Veronica Seider adalah seorang yang memiliki kuasa penglihatan yang jauh lebih kuat berbanding manusia biasa. Mungkin ada sesetengah daripada kita akan berasa susah untuk membaca tulisan-tuliasan yang diconteng di dalam dinding, namun berbeza dengan Veonica, beliau mampu untuk melihat sehingga jarak melebihi 1.6 kilometer!
Sejarah awal
Veronica Seider adalah seorang "superhuman" yang dilahirkan di Jerman Barat pada tahun 1951. Dia pergi ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain dan menyambung pelajarannya di Universiti Stuttgart di Jerman Barat.
BESARKAN TEKS A- A+
Semasa dia sedang menuntut di Universiti tersebut, keupayaannya menjadi perhatian umum apabila pada tahun 1972, pihak universiti telah mengesan bahawa dia mempunyai kuasa penglihatan yang luar biasa dan mustahil untuk dicapai bagi manusia normal.
Pihak universiti mendakwa Veronica mampu melihat dengan jelas sejauh 1.6km dan lebih lagi.
Kelebihan yang diterima Veronica Seider sangat jarang ditemui
Kuasa penglihatan yang dimiliki oleh Veronica Seider adalah seperti salah satu plot di dalam filem super hero yang memiliki kuasa luar biasa. Veronica Seider mampu mengenal pasti rakan-rakan dan ahli keluarganya meskipun berada pada jarak yang amat jauh.
Menurut kajian, penglihatannya itu adalah 20 kali ganda lebih baik berbanding penglihatan manusia biasa.
Apakah yang dilakukan oleh Veronica Seider?
Veronica Seider adalah seorang yang rajin belajar dan beliau ialah seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau ingin menjadi seperti manusia biasa dan mengejar cita-citanya untuk menjadi doktor gigi profesional di Jerman. Beliau lebih suka hidup seperti biasa berbanding hidup dengan penuh perhatian manusia terhadap dirinya.
Adakah keupayaannya disebabkan oleh genetik ataupun kuasa "super power"?
Disebabkan tiada manusia yang pernah memiliki keupayaan sepertinya, kes ini diletakkan dibawah kes kelainan genetik.
Beliau juga telah dimasukkan di dalam senarai guinness world records kerana memiliki keupayaan penglihatan yang luar biasa.
Sumber :