Selain kereta mewah, jam tangan juga sering dijadikan lambang kemewahan orang-orang berada. Bagi mereka, jam tangan merupakan satu aksesori yang perlu diberi perhatian kerana ia memberi pandangan pertama yang lebih baik.

patek philippe sky moon tourbillon 6002 2 772

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin anda hanya familiar dengan jam jenama Rolex kerana ia amat popular dan berada dalan kumpulan elit jam tangan, namun ia bukan lah antara yang termahal. Jam Rolex termahal adalah Bao Dai Rolex yang terjual dengan harga RM21.4 juta

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 jam tangan yang paling mahal di atas muka bumi.

5. Patek Philippe Ref. 1518 in Stainless Steel - RM47 juta

patek philippe ref 1518 in stainless steel

Jika sekali pandang, pasti anda macam tak percaya harga jam ini semahal ini, namun itulah realitinya. Jam ini terjual dengan harga RM47 juta pada 12 November 2016 di masjis lelongan Phillip Auction FOUR di Hôtel La Réserve di Genève, Switzerland. Jam ini dianggap sebagai jam lagenda dan tersangat-sangat jarang.

patek philippe ref 1518 in stainless steel6

Jam ini merupakan satu-satunya jam yang tidak mempunyai berlian di atasnya, malah diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel) sahaja! Namun, apa yang membuatkan jam tangan ini istimewa adalah ia merupakan jam pertama jam pertama yang dihasilkan secara bersiri yang mempunyai kalendar abadi konograf dan dihasilkan sebanyak 281 unit sahaja yang pernah dihasilkan.

patek philippe ref 1518 in stainless steel 3

Dalam 281 unit yang dihasilkan ini, kebanyakannya diperbuat daripada emas kuning, 44 unit diperbuat daripada emas merah jambu dan hanya 4 unit sahaja yang wujud diperbuat daripada stainless steel.

Ia terlalu rare sehinggakan tiada di Muzium Patek Phillipe di Geneva, Switzerland yang merupakan muzium jam Patek Phillipe yang paling penting dan paling lengkap. Bukan dapat memilikinya sahaja baru berasa bertuah, malah kalau dapat lihat depan mata pun dah sangat bertuah.

4. Jacob & Co. Billionaire Watch - RM47.55 juta

jacob co billionaire watch 2

Jam ke-4 termahal di dunia merupakan keluaran syarikat berasal dari New York, Jacob & Co. Jam yang berkelebaran 47.55 milimeter dan mempunyai panjang 58 milimeter ini berharga RM77 juta, yang mampu membeli berpuluh-puluh unit kereta Ferrari. Jam ini mempunyai mekanisma pergerakan Skeleton Manual Winding Caliber JCAM09 dan Tourbillon.

jacob co billionaire watch 315

jacob co billionaire watch 3

Gelang jam tangan ini diperbuat daripada emas putih 18k dan disusun penuh di atasnya dengan 260 bentuk berlian berbentuk zamrud yang kelihatan sangat mewah dan eksklusif. Walaupun ianya sebuah jam, namun ia lebih kelihatan seperti gelang berlian.

3. Chopard 201-Carat Watch - RM107 juta

Jam tangan, atau jam berlian? Pasti itu yang anda tertanya-tanya kan? Jam ini merupakan keluaran syarikat pembuat jam dan barang kemas yang sangat terkenal dan bermula sejak tahun 1860 lagi. Apa yang membuatkan jam ini terlalu mahal?

chopard 201 carat watch 3

Jam yang berharga RM107 juta ini terdiri daripada 847 bentuk diamond berwarna ber-gred tinggi yang mempunyai tona yang unik dan sangat menarik yang menambahkan nilai pada jam ini. Muka jam yang agak kecil ini dihiasi kelilingnya oleh berlian merah jambu 15.37 karat, berlian biru 12.79 karat dan juga berlian D-color 11.36 karat, kesemuanya dipotong dalam bentuk hati.

chopard 201 carat watch

Selain itu, gelang jam ini juga dipenuhi dengan sekumpulan 260 bentuk berlian D-color berbentuk pir dan 91 bentuk berlian D-color berbentuk bulat dengan jumlah karat seberat 10.29 karat. Berlian-berlian mewah ini disusun ke dalam bentuk bunga yang ditambah lagi dengan sebentuk berlian kuning 8.81 karat di bahagian tengah. Ia akhirnya disempurnakan oleh 26 bentuk berlian kuning berbentuk pir di serata gelang jam ini dengan 17.07 karat. Banyak betul berlian kan?

Bukan itu sahaja yang membuatkan jam ini sangat mahal dan menarik, malah, terdapat satu kejutan. Jam ini mempunyai mekanisma spring di dalamnya, dan jika anda menekan bahagian tersebut, ketiga-tiga berlian berbentuk hati itu akan terbuka seperti kelopak bunga yang terkena cahaya matahari, yang menunjukkan muka jam di tengah-tengah gelang ini.

Patut la mahal kan?

2. Graff Diamonds The Fascination - RM171.2 juta

graff diamonds the fascination

Jam kedua termahal di dunia ini merupakan jam keluaran syarikat barang kemas terkenal, Graff Diamonds, dan diberi nama The Fascination. Ia terdiri daripada berlian putih 152.96 karat dan disempurnakan oleh batu yang jarang ditemui, D Flawless seberat 38.13 karat yang dipotong dalam bentuk pir dan diletakkan di bahagian tengah.

graff diamond the fascination watch and the bracelet formed by transformation

Apa yang uniknya pada jam tangan ini selain daripada fungsinya sebagai jam tangan, batu D Flawless tersebut boleh dikeluarkan dan dijadikan cincin. Bukan mudah untuk menghasilkan jam tangan berlian yang juga boleh ditukar menjadi cincin.

fascination ring and watch latest cropped3

Kalau anda sedang merancang perkahwinan anda, jam tangan ini sangat sesuai, boleh diberikan sebagai hantaran dan cincinnya pula dijadikan cincin kahwin. Setuju tak?

1. Graff Diamonds Hallucination - RM235.4 juta

graff diamonds hallucination 2 89

Jam tangan paling malah di dunia jatuh kepada Graff Diamonds Hallucination dengan harga RM235.4 juta. Wanita-wanita pastinya terpukau melihat jam tangan ini. Jam ini diperbuat daripada gabungan berlian 110 karat yang sangat jarang ditemui dan dipasangkan pada gelang platinum. Antara warna-warna berlian rare ini adalah Fancy Light Grey Blue, Fancy Intense Blue, Fancy Vivid Yellow, Fancy Intense Pink, Fancy Light Pink, Fancy Green dan Fancy Orange.

graff diamonds hallucination 404

Berlian-berlian ini juga mempunyai potongan yang berbeza termasuklah bentuk hati, bentuk pir, marquise, zamrud, radiant, dan bulat. Jam sangat sempurna bagi wanita, seorang wanita yang sangat bertuah.

Idea menghasilkan jam ini datang daripada pengerusi Graff Diamonds iaitu Laurence Graff.




Hakcipta iluminasi.com (2017)