Kita menggunakan lidah sepanjang masa dalam sehari untuk makan, bercakap, dan menelan. Tanpa lidah, kita tidak boleh bercakap atau melakukan hal-hal penting yang lain. Malah, nikmat makan tidak akan sama tanpa lidah yang berfungsi membuatkan kehidupan seolah-olah tiada erti.
Tetapi adakah anda pernah terfikir tentang bagaimana organ hebat ini melakukan tugasnya?
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 10 fakta menarik tentang lidah yang anda tak tahu.
1. Purata panjang lidah hampir 8 sentimeter
Lidah diukur dari epiglottis (rumpun rawan mulut di belakang lidah) ke hujung lidah.
Purata panjang lidah lelaki dewasa adalah 8.5 cm dan purata panjang lidah wanita dewasa pula adalah lebih pendek iaitu 7.9 cm.
Menurut Rekod Dunia Guinness, gelaran Lidah Paling Terpanjang di Dunia adalah milik rakyat Amerika Syarikat bernama Nick Stoeberl, yang memiliki lidah berukuran 10.1 cm.
2. Lidah manusia ada 2,000 hingga 4,000 deria rasa
Oang dewasa secara purata mempunyai antara 2,000 hingga 4,000 deria rasa secara keseluruhan.
Sel-sel deria pada deria rasa bertanggungjawab terhadap bagaimana kita melihat dan merasa makanan, diperbaharui dengan sendirinya setiap minggu.
Kira-kira satu perempat daripada populasi manusia dianggap sebagai "supertaster," golongan yang mempunyai deria rasa yang tinggi terutamanya terhadap sebatian pahit yang dikenali sebagai 6-n-propylthiouracil (PROP).
Satu perempat lagi dianggap "nontaster," yang mana bernasib baik masih boleh merasakan makanan tetapi kurang sensitif dan tidak dapat mengesan rasa pahit PROP.
3. Anda tak boleh lihat deria rasa
Deria rasa tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Benjolan kecil berwarna merah jambu dan putih yang anda lihat di atas lidah anda sebenarnya dikenali sebagai papillae, unjuran seperti rambut yang mana deria rasa terletak di atasnya.
Setiap daripada benjolan ini mempunyai purata enam tunas deria rasa tertanam di dalam tisu di permukaannya.
Terdapat tiga jenis papillae iaitu fungiform, circumvallate, dan foliate. Fungiform papillae adalah yang paling biasa dan kebanyakannya terdapat di hujung lidah dan di tepi.
Papillae ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dua lagi jenis papillae kurang biasa tetapi boleh dilihat dengan mata kasar.
Papillae circumvallate adalah besar dan dijumpai tersusun dalam bentuk V di bahagian belakang lidah, berhampiran tekak.
Terdapat hanya 7 hingga 12 papillae circumvallate, yang berbentuk bulat dan menaik.
Kita juga mempunyai kira-kira 20 papillae foliate di pinggir belakang lidah yang juga boleh dilihat dengan mata kasar.
4. Terdapat deria rasa di tempat lain selain lidah
Memang benar kebanyakan deria rasa terletak di lidah anda namun terdapat juga sel-sel rasa di belakang kerongkong anda, di epiglotis, hidung dan sinus serta dari tekak ke bahagian atas esofagus.
Bayi dan kanak-kanak mempunyai lebih banyak sel yang merasakan rasa dalam membran mukus bibir dan pipi mereka. Semua sel ini menghantar isyarat kepada otak yang ditukar kepada apa yang kita anggap sebagai rasa.
Bayi dan kanak-kanak mempunyai lebih banyak sel yang merasakan rasa dalam membran mukus bibir dan pipi mereka. Semua sel ini menghantar isyarat kepada otak yang ditukar kepada apa yang kita anggap sebagai rasa.
5. Lokasi deria rasa
Kita membesar dengan mempercayai bahawa lidah mempunya 4 zon rasa iaitu manis, masam, masin dan pahit. Namun, ini tidak benar.
Rasa-rasa ini bersama dengan rasa ke-5 iaitu umami (rasa sedap), boleh dirasakan di semua bahagian lidah.
Bahagian sisi lidah lebih sensitif secara keseluruhan daripada yang di tengah dan bahagian belakang lidah kita adalah lebih sensitif terhadap rasa pahit berbanding kawasan lain.
6. Lidah bukan otot paling kuat dalam badan
Keseluruhan lidah adalah otot, tetapi ia bukan hanya terdiri daripada satu otot tetapi 8 otot berbeza yang terjalin antara satu sama lain menghasilkan matriks yang fleksibel seperti gading gajah.
adalah semua otot, tetapi bukan hanya satu otot - ia terdiri daripada 8 otot yang berbeza yang menjalin antara satu sama lain mewujudkan matriks yang fleksibel, sama seperti belalai gajah.
Ia dikenali sebagai otot hydrostat dan otot lidah adalah satu-satunya otot dalam tubuh manusia yang berfungsi secara bebas dari rangka.
Otot lidah anda mempunyai stamina yang sangat menakjubkan dan digunakan secara berterusan namun tidak pernah letih.
7. Deria rasa dicipta untuk membuatkan kita terus hidup
Deria rasa telah membantu kita berkembang sebagai manusia.
Pada mulanya, rasa membantu kita menguji makanan yang dimakan di mana rasa pahit dan masam mungkin menandakan tumbuhan beracun atau makanan sudah rosak.
Bahagian belakang lidah kita sensitif terhadap rasa pahit membuatkan kita boleh meludahkan makanan beracun atau rosak sebelum kita menelannya.
Rasa manis dan masin memberi tahu kita bahawa makanan yang dimakan kaya dengan nutrien.
8. Lidah boleh menjadi gemuk
Apa yang menarik adalah jika anda semakin gemuk, lidah anda juga turut gemuk.
Lidah manusia mempunyai kadar peratusan lemak yang tinggi dan terdapat kaitan di antara jumlah lemak lidah dan masalah obesiti.
Satu kajian dalam jurnal Sleep menunjukkan bahawa memiliki lidah yang lebih besar dalam tahap lemak yang lebih tinggi mungkin menjadi faktor risiko untuk masalah tidur iaitu apnea, gangguan tidur yang serius di mana seseorang berulang-ulang kali berhenti dan mula bernafas ketika tidur.
Hal ini berlaku kepada orang gemuk dewasa.
9. Cap lidah anda unik seperti cap jari
Lidah setiap orang adalah unik dan sama seperti cap jari, ia dilihatkan berpotensi bertindak sebagai alat pengenal pasti.
Tidak seperti cap jari, lidah terletak di dalam mulut di mana ia dilindungi dan sukar untuk dipalsukan.
Para penyelidik sedang berusaha untuk menggunakan lidah sebagai salah satu cara untuk pengesahkan biometrik, cara yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti seseorang.
10. Lidah boleh jadi penanda aras kesihatan
Selain daripada boleh menjadi salah satu cara untuk mengenal pasti seseorang, lidah juga boleh memberitahu tahap kesihatan seseorang, termasuklah:
- Lidah berwarna merah terang mungkin menandakan seseorang itu kekurangan asid folik atau B12, demam berdarah atau penyakit Kawasaki (masalah serius yang dilihat pada kanak-kanak)
- Tompok putih atau salutan putih pada lidah boleh menunjukkan berlakunya masalah thrush oral (jenis jangkitan yis), atau leukoplakia yang boleh menjadi pendahulu kepada kanser
- Lidah hitam yang berbulu boleh menjadi tanda penimbunan bakteria dan juga boleh berlaku terhadap orang yang mengidap diabetes atau pada mereka yang mengambil antibiotik atau menjalani kemoterapi
- Bengkak yang menyakitkan di lidah mungkin adalah luka ulser atau kanser mulut
Rujukan:
1. Colgate
2. On Health
3. MF