Oleh pada 04 Aug 2018 kategori

Proses memperkenalkan produk baharu ke dalam pasaran bukanlah satu tugas yang mudah, walaupun syarikat tersebut mempunyai reputasi yang besar.

Kadang-kala pengguna tidak bersedia dengan produk yang diperkenalkan dan pengguna gagal menggunakannya.

Dan jika ini berlaku, tak kiralah berapa banyak pun peruntukan yang digunakan untuk memasarkan produk ini, ia pastu tidak dapat menarik pembeli.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 produk yang mengalami kegagalan teruk walaupun dikeluarkan oleh syarikat terkemuka.

1. Kitchen Entrees - Colgate

lasagna daging keluaran colgate

Pada tahun 1982, Colgate telah mendapat satu idea yang paling pelik untuk mengembangkan kepelbagaian produk mereka. Mereka memutuskan untuk menjual makanan sejuk beku yang diberi nama Kitchen Entrees.

Namun produk ini mengalami kegagalan yang paling dahsyat kemungkinan disebabkan oleh pengguna terbayangkan rasa makanan ini terasa seperti ubat gigi.

Tiada syarikat yang melancarkan sesuatu produk dengan tanggapan bahawa ia akan mengurangkan penjualan produk yang lain, namun Colgate sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini.

Penjualan ubat gigi Colgate merudum selepas Kitchen Entrees dilancarkan.

2. Office Assistant Clippy - Microsoft

office assistant clippy

Clippy digambarkan oleh sesetengah pengguna sebagai paparan antara muka yang paling terus sekali pernah dihasilkan.

Clippy direkabentuk untuk "memunculkan diri" bila-bila masa sahaja jika perisian ini berasa bahawa perngguna memerlukan bantuan, dan ini membuatkan ramai orang berasa meluat.

Selepas Microsoft menyedari tentang perkara ini, mereka memutuskan untuk tidak lagi meneruskan Clippy.

3. Crystal Pepsi - Pepsi

crystal pepsi

Pada tahun 1992, Pepsi telah memperkenalkan produk baru yang diberi nama "Crystal Pepsi". Namun, pembaharuan ini tidak memberikan impak kepada pengguna malah gagal setahun kemudian.

David Novak, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep ini mengakui kegagalannya dan berkata bahawa adalah sesuatu yang lebih baik jika dia dapat memastikan kesedapan produk ini.

4. Twitter Peek - Twitter

twitterpeek mengalami kegagalan teruk

Dilancarkan pada tahun 2009, TwitterPeek merupakan peranti mudah alih pertama dan terakhir yang dihasilkan untuk mengaskes Twitter sahaja.

Produk ini dihasilkan untuk melakukan satu perkara sahaja, iaitu menghantar dan menerima "tweet", tetapi gagal untuk melaksanakan fungsi mudah ini.

Peranti ini hanya memaparkan 20 perkataan daripada tweet, dan menjengkelkan penggunanya. Maka, adalah tidak mengejutkan produk ini tidak mendapat sambutan langsung, lebih-lebih lagi dengan penghasilan telefon pintar.

5. Thirsty Cat! dan Thirsty Dog!

thirsty cat dan thirsty dog

Pada tahun 1994, satu produk air botol yang dihasilkan untuk kucing dan anjing dilancarkan. Minuman ini berkarbonat, diperkaya dengan vitamin dan berperisa.

Produk ini menemui kegagalan selepas pengguna menyedari bahawa mereka tidak perlu memberikan minuman berkarbonat.

6. New Coke - Coca-Cola Co

new coke minuman yang gagal

Pada tahun 1985, Coca-Cola Co. memutuskan untuk merumuskan semula minuman Coke. Syarikat ini melaburkan RM16 juta dalam melakukan ujian rasa di seluruh Amerika Syarikat.

Dan walaupun ujian rasa New Coke membuahkan hasil yang meyakinkan, namun selepas ia dilancarkan, reaksi orang ramai tersangatlah negatif.

Dalam masa 3 bulan sahaja selepas New Coke dilancarkan, syarikat ini melancarkan semula formula asalnya dan menjenamakan semula sebagai Coca-Cola Classic.

7. Google Glass - Google

kacamata pintar google glass 107

Google Glass yang dilancarkan pada tahun 2013 merupakan satu percubaan baik dalam menghasilkan kacamata pintar. Peranti ini dijual dengan harga RM6,000 dan gagal untuk melaksanakan fungsi yang dirancangkan.

Kacamata berteknologi tinggi ini juga dilaporkan menimbulkan kebimbangan keselamatan dan privasi yang sangat serius.

8. Cocaine - Redux Beverages

minuman cocaine

Dilancarkan pada tahun 2007, minuman tenaga ini diharamkan daripada penjualan di Amerika Syarikat disebabkan oleh namanya yang agak keterlaluan. Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memutuskan bahawa Cocaine secara haram memasarkan minuman ini sebagai alternatif kepada dadah jalanan dan juga makanan tambahan.

Namun, minuman ini masih dijual di Eropah menggunakan nama asalnya.

9. Fire Phone - Amazon

fire phone keluaran amazon yang gagal

Amazon, syarikat perniagaan elektronik dan pengkomputeran awan (cloud computing), memutuskan untuk memasuki pasaran telefon pintar pada tahun 2014 dengan produk mereka, Fire Phone.

Walaubagaimanapun, ia mengalami kegagalan teruk dan dihentikan setahun kemudian. CEO syarikat ini ketika itu, Tom Szkutak mengatakan bahawa strategi harga yang dibuat merupakan bertanggungjawab kepada kegagalan produk ini.

10. Windows Vista - Microsoft

windows vista

Sistem operasi Windows Vista yang dilancarkan pada tahun 2007, menjadi salah satu produk Microsoft yang mengalami kegagalan teruk selain Clippy.

Ia disebabkan oleh isu-isu berkaitan dengan ciri keselamatan yang baru, prestasi, sokongan pemanduan dan pengaktifan produk.

Ia gagal kerana isu-isu dengan ciri keselamatan, prestasi, sokongan pemandu dan pengaktifan produk baru.




Hakcipta iluminasi.com (2017)