogram kepada kg, meter kepada m dan macam-macam lagi.

Hampir seluruh populasi di dunia ini menggunakan singkatan a.m dan p.m bagi memberitahu atau menulis waktu, namun tidak tahu apakah maksud bagi kedua-dua singakatan ini.

Jika ditanya, anda akan terkejut hampir kesemua tak tahu apa maksudnya. Ada yang akan menjawab "after midnight" atau "past midday". Jawapan-jawapan ini adalah salah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bukan singkatan dari bahasa Inggeris

ini maksud am dan pm pada jam yang ramai tak tahu 3

Malah, singakatan a.m dan p.m bukanlah singkatan dari bahasa Inggeris, tetapi merupakan frasa kata Latin. Ia digunakan bagi memberitahu waktu menggunakan sistem 12 jam.

Menurut Huffington Post, A.m merupakan singkatan kepada "ante meridiem" yang membawa maksud sebelum sebelum tengah hari, manakala p.m pula singkatan kepada "post merediem" bermaksud selepas tengah hari.

Walaupun tidak ada banyak maklumat mengenai bilakah penggunaan a.m dan p.m mula terkenal dalam memberitahu masa, namun sistem 12 jam berasal dari Mesir dan Mesopotamia kuno.

ini maksud am dan pm pada jam yang ramai tak tahu 2 838

Ketika zaman Renaissance, jam mekanikal dengan analog 12 jam muncul di gereja dan istana di seluruh Eropah. 

Dan pada hari ini, kebanyakan di antara kita di seluruh dunia menggunakan sistem 24 jam, dan sistem 12 jam masih dikekalkan. Bagi tempat-tempat yang menggunakan standard 12 jam, terdapat pertikaian mengenai apa yang patut digunakan untuk tengah hari dan tengah malam.

Pertikaian dan kekeliruan

Biasanya, orang akan memberitahu 12 p.m sebagai rujukan kepada tengah hari dan 12 a.m untuk tengah malam. Namun ada yang percaya bahawa pertukaran dari 11 p.m kepada 12 a.m. dan dari 11 a.m. kepada 12 p.m adalah sangat mengelirukan.

Ada juga yang mempertikaikan bahawa tengah hari dan tengah malam bukan a.m. dan juga bukan p.m. kerana kedua-duanya menunjukkan waktu yang tepat pukul 12, jadi secara teknikalnya a.m. dan p.m harus digunakan bermula dari 12.01 minit.

ini maksud am dan pm pada jam yang ramai tak tahu 5

Juga, tengah malam adalah kedua-duanya iaitu 12 jam sebelum tengah hari dan 12 jam selepas tengah hari, jadi sangat mengelirukan untuk memilih sama ada a.m. atau p.m..

Untuk mengelakkan kekeliruan ini, ramai yang lebih suka menggunakan "12 tengah malam" atau "12 tengah hari". Tetapi ia agak pelik menerangkan sebanyak dua kali kerana istilah tengah hari dan tengah malam kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu jam pada pukul 12.

Mungkin ramai yang tahu bawah terdapat pilihan yang kurang popular untuk menandakan tengah hari dengan "m", sebagai contoh 12 m, namun anda mungkin mengelirukan orang lain yang mungkin beranggapan "12 midnight".

Disebabkan pertikaian yang berterusan ini, mungkin lebih baik jika kita menggunakan sistem masa tentera iaitu sistem 24 jam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)