Antara kelebihan sekiranya anda membina blog menggunakan platform WordPress di hosting sendiri ada terdapat banyak plugin yang boleh dimuat turun dan dipasang pada blog anda untuk menambah fungsi blog anda. Plugin-plugin ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Kebanyakan plugin percuma sudah mencukupi untuk menambahbaik blog anda daripada segi sekuriti, backup, seo dan prestasi blog anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

#1 Jetpack

Jetpack merupakan antara plugin yang popular dalam kalangan pembangun dan pemilik blog. Dengan hanya memasang plugin Jetpack, anda boleh menambah beberapa fungsi kepada blog anda seperti memasang butang perkongsian sosial (Facebook, Twitter etc), memasukkan galeri gambar, scan Malware dan sebagainya. Untuk memuat turun Jetpack, anda boleh ke halaman rasmi Jetpack. Terdapat banyak fungsi percuma yang anda boleh manfaatkan daripada Jetpack. Selain itu, terdapat juga beberapa fungsi premium yang boleh digunakan sekiranya anda sanggup melaburkan sedikit wang ringgit untuk membayar.

#2 Yoast SEO

Selain sosial media, SEO merupakan cara lain yang lebih konvensional untuk menarik trafik daripada carian pengguna ke blog anda. Untuk memastikan blog anda lebih mesra SEO, plugin Yoast SEO adalah plugin yang mesti dipasang. Ianya membantu anda mengoptimasikan sesuatu kata kunci di setiap artikel anda agar artikel ini lebih mudah dijumpai melalui carian di Google and enjin carian lain. Untuk memuat turun plugin Yoast SEO, anda boleh ke halaman rasmi Yoast SEO.

#3 W3 Total Cache

W3 Total Cache merupakan antara plugin popular dalam kalangan pembangun blog untuk meningkatkan prestasi blog anda agar ianya lebih ringan dan laju untuk dibuka. Ianya berfungsi dengan mengecilkan kod anda (compress) dan mengoptimasikan fungsi cache pada blog anda. Plugin ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman rasmi W3TC.




Hakcipta iluminasi.com (2017)