Oleh pada 27 Apr 2017 kategori

Anda mesti selalu nampak penunggang motosikal tak pakai topi keledar kan? Seolah-olah sudah menjadi lumrah kat Malaysia ni. Penunggang-penunggang degil ni sudahlah tak pakai helmet, boleh main telefon sambil tangan yang sebelah lagi terhoyong-hayang cuba memandu lurus.

naik motor bawa sekampung

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada yang lebih degil, bawa anak tiga, empat orang membonceng di hadapan dan belakang - kesemuanya tanpa toli keledar. Kalaupun anda tak sayang nyawa sendiri, nyawa anak-anak pun takkanlah tak sayang juga?

Berikut kami kongsikan 10 gambar topi keledar yang buat anda 'tak nak' pakai helmet sampai bila-bila:

#1 Cuba bayang muka anda disagat begini

pakai topi keledar

#2 Ataupun begini. Tak sakit sangat pun kan?

pakai topi keledar 2

#3 Kalau dapat corak begini tepi kepala pun ok juga kan? Sekali pandang macam gaya mohawk.

pakai topi keledar 6

#4 Yang ini dinamakan corak puting beliung hinggap ke muka

  pakai topi keledar 8

#5 Kecoh brader ni. Orang kat Malaysia rilek je tak pakai helmet. Tak mati pun.

pakai topi keledar 7

#6 Kalau ada parut, barulah anak jantan.

pakai topi keledar 9

#7 Sikit je ni kalau kena kat muka.

pakai topi keledar 5

#8 Kalau nampak otak terburai sikit, barulah rare

  pakai topi keledar 4

#9 Hidup bukannya guna otak sangat. Takat hilang separuh otak takpe lagi bro.

pakai topi keledar 1

#10 Orang naik motor pun tak pakai helmet, sis ni kecoh suruh pakai helmet basikal pulak.

pakai topi keledar 10

Kalau anda tetap berkeras hati tak nak pakai juga topi keledar lepas tengok semua gambar ini, mungkin anda boleh jual sajalah motor anda. Anda tak layak pun bawa motosikal mahupun basikal.

Naiklah bas atau jalan kaki sahaja. Jimat pun jimat.

Ingat, utamakan keselamatan!

Sumber: Buzz Feed




Hakcipta iluminasi.com (2017)