Menurut maklumat daripada Kumpulan Tindakan Pengangkutan Udara (ATAG), kira-kira 102,465 pesawat berlepas setiap hari di seluruh dunia.

Walaupun tak semua yang berpeluang untuk menaiki kapal terbang, namun dengan perkembangan teknologi, kini ramai yang mampu disebabkan oleh harga tiket yang semakin murah.

Dan juga, walaupun ramai yang kerap menggunakan pengangkutan ini, tak ramai yang tahu terdapat banyak "rahsia" ketika menaiki pesawat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 10 rahsia mengenai kapal terbang dan penerbangan yang ramai tak tahu.

1. Tiket di-upgrade

tiket diupgrade 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Pernah tak tiket anda di-upgrade-kan secara automatik dan percuma? Walaupun ia jarang berlaku namun, menurut sumber, ia dilakukan berdasarkan budi bicara krew pesawat dan boleh berlaku atas beberapa faktor.

Penumpang mungkin akan di-upgrade jika mereka baik hati, hamil, mempunyai rupa paras yang cantik, malah jika mereka adalah rakan kepada krew.

Perkara ini dilakukan ketika anda mula-mula melangkah ke dalam pesawat. Krew pesawat akan melihat sama ada anda patut dipindahkan ke tempat duduk kelas pertama.

Jadi, jika anda tak pernah senyum kepada mereka, mungkin anda patut lakukannya, kerana seringkali tempat duduk kelas pertama mempunyai kekosongan dan ia terletak di tangan mereka.

2. Minuman paling tidak disukai krew pesawat

diet coke 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Minuman yang paling tidak disukai untuk dikendalikan oleh pramugari/pramugara adalah Diet Coke.

Mereka tidak suka untuk tuang minuman ini ke dalam cawan kerana disebabkan jumlah pengkarbonan dan altitud pesawat, Diet Coke akan menghasilkan buih yang terlalu banyak apabila dituang. 

Ia mengambil masa yang lama untuk dituang, dan tunggu buih hilang, dan tuang semula sehingga penuh ke dalam cawan. Diet Coke mengambil masa yang paling lama berbanding air bikarbonat yang lain.

Ia sekaligus akan mengganggu tugas-tugas lain yang harus diselesaikan.

3. Makna di sebalik senyuman dan sapaan krew pesawat

pramugari malaysia

Pasti anda perasan setiap kali nak melangkah masuk ke dalam kapal terbang, krew-krew pesawat akan berdiri di pintu untuk senyuk dan menyapa anda.

Namun, ia bukanlah semata-mata senyuman dan sapaan untuk mengalu-alukan penumpang, tetapi mereka juga sebenarnya sedang melakukan pemeriksaan visual untuk melihat penumpang yang mana berpotensi untuk memberikan masalah ketika penerbangan.

Jika anda senyum lebar, berkemungkinan anda tak akan buat masalah. Tetapi jika muka masam dan langsung tak endahkan sapaan mereka, itu barangkali adalah petanda jelas.

4. Posisi badan jika berlaku kemalangan pesawat

posisi badan ketika berlaku kemalangan pesawat 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Terdapat mitos bahawa jika berlaku kemalangan ketika melakukan pendaratn, penumpang harus merapatkan bahagian atas badan dengan bahagian kaki, supaya kematian berlaku dengan cepat dan kurang sakit. 

Bunyi macam pelik dan tak masuk akal kan, tetapi memang wujud mitos ini. Namun sebenarnya, posisi ini bermaksud untuk melindungi organ-organ dalaman yang penting dan meningkatkan peluang untuk survive.

Jauh perbezaannya.

5. Beg terlalu berat bahayakan pesawat

beg terlalu berat bahayakan pesawat 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Jika setiap penumpang yang menaiki pesawat membawa beg yang tersangat berat, adakah ia akan membuatkan pesawat tidak stabil (berat sebelah) dan akan jatuh ketika penerbangan? 

Tidak. Pesawat biasanya akan memuatkan bahagian kargo pada pesawat dengan beg pasir untuk mengagihkan berat, bagi memastikan penerbangan yang lancar.

6. Makanan krew pesawat dan juruterbang

makanan krew pesawat dan juruterbang 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Bagi yang tak tahu, krew pesawat dan juruterbang tidak makan makanan yang sama dengan penumpang. Sebab disebalik perkara ini adalah untuk mengelakkan potensi berlakunya keracunan makanan.

Pasti anda tak mahu mereka yang berkhidmat dan mengendalikan pesawat mengalami keracunan makanan yang membuatkan mereka terpaksa pergi ke tandas untuk setiap 5 minit kan?

7. Lampu dimalapkan ketika mendarat waktu malam

lampu dalaman pesawat dimalapkan ketika mendarat 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Jika anda mempunyai pengalaman menaiki penerbangan waktu malam, anda mungkin perasan bahawa lampu dalaman pesawat akan dimalamkan sebelum mendarat.

Ia dilakukan bagi membolehkan mata penumpang selaras dengan kegelapan, sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan lampu terpadam.

8. Kegagalan enjin pesawat

kegagalan enjin pesawat 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Sekiranya berlaku kegagalan pada kedua-dua enjin pesawat, jangan terlalu panik.

Ini kerana pesawat direkabentuk untuk meluncur kira-kira 2.4 kilometer bagi setiap 1,000 kaki di udara, dan juruterbang dilatih khas untuk mengendalikan pendaratan pesawat yang sedang meluncur. 

9. Bekalan oksigen dalam pesawat

bekalan oksigen dalam pesawat 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Bekalan oksigen yang disediakan di bahagian atas tempat duduk setiap penumpang mampu memberikan oksigen selama 15 minit.

Mungkin anda rasa 15 minit adalah singkat tetapi ia lebih daripada cukup untuk juruterbang mengemudi pesawat ke altitud di mana tekanan kabin akan kembali sekata dan topeng oksigen tidak lagi diperlukan.

10. Tempat paling selamat ketika pendaratan kecemasan

tempat paling selamat ketika pendaratan kecemasan 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Sekiranya berlaku pendaratan disebabkan kemalangan atau kecemasan, tahukah anda di mana kawasan dalam pesawat yang paling selamat untuk anda duduk?

Terdapat banyak perkara yang boleh mempengaruhi jawapan ini, termasuk tali pinggang keledar dan jarak dekat dengan pintu kecemasan.

Namun berdasarkan statistik, bahagian belakang pesawat memberikan peluang terbaik untuk anda survive dalam kemalangan tersebut.

Ekstra

Minum air dari sinki tandas

minum air sinki tandas dalam kapal terbang 10 rahsia menarik mengenai kapal terbang yang ramai tak tahu

Jika anda berasa dahaga ketika penerbangan, jangan sesekali minum air daripada sinki tandas.

Malah, air yang digunakan oleh krew pesawat untuk menyediakan teh atau kopi juga mungkin bukanlah yang paling bersih (tapi sekurang-kurangnya ia dipanaskan).

Sebaliknya, minta kepada krew pesawat air yang dipek seperti air botol, untuk lebih selamat. Untuk maklumat lebih lanjut, baca artikel ini: Inilah Sebab Mengapa Anda Perlu Elakkan Minum Minuman Panas Di Dalam Kapal Terbang 

Rujukan:

1. CN Traveller

2. This Is Insider

3. Boredom

4. Delish

5. Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)