Siri Doraemon boleh dikatakan antara siri kartun yang paling popular di dunia. Ia dicipta oleh Fujiko F. Fujio yang berkisarkan tentang sebuah robot kucing yang bernama Doraemon. Doraemon mengembara ke masa lalu dari abad ke-22 untuk membantu seorang kanak-kanak lelaki bernama Nobita Nobi.
Doraemon sangat digemari di seluruh dunia dan sentiasa berada di hati peminat.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, tak ramai yang mengetahui tentang kebenaran di sebalik siri popular ini. Terdapat video yang viral mendakwa bahawa plot cerita Doraemon adalah berdasarkan insiden kehidupan sebenar.
Kisah ini telah menerima kritikan sarkastik sehinggakan menjadi satu kontroversi.
Kisah sebenar disebalik Doraemon
Kisah tersebut adalah berkenaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dari Jepun bernama Nobita Hiroshi.
Nobita kelihatan seeprti seorang kanak-kanak yang sihat dan gembira seperti kanak-kanak seusia dengannya. Akan tetapi, dia mempunyai satu rahsia yang disembunyikan daripada dunia.
Nobita sebenarnya mengalami skizofrenia, satu penyakit yang membuatkan seseorang itu melihat perkara yang tidak wujud.
Sangat nyata sehinggakan penghidap enggan percaya apa yang mereka lihat adalah tidak benar. Ia juga membuatkan penghidap menjadi lemah dalam berfikir, merasa dan bertindak.
Selain itu, kuasa untuk mengawal mentalnya menjadi lemah.
Tak cukup dengan itu, Nobita juga berhadapan dengan masalah di sekolahnya kerana dibuli oleh rakan-rakan kerana menghidap penyakit mental.
Rakan-rakannya meninggalkan Nobita kerana takut Nobita mungkin akan membahayakan mereka dan membuatkan kanak-kanak malang ini kesepian.
Masalah mental yang dihadapi Nobita ini telah memaksa dirinya untuk mencipta satu watak imaginasi iaitu Doraemon, sebuah robot kucing yang membantunya dalam apa perkara sekalipun.
Dan dengan ini, Doraemon telah menjadi rakan karib Nobita, satu-satunya rakan yang memahami dirinya. Nobita menjadi sangat bergantung kepada Doraemon yang mana dia berimaginasi diberikan pelbagai gajet untuk kegunaan seharian.
Di usia 16 tahun, keluarga Hiroshi akhirnya memutuskan untuk membawa Nobita ke kaunseling perubatan bagi merawat penyakitnya.
Ketika bertemu dengan doktor, Nobita diberitahu bahawa Doraemon sebenarnya tidak wujud.
Ia hanya satu imaginasi oleh mindanya yang tidak sedar yang mana perlu dikawal oleh Nobita. Berita ini membuatkan Nobita sangat terkejut untuk mengetahui bahawa dia akan bersendirian sekali lagi, sekaligus mengalami trauma mental.
Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan, Nobita telah mengambil langkah drastik yang sangat ekstrem. Menggunakan pistol milik bapanya, Nobita memutuskan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri pada usia 16 tahun.
Jadi, untuk memberikan penghotmaran kepada roh Nobita, siri Doraemon dihasilkan.
Kebenaran tentang kisah Nobita
Kisah ini sangat mengejutkan dan juga menyedihkan. Ia menceritakan tentang apa yang dilalui oleh seorang kanak-kanak malang yang mempunyai masalah mental dan juga disisihkan oleh orang ramai.
Namun begitu, ia langsung tiada kena mengena dengan penghasilan Doraemon. Berita yang disebarkan adalah palsu semata-mata. Di zaman serba canggih ini, berita palsu adalah sangat berleluasa yang dengan mudah boleh menipu mereka yang mudah percaya.
Adalah penting bagi kita untuk menyedari bahawa kita perlu berfikir secara kritikal untuk menganalisis apa sahaja yang kita baca di internet.
Maklumat adalah sumber minyak baru, jadi gunakan maklumat dengan bijak dan anda akan menjadi seorang yang sangat berpengetahuan tinggi.
Rujukan: