Setiap daripada kita mesti pernah mengalami pening secara tiba-tiba sekurang-kurangnya satu kali dalam seumur hidup contohnya apabila terlalu penat, terlalu lapar ataupun terlalu panas.
Bagi mereka yang mengalami vertigo, mereka akan merasakan keadaan di sekeliling mereka seolah-olah berputar walaupun mereka hanya berdiri tegak. Individu yang merasai vertigo akan kehilangan keseimbangan badan, sukar berjalan bahkan berdiri.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, vertigo bukanlah sejenis penyakit. Namun, ia adalah simpoton atau gejala yang baisa terjadi secara tiba-tiba atau bagi jangka waktu tertentu. Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai vertigo yang banyak diperkatakan sejak kebelakangan ini.
1. Vertigo adalah kepeningan yang berlebihan
Vertigo adalah satu perasaan dimana anda merasakan seolah-olah sedang berpusing walaupun anda hanya duduk diam. Seseorang yang mengalami vertigo akan merasakan ruang atau bilik di sekeliling mereka seolah-oleh berpusing atau bergoyang.
Rasa keseimbangan anda bergantung pada isyarat pada mata anda, saraf deria, dan bahagian dalaman telinga yang menghantar signal ke otak anda . Apabila signal daripada bahagian dalaman telinga anda tidak menyamai apa yang diterima atau dirasai oleh mata dan saraf deria, otak anda akan terkeliru dan akan membuatkan anda merasai situasi dipanggil vertigo ini.
Akibat daripada situasi vertigo ini, individu tersebut akan mengalami loya, muntah, dan kesukaran berjalan akibat daripada hilang keseimbangan badan.
2. Terdapat pelbagai sebab Vertigo
Vertigo ini boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan virus labyrinthitis pada bahagian dalaman telinga yang menyebabkan telinga anda membengkak dan mengganggu fungsinya menghantar signal ke otak.
Sebab kedua pula adalah masalah bahagian dalaman telinga yang dikenali sebagai paroxysmal positional vertigo (BPPV) dimana bahagian kristal kalsium di bahagian dalaman telinga teralih, lalu menghantar mesej salah ke otak yang mengatakan anda sedang bergerak. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya kepala anda bergerak pada keadaan yang sangat laju seperti ketika menaiki roller coaster ataupun tiupan angin yang sangat kuat ke telinga anda.
Selain daripada 2 sebab utama diatas, kecederaan pada kepala atau leher dan ketumbuhan (tumor) pada otak juga boleh menyebabkan seseorang individu itu merasai vertigo.
3. Vertigo adalah simptom, bukannya masalah kesihatan
Untuk mengurangkan vertigo, apa yang menyebabkannya perlu didiagnosis dan dirawat . Sebagai sejenis simptom, vertigo sering didiagnosis secara klinikal dengan ujian latarbelakang sejarah dan ujian klinikal yang menyeluruh.
Antara sebab lain vertigo termasuklah masalah pada bahagian dalam telinga seperti penyakit Meniere (yang menyebabkan penghasilan cecair yang berlebihan di dalam telinga) dan gegaran. Selain itu, pendedahan kepada toksin tertentu atau kesan sampingan kepada ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang mirip seperti vertigo.
4. Sesetengah individu lebih mudah mengalami vertigo
Kajian yang dibuat oleh University of California San Francisco Medical Center mendapati bahawa hampir 40% orang dewasa di Amerika Syarikat akan merasai vertigo sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.
Kajian tersebut juga menunjukkan wanita mempunyai risiko lebih tinggi berbanding lelaki. Dari segi taburan umur pula, statistik juga menunjukkan individu berumur 50 tahun keatas mempunyai risiko lebih tinggi untuk merasai vertigo.
5. Rawatan terhadap vertigo bergantung pada diagnosis
Rawatan terhadap vertigo berbeza bagi setiap individu bergantung pada diagnosis. Contohnya, sekiranya penyebab vertigo adalah adalah jangkitan virus, doktor akan memberikan ubat-ubatan tertentu bagi mengelakkan vertigo bagi jangka masa pendek.
Sekiranya keadaan vertigo anda berpunca daripada kedudukan calcium crystals yang teralih daripada kedudukan asalnya, maka doktor akan melakukan terapi urutan bagi mengeluarkan calcium crystals daripada bahagian telinga luar (ear canal) ke bahagian ruang telinga dalam (inner ear chamber). Bergantung pada keadaan, doktor juga mencadangkan latihan terapi mengimbangkan badan bagi memastikan badan anda kurang sensitif terhadap pergerakan.
Kredit: