Kredit foto: Doraemon Wiki
Siapa tidak pernah menonton kartun Doraemon? Dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa, semua sukakan siri kartun popular dari Jepun ini.
Robot kucing yang comel dari masa depan ini cukup terkenal dengan poket yang mengeluarkan ciptaan serba aneh. Bayangkan, jika ia benar-benar wujud di dunia nyata. Pasti menarik bukan?
Iluminasi.com ingin berkongsi 10 perkara tentang watak Doraemon yang anda mungkin belum pernah tahu sebelum ini.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Mainan yang ditolak oleh kilang
Kredit foto: doraemon-doraworld.blogspot.com
Umum tahu, Doraemon ialah seorang robot dari masa depan yang dihantar untuk membantu Nobita bagi mengubah atau memperbaiki nasib keluarga Nobi.
Dia telah dihantar oleh tuannya iaitu cicit Nobita, Sewashi Nobi. Nobita telah membebankan keturunannya dengan sejumlah hutang.
Namun, Sewashi hanya mampu membawa seorang robot yang telah ditolak oleh Kilang Robot Matsushiba.
Menerusi manga asal yang melakukan debut pada tahun 1969, terdapat sebuah adegan popular dimana Doraemon muncul dari laci meja Nobita.
2. Mempunyai telinga
Kredit foto: Youtube TheAnime
Doraemon pastinya seekor kucing, tapi kenapa dia tidak mempunyai telinga? Secara ringkasnya, tikus robot telah menggigit telinga Doraaemon sehingga putus dan membuatkannya fobia terhadap tikus.
Filem '2112: The Birth Of Doraemon' (1995) memberikan sejarah terperinci tentang asal usul Doraemon dan masalah yang terpaksa dihadapi sebagai seorang robot yang rosak.
3. Bagaimana kucing boleh takutkan tikus?
Kredit foto: Doraemon Wiki
Ramai tahu Doraemon takut kepada tikus. Namun, ramai tak tahu ia merupakan percubaan penciptanya, Fujiko Fujio untuk mewujudkan humor baru yang belum diperkenalkan pada era itu.
Dengan imaginasinya itu, mereka mencipta suatu keadaan yang terbalik seperti tikus menakutkan kucing, kucing menakutkan anjing, dan manusia menakutkan hantu sebagai suatu bentuk jenaka.
Ia menambahkan lagi unsur komedi dalam siri ini dan memberikan pengaruh besar kepada watak Doraemon yang digambarkan kepada penonton sebagai robot yang comel dan tidak berbahaya kepada manusia.
4. Warna asalnya ialah kuning
Kredit foto: Wordpress
Seperti Dorami iaitu adik perempuannya, Doraemon juga berwarna kuning. Dia bertukar menjadi warna biru akibat menangis dengan cukup kuat selepas telinganya tercabut.
Akibat trauma dengan insiden itu, dia mengalami kemurungan dan menyelinap di atas sebuah menara, di mana dia meminum sebuah ramuan berlabel "kesedihan".
Namun, ia memburukkan lagi keadaan sehingga satu tahap dimana ketika dia meraung, cat kuning pada badannya tertanggal dan suaranya berubah menjadi serak.
5. Maksud nama Doraemon
Kredit foto: ahotaku39.wordpress.com
Namanya yang cukup unik itu datang dari gabungan dua perkataan, "dora" iaitu terbiar ("dora neko" bermaksud kucing terbiar) dan "emon" iaitu lelaki atau nama akhir kaum lelaki di zaman kuno.
"Dora" juga bermaksud gong iaitu alat muzik yang menjadi sebab kenapa badan Doraemon berbentuk bulat seperti gong.
Namun, ia lebih kepada sebuah jenaka untuk makanan kegemaran Doraemon, dorayaki.
Sementara itu, nama penuh Nobita membawa makna sangat pintar. Tetapi, karakternya benar-benar bertentangan dengan nama yang diberikan.
6. Dorami lebih kuat berbandingnya
Kredit foto: Doraemon Wiki
Dorami dicipta dari tangki minyak yang sama dengan abangnya, Doraemon. Walaupun dua tahun lebih muda, Dorami sebenarnya lebih kuat dan maju.
Dorami boleh menghasilkan tenaga 10,000/1000 kuasa kuda, berbanding Doraemon iaitu hanya 129.3 kuasa kuda. Keluarga Sewashi kemudiannya mengupah Dorami.
7. Bagaimana Doraemon memegang barang sedangkan tangannya bulat?
Kredit foto: Youtube SHADEâ„¢
Tangan Doraemon mempunyai kekuatan pelekat dan kuasa vakum luar biasa yang membolehkan apa sahaja benda melekat di tangannya. Teknologi ini hampir sama dengan graviti bumi pada skala kecil.
8. Nombor bertuahnya ialah 1293
Kredit foto: ilykecdn.com
Doraemon berketinggian 129.3 cm dan seberat 129.3 kg. Ukur lilit pergelangan tangannya ialah 129.3 mm/cm, ukur lilit kepala dan dadanya ialah 129.3 cm dan diameter kakinya pula ialah 129.3 mm.
Dia mampu berlari dengan kelajuan 129.3 km/j apabila dilanda ketakutan. Dia juga boleh melompat setinggi 129.3 cm apabila nyawanya terancam dan memiliki kuasa maksimum 129.3 kuasa kuda.
Malah, dia dihasilkan pada 3 September 2112. Ini bermakna, tahun ini Doraemon bakal meraikan sambutan hari jadinya yang ke -94.
Kod pengeluaran Doraemon adalah MS-903, iaitu nama sebenar Doraemon sebagai robot di kilang. Nama ini diperkenalkan di sebuah episod khas bersempena sambutan kelahirannya pada tahun 2007.
9. Pernah jatuh cinta
Kredit foto: doraemon-doraworld.blogspot.com
Jika anda peminat setia siri kartun Doraemon, anda pasti tahu Doraemon mempunyai bekas teman wanita pada abad ke-22 bernama Noramyako.
Noramyako memutuskan hubungan dengan Doraemon kerana Doraemon terlalu pendek untuknya, selepas telinganya hilang. Keluarga Sewashi tidak mampu untuk menggantikan telinga yang baru.
Doraemon juga diam-diam mempunyai perasaaan terhadap Mii-chan atau Mimi. Mulanya, Mimi merupakan kucing robot lelaki, namun kemudiannya diperkenalkan semula sebagai kucing wanita di kehidupan sebenar. Pelik bukan?
10. Obses terhadap Dorayaki
Kredit foto: Doraemon Wiki
Fakta ini mungkin sudah diketahui sesiapa. Namun, ramai mungkin tak tahu, menerusi salah satu episod, Doraemon pernah menjuarai pertandingan memakan 30 Dorayaki.
Dia juga merupakan pemegang Genius Book of Records bagi rekod terpantas memakan Dorayaki terbesar di dunia.
Itu menunjukkan betapa ketagihnya Doraemon kepada Dorayaki. Tidak hairanlah dia sering tewas dengan sebarang perangkap yang melibatkan Dorayaki.
Dorayaki ialah dua pastri kecil seperti penkek mengandungi lapisan inti pes kacang merah Azuki yang manis.
11. Jumlah alatan Doraemon
Kredit foto: aminoapps.com
Sehingga kini, jumlah alat di poket doraemon adalah lebih kurang 4500 sejak episod pertama. Antara yang paling popular seperti Doko Demo Doa (pintu ke mana sahaja), Take-copter, Kuukihou (senapang pistol udara) dan time machine (mesin masa).
Kesemua alatan ini adalah imaginasi pengarang Fujiko F Fujio pada tahun 1970-an. Apa yang menarik, sebahagian daripadanya kini cuba diwujudkan di dunia nyata.
12. Nobita dan Shizuka berakhir di jinjang pelamin
Kredit foto: bwallpapers.com
Sebut sahaja Nobita, anda pasti teringat Shizuka yang merupakan crushnya. Nobita akhirnya akan berkahwin dengan Shizuka dan mempunyai anak bernama Nobisuke.
Bagaimanapun, filem Doraemon sama sekali tidak mempunyai penghujung. Sehingga kematian Fujiko iaitu pelukisnya, beliau tidak pernah menyebut penghujung siri kartun ini.
13. Nobita menghidapi penyakit Skizofrenia?
Kredit foto: stumagz.com
Terdapat dakwaan di internet mengatakan, watak Nobita adalah berdasarkan kisah sebenar seorang budak lelaki Jepun, juga bernama Nobita, yang menderita penyakit Skizofrenia.
Skizofrenia merupakan sejenis gangguan mental yang teruk yang mempengaruhi bagaimana fikiran, kelakuan dan perasaan seseorang. Ia menjadikan seseorang itu tidak berada dalam dunia sebenar dan hidup di dunia yang berasingan.
Oleh sebab itu, Nobita tidak berinteraksi dengan orang lain. Dia telah dibuli di sekolah kerana gangguan mental ini yang membuatnya lebih sunyi.
Kemudian, dia mula membayangkan watak Doraemon. Menurut imaginasinya, Doraemon tidak pernah membiarkan dia keseorangan dan membuatnya sedih. Doraemon menyediakan alat kepada Nobita seperti yang digambarkan dalam siri Doraemon.
Tetapi semua ini hanyalah ilusi yang bermain di fikiran Nobita semata-mata. Selepas beberapa hari, Nobita menghadiri sesi kaunseling untuk berubat. Para kaunselor memberitahu bahawa tidak ada perkara seperti Doraemon, yang merupakan ilusi minda Nobita.
Sebaik mengetahui perkara sebenar, Nobita kembali merasa sedih dan kesepian yang membuatnya lebih tertekan. Pada usia semuda 16 tahun, Nobita menembak dirinya sendiri dan meninggal dunia.
Nota: Kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jika benar, cukup menyedihkan bukan?
14. Mengalahkan Hello Kitty di Sukan Olimpik Tokyo 2020
Kredit foto: mokolate.com
Jangan salah sangka, mereka bukanlah bertanding dalam acara sukan itu. Sebaliknya, Doraemon berjaya dipilih sebagai duta khas sempena Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Pada tahun 2008, Doraemon juga diisytiharkan sebagai duta anime, bagi mempromosikan anime Jepun di seluruh dunia.
Berdasarkan sebuah kaji selidik pada tahun 2013, Doraemon dianggap sebagai karakter paling popular di kalangan kanak-kanak Jepun.
EKSTRA
Siapa pencipta sebenar kartun Doraemon?
Kredit foto: Pinterest
Doraemon yang diterbitkan oleh Shogakukan, merupakan ciptaan Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Duo ini dikenali dengan nama pena mereka Fujiko Fujio. Mereka melukis pelbagai manga bersama-sama, seperti Perman dan Obake no Q-talaro, dari tahun 1951 sehingga mereka berpecah pada tahun 1987.
Idea untuk Doraemon dilaporkan datang dari tiga kejadian yang berlaku kepada Fujimoto: Dia telah tersandung pada mainan anak perempuannya; mendengar pergaduhan kucing jirannya; dan mahukan sebuah mesin untuk membantunya tampil dengan konsep manga yang baru.
Pada tahun 1996, Fujimoto meninggal dunia akibat kegagalan hati pada usia 62 tahun.
Disiarkan pada 3 tahun berbeza
Sumber foto: parhlo.com
Rancangan Doraemon pertama kali muncul pada tahun 1969, yang disiarkan sehingga tahun 1996. Siri televisyen anime Doraemon disiarkan dalam tiga tahun berbeza, iaitu 1973, 1979 dan terakhir pada tahun 2005.
Kebanyakan dari kita hanya pernah menonton siri anime versi tahun 2005 yang menjadi tular di seluruh dunia.
Mempunyai muzium sendiri di Tokyo
Mahu berselfie dengan Doraemon? Kunjungi muzium Fujiko F. Fujio yang terletak di Kawasaki, Jepun. Muzium ini didirikan oleh isteri Fujiko untuk suaminya bagi memperkenalkan dunia manga dan mesej yang terkandung disebaliknya.
Terdapat pelbagai replika karakter manga di sini yang majoritinya adalah Doraemon. Bukan hanya kanak-kanak, muzium ini juga terkenal di kalangan orang dewasa.
Terdapat juga ruang bacaan manga, teater, kafeteria dan kedai cenderahati.
Rujukan:
4. Says
8. Niindo
9. Maria Firdz