Oleh pada 27 Apr 2017 kategori

Saya perasan ramai antara kita keliru dengan penggunaan simbol dalam menulis. Memang agak mengelirukan kerana ada banyak simbol yang perlu kita gunakan. Ada empat yang akan selalu kita gunakan dalam menulis di internet; simbol colon, semicolon, single quote dan double quotation. Dalam Bahasa Melayu, simbol-simbol ini dipanggil titik bertindih, koma bernoktah, tanda petik tunggal dan tanda petikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bila kita perlu gunakan simbol-simbol tu dengan betul? Saya cuba menghuraikan serba sedikit berkenaan ini berdasarkan penggunaan tabahasa mengikut penggunaan tanda baca British. Jom kita mula.

1. Titik bertindih atau Colon

iluminasi simbol tanda baca betul

Colon digunakan untuk menggabungkan satu ayat lain dengan satu senarai dalam bentuk ayat, contohnya :

a. "Untuk membuat roti sardin telur bahan-bahan yang diperlukan adalah: roti, sardin dan telur."

Colon juga boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu definisi seperti:

b. Ahmad, 24 tahun: seorang yang baik, peramah dan suka menolong orang lain.

2. Koma bernoktah atau Semicolon

iluminasi simbol tanda baca betul2

Penggunaan semicolon  adalah untuk menggabungkan dua ayat yang mempunyai maksud berlainan dalam satu ayat, supaya pembaca membaca dengan lebih lancar. Jika kita bandingkan ayat:

a. Ahmad adalah seorang guru. Amin pula seorang askar.

b. Ahmad adalah seorang guru; Amin pula seorang askar.

Nampak perbezaan bagaimana kita sendiri membaca ayat tersebut? Contoh lain:

c. Ahmad adalah orang Johor. Dia sudah tentu menyokong JDT.

Ayat diatas boleh ditulis dengan menggunakan semicolon pada ayat tersebut yang akan mengubah gaya membacanya:

d. Ahmad adalah orang Johor; sudah tentu menyokong JDT.

Penggunaan semicolon yang salah pula ditunjukkan dalam ayat di bawah:

e. Ahmad adalah orang Johor; tetapi dia adalah penyokong Negeri Sembilan.

3. Tanda Petik Tunggal atau Single Quote

iluminasi simbol tanda baca betul3

Jangan kelirukan single quote dengan simbol apostrophe pula kerana kedua-dua menggunakan simbol yang sama. Apostrophe banyak digunakan dalam bahasa Inggeris, contohnya "it's raining!" atau "it was Karim's house." Single quote tujuannya berbeza. Single quote digunakan apabila kita ingin memetik sesuatu dalam ayat, seperti:

a. Perkataan yang perlu dijawab oleh Nora dalam kuiz itu adalah 'keharmonian.'

Single quote juga digunakan apabila kita ingin melakukan petikan dalam petikan, contohnya:

b. "Saya nak pergi," kata Reza. "Walau bagaimanapun Nora berjaya memujuk saya. Dia kata pada saya 'aku cintakan kau' ketika saya dah melangkah."

c. "Kenapa dia panggil saya 'raksasa yang berjerawat'? " tanya Nora.

Single Quote juga boleh digunakan untuk menggambarkan perkataan yang khas dalam sesuatu ayat seperti:

d. Penggunaan krim muka yang mengandungi 'klorofil' akan menghijaukan wajah.

4. Tanda Petikan atau Double Quotation

iluminasi simbol tanda baca betul4

Yang ni rasanya kita dah jelas penggunaannya banyak diaplikasikan dalam penulisan dialog seperti:

a. "Aku rasa gembira hari ini!"

b. "Jangan datang dekat dengan aku kalau kau belum mandi."

Double quotation juga digunakan untuk menjelaskan frasa yang berbentuk tajuk seperti:

c. Buku tulisan Ahmad bertajuk "Dari Perhentian Jeti Aku Berlari" laris di pasaran.


Itulah serba sedikit penerangan tentang penggunaan tanda baca yang betul untuk memudahkan kita menulis di internet. Harap kita dapat manfaatkan pemahaman ini dan diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan yang sesuai.Harap membantu.



Hakcipta iluminasi.com (2017)