Aardvark adalah sejenis mamalia bersaiz sederhana yang berasal dari Afrika.

Tidak seperti insektivor lain, ia mempunyai moncong se[erti babi yang panjang, digunakan untuk menghidu makanan.

Ia berkeliaran di hampir dua pertiga selatan benua Afrika dan mengelakkan diri daripada kawasan yang sangat berbatu.

iluminasi.com kongsikan 6 fakta menarik tentang aardvark yang ramai tak tahu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Aardvark bermakna "Babi Tanah"

aardvark babi gurun

Manusia telah wujud bersama-sama dengan aardvark selama berpuluh ribu tahun, tetapi haiwan ini hanya menerima namanya yang moden ketika penjajah Belanda mendarat di selatan Afrika pada pertengahan abad ke-17.

Ketika itu, mereka menyedari akan tabiat haiwan ini menggali lubang ke dalam tanah. "Khinzir tanah" ini kadang-kala dirujuk dengan nama yang lebih indah seperti beruang semut Afrika tetapi nama aadvark adalah lebih terkenal.

2. Spesis tunggal dalam kumpulan mamalianya

aardvark babi afrika

15 spesies aardvark yang masih wujud tergolong dalam kumpulan mamalia Tubulidentata, yang diklasifikasikan di bawah nama genus Orycteropus (bahasa Yunani untuk "kaki menggali").

Tubulidentata berkembang di Afrika sejurus selepas dinosaur pupus 65 juta tahun yang lalu.

Nama Tubulidentata merujuk kepada struktur khas gigi mamalia ini, yang terdiri daripada tiub yang dipenuhi dengan protein yang dikenali sebagai vasulodentin.

Cukup aneh, aardvark dilahirkan dengan gigi "mamalia" biasa di bahagian depan muncungnya yang mana akan luruh kemudian hari dan tidak diganti.

3. Mampu membesar sehingga manusia dewasa

aardvark babi golek

Kebanyakan orang beranggapan bahawa aardvark memiliki saiz seperti tenggliing, tetapi sebenarnya mamalia ini cukup besar.

Ia biasanya memiliki berat di antara 59 hingga 82 kilogram yang mana berada dalam julat berat manusia dewasa. Jika melihatkan kepada gambar, aardvark dicirikan oleh kaki yang pendek, gemuk, muncung dan telinga panjang, bermata hitam serta belakang yang melengkung.

Sekiranya anda melihat haiwan ini dengan lebih dekat, anda juga akan menyedari kaki hadapan berjari empat dan kaki belakang berjari lima di mana setiap jari dilengkapi dengan kuku yang rata.

4. Aardvark menggali lubang yang sangat besar

lubang babi aardvark

Haiwan yang bersaiz sebesar aardvark memerlukan lubang yang besar yang mana menjelaskan mengapa rumah mamalia ini boleh bersaiz di antara 30 hingga 40 kaki panjang.

Aardvark dewasa yang biasa menggali "rumah lubang" di mana ia tinggal kebanyakan masa daripada hidupnya. Lubang yang lebih kecil di kawasan sekitar pula digunakan untuk berehat atau bersembunyi ketika mencari makanan.

Rumah lubang adalah sangat penting terutamanya ketika musim mengawan yang mana menjadi tempat perlindungan bayi aardvark.

Selepas mengosongkan lubang-lubang ini, sama ada mati atau bergerak ke padang rumput yang lebih hijau, struktur ini sering digunakan oleh hidupan liar Afrika yang lain, termasuk babi hutan, anjing liar, ular dan burung hantu.

5. Aardvark mengunyah menggunakan perut

aardvark babi makan semut

Seekor aardvark biasa boleh memakan sehingga 50,000 ekor semut dan anai-anai dalam satu malam, menangkap pepijat menggunakan lidahnya yang panjang dan melekit.

Mungkin disebabkan oleh struktur giginya yang unik, aardvark menelan makanan yang dimakan secara terus di mana perutnya yang berotot "mengunyah" makanan ke dalam bentuk yang mudah untuk dihadam.

Agak jarang untuk melihat haiwan ini di kawasan meminum air di Afrika memandangkan banyak pemangsa di kawsan berkenaan yang mana dilihatkan sebagai perkara yang berbahaya.

Dengan itu, mamalia ini memperoleh kelembapan atau air yang diperlukan daripada makanannya.

6. Haiwan yang memiliki deria rasa paling tajam di dunia

muncung hidung aardvark 50

Anda mungkin beranggapan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai deria bau yang paling kuat dalam kalangan haiwan, namun aardvark memiliki deria bau jauh lebih kuat.

Muncung aardvark yang panjang dilengkapi dengan sekitar 10 tulang turbinat, struktur berongga berbentuk seperti kerang yang menyampaikan udara melalui saluran hidung. Ini jauh lebih banyak daripada anjing yang hanya memiliki 4 atau 5 tulang turbinat.

Tulang-tulang itu tidak menambah deria bau aardvark, sebaliknya ia adalah tisu epitel yang menyusun tulang-tulang ini, yang meliputi kawasan yang lebih besar.

Otak aardvark mempunyai bahagian penting iaitu "lobus olfactory"  iaitu kumpulan neuron yang bertanggungjawab untuk memproses bau dan membolehkan haiwan ini menghidu semut dari jarak jauh.

Rujukan:

1. National Geographic

2. AWF

3. Livescience




Hakcipta iluminasi.com (2017)