Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Tak ada sesiapa pun yang ada masa untuk masalah ini dan tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang suka apabila diserang sakit kepala.
Kita tak dapat lari dari masalah perit ini. Sakit kepala boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuklah genetik, tekanan dan macam-macam lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, tak semua sakit kepala adalah sama dan ia terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah migrain, sakit kepala disebabkan tekanan dan sakit kepala sinus. iluminasi.com kongsikan jenis-jenis dan cara membezakan sakit kepala yang anda biasa alami dalam kehidupan seharian ini.
1. Sakit kepala disebabkan sinus
Apabila anda mengalami sakit sakit kepala sinus, ia terasa seolah-olah jangkitan sinus.
Cara untuk mudah untuk mengurangkan rasa sakit ini tanpa ke klinik adalah dengan minum lebih banyak air, menggunakan pelembap atau semburan hidung air masin.
2. Sakit kepala akibat tekanan
Sakit kepala akibat tekanan boleh menjadi kronik, berlaku selama berjam-jam dalam kebanyakan hari dalam sebulan. Ia juga boleh berlaku berepisod dan berlangsung dari 30 minit hingga 1 minggu untuk kurang daripada 15 hari dalam sebulan.
3. Migrain
Migrain biasanya berlaku dalam 4 peringkat, namun tak semua orang mengalami keempat-empat peringkat ini.
Migrain selalunya tidak didiagnosis dan tidak dirawat. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala serangan migrain secara rutin, simpan rekod serangan anda dan bagaimana anda merawatnya.
Kemudian buat temujanji dengan doktor anda untuk membincangkan hal ini. Walaupun anda mempunyai sejarah sakit kepala, namun jumpa doktor jika terdapat perubahan pola atau sakit kepala anda tiba-tiba berbeza daripada yang sebelumnya.
Rujukan:
2. Science
3. Mayo Clinic