Oleh pada 09 Feb 2020 kategori

Senibina binaan masa lampau walaupun dari segi rekaannya agak terhad, mempunyai struktur yang mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi.

Mungkin disebabkan oleh bahan binaannya yang masih mengekalkan penggunaan bahan batuan semula jadi, masih wujud beberapa buah bangunan binaan masyarakat zaman dahulu yang kini telah pun berusia beribu-ribu tahun lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima bangunan tertua di dunia yang masih berdiri serta terus dipelihara, sebagai rujukan kejayaan masyarakat zaman dahulu memulakan kerja-kerja seni bina.

5. Monte d'Accoddi

monte d accoddi

Menjadi salah satu tarikan utama pelancong untuk ke Sardinia, Itali - Monte d'Accoddi ditemui pada tahun 1954 membolehkan penyelidikan berkenaan asal-usulnya mula dijalankan. Hasilnya, kita dapat memahami bahawa struktur binaan ini digunakan sebagai sebuah altar penyembahan yang dibina sekitar tahun 4000SM ke 3650SM.

Apa yang menghairankan berkenaan binaan Monte d'Accoddi, adalah rekabentuknya yang sangat mirip dengan corak binaan orang Mesopotamia yang terkenal ketika itu. Dibina sama seperti kaedah membina asas sebuah piramid, Monte d'Accoddi mempunyai ketinggian 5 meter dan 27 meter lebar dengan bahagian atasnya digunakan untuk tujuan penyembahan korban pada Dewa atau Tuhan yang mereka sembah ketika itu.

monte d accoddi b6a43

Di sekeliling Monte d'Accoddi, wujud beberapa objek lain seperti Omphalos, sebiji bongkah batu besar yang dipercayai pusat bumi serta sebuah tiang setinggi 4 meter digelarkan Menhir, digunakan sebagai lokasi di mana kaum wanita berdoa dikurniakan cahaya mata - dengan menggosokkan perut mereka pada tiang tersebut.

4. Ziggurat Uruk

2ac6a8e086b2b72ebf53e4f4c0047a29

Kini terletak dalam bandar Warka di Iraq, bangunan kuil yang digelarkan 'Kuil Putih' atau 'The White Temple' ini sudah tidak lagi kelihatan tetapi tapak pembinaannya masih ada dan berjaya dipelihara - dipercayai dibina oleh orang Uruk, nama lama bagi Warka.

uruk anu anu zigg

Dibina sebagai lokasi penyembahan Dewa Anu, ziggurat Uruk (istilah rasmi masyarakat Mesopotamia bagi mewakili bangunan rekaan mereka) dibina sekitar tahun 4000 ke 3800SM menggunakan bahan batu yang diperbuat daripada lumpur dikeringkan.

white temple and the great ziggurat

Berbeza dengan senibina Eropah sezamannya ketika itu, orang Mesopotamia tidak mempunyai akses kepada batu batan dengan mudah jadi mereka menggunakan kepakaran mereka membentuk sendiri bahan yang diperlukan. Bandar Uruk yang menempatkan lebih 40,000 orang penduduk ditinggalkan sekitar tahun ke 300 sebelum ditemui semula sekitar tahun 1849.

3. Makam Saint-Michael

saint michel tumulus

Mempunyai panjang 125 meter serta lebar 60 meter, Makam Saint-Michael atau St. Michael Tumulus merupakan makam yang ditutupi dengan tanah terbesar di Eropah, terletak di Brittany, Perancis. Tambunan tanah setinggi 10 meter memberikan makam ini keunikan tersendiri, dipercayai dibina sekitar tahun 4500SM.

Majoriti artifak yang yang ditemui di dalam Makam St. Michael kini telahpun dipindahkan selepas ditemui kali pertama pada tahun 1862 dan kerja-kerja penyelidikan terhadapnya telah giat dijalankan.

saint michel tumulus photo 5

Mempunyai dua ruangan utama yang digunakan, ruangan yang dibina digunakan sebagai pusara kepada golongan bangsawan yang tinggal di sana satu masa dulu - dengan penemuan 15 pusara di dalamnya. Walau bagaimanapun, pelawat tidak lagi dibenarkan masuk ke dalamnya atas faktor keselamatan tetapi masih dibenarkan melawat gereja yang baru dibina di atas tapak asal makam tersebut.

2. Makam Bougon

bougon tumulus

Tumulus of Bougon atau Makam Bougon merupakan sebuah senibina yang dibangunkan semasa era neolitik, bagi tujuan penyimpanan mayat (necropolis) individu yang telah meninggal dunia ketika itu. Ditemui sekitar abad ke 19 memerlukan proses ekskavasi selama lebih setahun dilakukan sebelum berjaya dibuka kepada orang ramai yang berkunjung, untuk melihat sendiri senibina lama yang unik ini.

Pembinaannya berlaku dalam tempoh 1200 tahun berdasarkan kepada perbezaan usia bahan yang digunakan dalam setiap fasa, Makam Bougon mempunyai 5 ruangan berbeza dibina seawal tahun 4700SM. Setiap satu kini dinamakan sebagai Tumulus A, B, C dan E serta Struktur E yang merupakan dinding setinggi 2 meter didirikan sebagai pembahagi kepada 4 ruangan makam ini.

burial chamber makam

Dibina dengan menggunakan bongkah-bongkah batu gergasi yang bertindak sebagai penampan dan pendinding ruangan yang mahu dibentuk, misteri bagaimana pembina era tersebut berjaya memindahkan bongkah-bongkah batu yang mempunyai berat melebihi 30 tan setiap satu, hanya terjawab pada tahun 1979.

1. Monumen Barnenez

cairn of barnenez

Ditemui pada abad ke 19, Monumen Barnenez atau 'Cairn of Barnenez' merupakan binaan paling tua dalam senarai ini, dianggarkan telah wujud sejak zaman neolitik lagi sejak tahun 4800SM. Berikutan daripada skala binaannya yang agak besar, Monumen Barnenez sering digelarkan sebagai antara binaan gergasi terawal dunia.

Terletak di semenanjung Kernelehen bahagian utara Finistere, Brittany, Perancis mula dibina pada era permulaan berlakunya zaman neolitik, melalui dua fasa pembinaan. Fasa pertama berlaku dalam tempoh 350 tahun, bermula dari tahun 4850SM sehingga 4500SM sebelum disiapkan dari tahun 4200SM hingga tahun 3900SM.

cairn de barnenez

Mempunyai ketinggian 9 meter, Monumen Barnenez dibina ibarat sebuah kuari lengkap dengan terowong bagi memudahkan laluan keluar masuk; semasa pembinaannya. Tidak diketahui apa tujuan sebenar bangunan itu dibina, dengan beberapa pendapat menyebut Monumen Barnenez dibina sebagai pusara pemimpin masyarakat ketika itu. Bagaimanapun, belum ada bukti atau penemuan menyokong pandangan itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)