Wabak penyakit berjangkit adalah penyakit paling ditakuti di dunia. Jika penyebarannya tidak dikawal, ia mampu merebak dengan pantas dan meragut banyak nyawa manusia. Dalam keadaan masa kini di mana manusia bebas bergerak ke serata dunia, maka penyebaran penyakit berjangkit lebih mudah terbesar daripada seorang pesakit kepada orang lain.

Menyedari akan risiko penyakit berjangkit, maka Organisasi Kesihatan Antarabangsa (WHO) dan kerajaan setiap negara sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dan bekerja keras membangunkan rawatan baru, vaksin dan mengadakan program kesihatan untuk menghentikan penyebaran wabak penyakit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sejarah, terdapat beberapa kejayaan besar dimana beberapa wabak penyakit telah berjaya dapat dihapuskan 100% secara global dan juga yang sedang cuba dihapuskan diperingkat global. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi beberapa wabak penyakit yang berjaya dihapuskan sama sekali di peringkat global.

1. Penyakit Cacar (Smallpox)

Smallpox atau cacar sering disalah anggap sebagai chickenpox walhal keduanya adalah penyakit berbeza. Cacar adalah wabak penyakit pertama yang berjaya dibasmi di dunia. Selama bertahun-tahun lamanya, penyakit ini telah membunuh berjuta-juta manusia yang dijangkiti virus cacar.

Terdapat dua jenis penyakit klinikal yang disebabkan oleh virus ini iaitu variola major danvariola minor. Penyakit variola major lebih merbahaya dan mencatatkankadar kematian sebanyak 40% bagi penghidapnya. Pesakit terakhir variola major didiagnosis di Bangladesh pada tahun 1975. Sementara itu, pesakit terakhir yang didiagnosis mempunyai variola minor adalah di Somalia pada tahun 1977.

program vaksin smallpox

Cacar adalah penyakit pertama dimana penciptaan dan penggunaan vaksin berkesan untuk menghapuskannya. Edward Jenner merupakan saintis yang bertanggungjawab untuk mencipta vaksin ini dan program vaksinasi besar-besaran telah diadakan di seluruh dunia bagi membendung penyebaran wabak ini.

Terdapat dakwaan bahawa virus cacar ini masih disimpan di beberapa makmal rahsia berkeselamatan tinggi di negara-negara tertentu. Perkaran ini mencetuskan kebimbangan dan kontroversi kerana terdapat risiko virus ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kembali wabak maut ini kerana generasi masa kini sudah tidak lagi diberikan vaksin untuk membendung serangan virus ini.

2. Penyakit Rinderpest

wabak rinderpost

Rinderpest atau dikenali juga sebagai Wabak Lembu merupakan wabak kedua yang berjaya dihapuskan sama sekali di peringkat global. Penyakit ini adalah disebabkan serangan virus Rinderpest. Walau bagaimanapun, wabak ini tidak menyerang manusia tetapi hanya menyerang haiwan seperti lembu, kerbau, rusa dan yang seumpama dengannya.

Sewaktu wabak ini sedang tersebar, kadar kematian tersangatlah tinggi, iaitu kira-kira 80%. Wabak ini merebak melalui sentuhan dan juga daripada minuman yang tercemar dengan virus ini. Selain itu, wabak ini juga boleh terbesar melalui udara. Wabak ini dikatakan berpunca dari kawasan Asia sebelum merebak ke seluruh dunia melalui aktiviti pengeksportan lembu.

Food and Agriculture Organization (FAO) iaitu sebuah agensi dibawah Kesatuan Eropah (EU) memainkan peranan utama dalam memastikan wabak ini berjaya dihapuskan di peringkat global melalui program vaksinasi besar-besaran haiwan. Pada 14 Oktober 2010, iaitu kira-kira 9 tahun selepas penemuan pertama wabak ini, FAO telah mengumumkan secara rasminya wabak penyakit ini telah berjaya dihapuskan 100% di peringkat global.

3. Wabak penyakit lain yang sedang cuba dihapuskan

vaksin 833

Cacar (smallpox) merupakan satu-satunya wabak penyakit yang boleh menjangkiti manusia yang berjaya dihapuskan 100% diperingkat global. Sementara itu, Renderpest pula merupakan satu-satunya wabak penyakit yang boleh menyerang haiwan yang berjaya dihapuskan 100%.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi wabak yang sedang giat dihapuskan di peringkat global antaranya malaria, polio, yaws dan dracunculiasis. Bagi mengatasi wabak penyakit ini, maka lebih banyak kajian, pemeriksaan kesihatan dan program vaksinasi besar-besaran perlu dilakukan agak wabak-wabak ini berjaya dihapuskan 100% diperingkat global.

Kredit:

NY Times

Britannica Encyclopaedia

World Health Organization

CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)