Oleh pada 01 Mar 2018 kategori

Bagi setiap suku kaum atau agama, pasti ada akan wujud adat dan tradisi yang unik. Adat dan tradisi ini yang membezakan antara satu kaum atau agama dengan yang lain. 

Namun, tak semua adat dan tradisi yang dilakukan masuk akal dan bermanfaat. Malah, ada yang membahayakan kesihatan dan mengundang bahaya.

iluminasi.com kongsikan 5 tradisi yang tersangat pelik yang wujud di dunia.

1. Mengasah gigi

tradisi mengasah gigi oleh hindu di bali

Dalam budaya agama Hindu di Bali, pengisian gigi adalah satu tradisi yang sangat penting lebih-lebih lagi dalam peralihan akil baligh seseorang. Tradisi ini dilakukan terhadap kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.

Ia wajib dilakukan bagi setiap orang sebelum berkahwin, malah ada yang dilakukan ketika majlis perkahwinan. Ia dilakukan dengan mengasah gigi bawah dan juga gigi taring. Dalam kepercayaan Hindu di Bali, upacara ini membantu mereka membebaskan diri daripada kuasa jahat.

Bagi mereka, gigi adalah simbol nafsu, tamak, marah, keliru dan cemburu. Dan adat ini membentuk seseorang dari segi fizikal dan rohani. 

2. Upacara mencampak bayi

upacara mencampakkan bayi di india

Sejak 500 tahun dahulu, terdapat masyarakat di India yang menjalankan ritual yang sangat berbahaya dan menakutkan ini. Ritual mencampakkan bayi dari kuil berketinggian 50 kaki atau 15 meter ini diamalkan oleh pasangan yang dikurniakan bayi.

Ia dilakukan selepas bersumpah di kuil Sri Santeswar di Karnataka, Bengaluru. Ritual ini diperhatikan oleh kedua-dua penganut Islam dan Hindu setiap tahun pada minggu pertama bulan Disember.

Ia dipercayai dapat memberikan kesihatan, kemakmuran dan nasib yang baik kepada bayi tersebut. Sekitar 200 bayi dicampakkan oleh ibu bapa mereka setiap tahun sambil orang ramai menari dan menyani.

Kebanyakan bayi yang dicampakkan berusia kurang dari 2 tahun.

3. Memotong jari tangan

tradisi memotong jari oleh puak di new guinea

Bagi suku kaum Dani atau Ndani, orang asli yang menghuni Lembah Baliem di West Papua, New Guinea pula, ia lebih ekstrem. Ahli suku kaum ini mengikut tradisi di mana mereka akan memotong jari mereka bagi menunjukkan rasa sedih ketika majlis pengebumian. 

Mereka juga akan melumurkan tanah liat dan abu pada muka dengan tujuan yang sama.

tradisi memotong jari oleh puak di new guinea 2

Tak cukup dengan itu, suku kaum ini juga akan memotong jari mereka bagi meluahkan rasa sayang mereka terhadap seseorang. Apabila seseorang daripada mereka mati, saudara mara mereka akan memotong jari pasangan (suami atau isteri) dan menanamkan bersama-sama mayat, sebagai simbol kasih sayang terhadap pasangan.

Jari tersebut melambangkan jasad dan jiwa pasangan tersebut akan terus hidup bersama-sama pasangan yang mati. Jumlah jari yang akan dipotong bergantung kepada jumlah individu yang disayanginya, walaupun terpaksa memotong kesemua jari yang mana menyukarkan untuk menjalani kehidupan normal.

Pelik dan menakutkan, kan?

4. Sarung tangan semut peluru

sarung tangan semut peluru tradisi membuktikan lelaki sejati

Bagi anda yang berasakan anda sudah gagah dan lelaki sejati, mungkin anda harus mencuba tradisi ini. Tradisi ini dilakukan oleh suku kaum Satere-Mawe di Amazon. Bagi mereka yang tidak menyertai tradisi ini, mereka tidak dianggap sebagai lelaki dewasa.

Apabila remaja lelaki sudah baligh keluar mengikut pawang bersama-sama remaja seusia untuk mencari dan mengumpulkan semut peluru, yang merupakan serangga dengan sengatan paling dahsyat di dunia. Sengatannya dibandingkan dengan peluru yang menembusi daging manusia.

Semut-semut tersebut kemudiannya diberikan herba membuatkan mereka mabuk dan tertidur. Ketika itulah semut-semut tersebut dimasukkan ke dalam tenunan sarung tangan.

Apabila sedar dari tidur dan berada dalam keadaan terperangkap, semut-semut ini menjadi sangat marah dan agresif. Apa yang harus dilakukan oleh remaja lelaki yang ingin bergelar lelaki dewasa adalah memasukkan tangan ke dalam sarung tangan tersebut selama 10 minit, di kala yang lain menari-nari untuk mengalihkan perhatian remaja berkenaan daripada terasa sakit.

Untuk menjadi lelaki sejati, mereka perlu melakukan tradisi ini sebanyak 20 kali. Seram tak?

5. Hari Perkabungan Muharram

hari perkabungan muharram tradisi syiah

Bagi penganut Syiah, hari Perkabungan Muharram adalah penting bagi mereka yang jatuh pada bulan Muharram. Ia juga dikenali sebagai Peringatan Muharram. Kebanyakan upacara yang berkaitan dengan peringatan mengambil tempat di dewan jemaah dikenali sebagai Hussainia.

Upacara ini menandkan ulangtahun Pertempuran Karbala di mana Hussein, anak kepada Saidina Ali R.A dan cucu kepada Nabi Muhammad S.A, dibunuh oleh tentera musuh.

Ia mencapai klimaks pada hari ke-10 yang dikenali sebagai hari Asyura. Golongan ini akan melakukan libasan terhadap badan menggunakan rantai yang dipasangkan pisau-pisau, hingga berlumuran darah.

Ia dilakukan oleh semua lapisan umur penganut Syiah. Adat ini dilakukan di Iran, Bahrain, India, Lubnan, Iraq dan juga Pakistan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)