Oleh pada 01 Mar 2017 kategori

1. Sebenarnya tiap-tiap antara kita tidak perlu menunggu pengumuman kerajaan untuk beratur panjang setiap bulan mengisi minyak, jika berlaku kenaikan harga. 2. Kita sendiri boleh mengagak adakah ada atau tidak akan berlakunya kenaikan minyak petrol.3. Saya tidak ingin menulis panjang-panjang bagaimana data itu perlu dikumpul, saya akan ringkaskan semua itu kepada satu bentuk yang mudah agar anda tidak lagi perlu berteka-teki. 4. Harga petrol RON95 kita dikira menggunakan sistem harga MOPS95 Platts Singapore. Harga akan berubah setiap jam sebenarnya tetapi kerajaan kita menetapkan akan mengambil kira harga purata untuk sehari dan harga purata setiap hari dalam satu bulan untuk mendapatkan harga petrol kita.5. Kita boleh dapatkan rujukan harga daripada laman web ini https://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html6. Kita juga perlu tahu berapa nilai tukaran RM dengan Dollar Amerika pada setiap hujung bulan tesebut. Sekarang ini berlegar dalam RM4.44 bersamaan 1 dollar Amerika. Ini kerana harga MOPS95 Platts Singapore menggunakan matawang USD sebagai nilai pertukaran. Boleh rujuk Google sahaja, https://www.google.com/search?q=myr+usd&ie=utf-8&oe=utf-8&client=firefox-b#q=usd+myr&*7. Ada dua lagi perkara kita perlu tahu. Satu, nilai APM iaitu Automatic Pricing Mechanism minyak. Ini adalah nilai kos operasi, proses dan kos keuntungan jualan minyak. Nilai ini telah ditetapkan pada RM0.32 sen satu liter. 8. Kedua, jumlah kandungan satu barrel/tong minyak bertapis (kita tidak menggunakan crude oil/minyak mentah dalam sistem Platts Singapore) ialah 159 liter.9. Bagaimana nak mendapatkan harga minyak setiap hujung bulan? 10. Paling leceh adalah nak mendapatkan harga purata untuk tempoh sebulan jadi untuk mengelakkan kesusahan, katakanlah sebagai contoh sepanjang 28 hari bulan Februari tahun 2017, purata harga minyak adalah USD71.00 satu tong. 11. USD71.00 darab 4.44 bersamaan RM315.24. Untuk mendapatkan harga minyak satu liter, kita bahagikan harga minyak dalam RM dengan 159 liter bersamaan RM1.982 satu liter. 12. Tambahkan RM1.982 tadi dengan harga tetap nilai APM iaitu RM0.32 sen. 13. Kita akan dapat Rm2.302 lalu digenapkan menjadi RM2.30 iaitu harga minyak RON95 untuk bulan Mac 2017. 14. Jika kita kerap meninjau berapa harga pasaran melalui laman web tersebut, sebenarnya kita sudah boleh mengagak adakah akan ada kenaikan berlaku. Kenaikan hanya akan berlaku jika berlaku penurunan atau kenaikan harga minyak yang ketara. 15. Sebagai contoh, jika purata harga minyak bulan Mac 2017 berlegar sekitar USD74.00, akan berlakulah kenaikan 10 sen untuk bulan April 2017. Walaupun begitu, jika harga minyak bulan turun kepada sekitar USD67-68, pengurangan sebanyak 10 sen akan berlaku. Selamat mengira.



Hakcipta iluminasi.com (2017)