Anda sering mendengar bahawa terbang dengan kapal terbang merupakan bentuk pengangkutan yang paling selamat. Perkara ini sememangnya benar dan kemalangan udara biasanya terjadi disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan dengan bukti statistik dimana peratusan kemalangan udara sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan pengangkutan laut dan darat. Namun, apabila sesuatu kemalangan melibatkan pesawat terjadi, ia biasanya menjadi paparan utama akhbar kerana ia melibatkan begitu banyak nyawa manusia yang terkorban.
BESARKAN TEKS A- A+
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines juga pernah mendapat perhatian pada tahun 2014 apabila dua pesawatnya MH370 dan MH17 terlibat dengan nahas. MH17 telah ditembak dengan peluru berpandu yang tersilap sasaran apabila melalui ruang udara Ukrain sementara pesawat MH370 masih tidak dapat dijejaki sehingga kini.
Kemalangan melibatkan pesawat biasanya disebabkan faktor-faktor teknikal atau di luar kawalan manusia. Namun, satu ketika dahulu, terdapat satu kemalangan yang boleh dianggap antara terbodoh kerana kecuaian juruterbang itu sendiri.
Tragedi pesawat Eastern Air Lines
Satu ketika dahulu, kami pernah menulis mengenai Tragedi Aeroflot yang terjadi akibat daripada 2 orang juruterbangnya membuat pertaruhan "kurang bijak" untuk memandu kapal terbang dengan keadaan matanya tertutup.
Dalam tragedi yang melibatkan pesawat ini pula, ianya disebabkan kecuaian juruterbangnya yang sibuk mahu membetulkan lampu signal kapal terbangnya yang dipercayai rosak atau terbakar. Dalam tragedi ini, 101 nyawa menjadi mangsa korban iaitu juruterbang, jurutera penerbangan, 2 pramugari dan 96 penumpang.
Penerbangan Eastern Air Lines 401 adalah penerbangan yang dijadualkan dari New York JFK ke Miami. Pesawat ini berlepas tidak lama sebelum tengah malam pada 29 Disember 1972 sebelum terhempas, mengorbankan 101 nyawa. Hanya 75 penumpang dan anak kapal terselamat.
Ini adalah kemalangan maut pertama pesawat berbadan lebar. Ia juga merupakan kehilangan total kapal terbang pertama syarikat ini pertama dan kemalangan maut pertama bagi pesawat model LockSeed L-1011 TriStar.
Masalah lampu isyarat
Kapal terbang besar ini berlepas seperti biasa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy dan perjalanan itu sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam. Tetapi, apabila hampir tiba ke destinasi di Lapangan Antarabangsa Miami, kedua juruterbang menyedari masalah ketika mereka mencoba menggunakan alat pendaratan pesawat.
Sekiranya semuanya baik dan sistem berfungsi tanpa sebarang masalah, lampu hijau kecil harus menyala untuk mengesahkan bahawa roda pendaratan sudah terbuka. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila lampu tersebut tidak menyala seperti yang diharapkan.
Mengganti lampu kecil tersebut adalah tugas yang agak mudah, jadi juruterbang Kapten Bob Loft dan Pegawai Bert Stockstill meletakkan pesawat pada tetapan autopilot sehingga mereka dapat memperbaiki lampu tersebut. Inilah puncanya bagaimana tragedi ini boleh berlaku.
Tanpa disedari, salah seorang dari mereka tersentuh panel kawalan ketika ralat membaiki lampu tersebut dan secara tidak sengaja telah menyahaktifkan tetapan autopilot tersebut. Oleh itu, semasa mereka sibuk dengan membaiki lampu yang rosak itu, pesawat itu sebenarnya menurun dengan ketinggian 2.000 kaki setiap minit.
Kejadian itu berlaku pada waktu malam, maka tiada siapa yang perasan daripada pemandangan di tingkap bahawa kapal terbang tersebut sedang menurun. Lebih memburukkan lagi keadaan, fungsi amaran automatik untuk memberitahu bahawa kapal terbang berada dalam keadaan tidak selamat juga sia-sia apabila pegawai yang bertugas tidak ada di tempat duduknya.
Beberapa saat kemudian, pesawat itu jatuh ke kawasan Florida Everglades dan ramai penumpang mati akibat terkena impak kuat. Tetapi, karena itu adalah kawasan berpaya, impak daripada hentakan kapal terbang itu dapat dikurangkan dan 75 penumpang bernasib baik terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Usaha menyelamat mangsa
Tidak lama lepas hempasan tersebut, pesawat tersebut tiba-tiba hilang daripada radar. Panggilan kecemasan telah dibuat kepada Opa-Locka Coast Guard Station dan 4 buah helikopter telah dikerah untuk melakukan usaha mencari dan menyelamat. Keadaan ketika itu adalah tengah malam maka usaha menjejaki tersebut juga sangat mencabar.
Seorang lelaki Bob Marquis yang kebetulan berada berhampiran dengan lokasi nahas tersebut segera menghalakan lampu suluhnya ke arah helikopter untuk memberikan meraka isyarat. Lelaki tersebut ketika itu berada di situ menaiki airboat untuk memburu di kawasan paya tersebut.
Ketika pasukan penyelamat tiba di tapak nahas tersebut, mereka menemui mangsa berlumuran minyak kapal terbang dan ramai dalam keadaan bertelannjang bulat kerana impak kuat daripada hempasan kapal terbang itu. Sehingga kini, tragedi ini masih dianggap tragedi nahas udara paling teruk dalam sejarah Florida.
Kredit: