Oleh pada 08 May 2018 kategori

Setiap tahun, barisan syarikat besar dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan prank April Fool yang paling kreatif dan menarik perhatian pelanggan setia mereka. Prank yang berjaya pastinya mendapat liputan media yang meluas, baik di internet mahupun kaca televisyen. Iluminasi.com sediakan 10 senarai prank yang paling diingati dan mencuri perhatian dunia.

1. Burger King untuk si kidal (1998)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: Lost At E Minor

Seramai 32 juta rakyat Amerika bertangan kidal. Suatu jumlah yang mengejutkan bukan? Burger King memperkenalkan Whopper khusus buat golongan ini yang menggunakan bahan sama dengan Whopper asli seperti salad, tomato dan patti hamburger.

Apa yang membezakannya dari Whopper biasa? Isinya diletakkan di bahagian sebelah kiri, kononnya untuk mengurangkan risiko toppingnya terkeluar dari sebelah kanan. Whopper 'si kidal' menerima pesanan yang tinggi dan dicanang akan diperkenal di negara dengan jumlah 'si kidal' yang tinggi. 

2. Google Motion (2011)

google motion

Kredit foto: CNN

Google begitu sinonim dengan idea prank April Fool yang menarik. Google mendakwa telah mempelopori "Google Motion" iaitu suatu teknologi dimana email boleh ditulis menggunakan isyarat tangan melalui webcam.

Untuk membuka email, anda perlu membuat pergerakan seolah-olah sedang membuka sampul surat. Untuk membalas email tersebut pula, tunjuk ke belakang dengan ibu jari anda.

Untuk membalas semua email, gunakan kedua-dua belah tangan. Untuk menghantar mesej, jilat setem dan letakkannya ke bawah.

Meskipun suatu gurauan, segelintir programmer mendapati ciptaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Biar betul?

3. 'Twttr' oleh Twitter (2013)

twttr oleh twitter

Kredit foto: Twitter

Laman web micro-blogging, Twitter membuat kejutan dengan mengumumkan perkhidmatan dua peringkat iaitu akaun asas dan premium. Bagi akaun premium, pengguna dikenakan caj semurah $5 sebulan untuk penggunaan huruf vokal.

Melalui akaun asas yang dikenali dengan nama baru iaitu 'Twttr', ia masih kekal percuma. Namun, tweet hanya boleh ditulis menggunakan konsonan. Menurut Twitter, 'Twttr' menggalakkan komunikasi yang lebih efisyen dan meningkatkan pendapatan. Tk klkr kn?

4. Samsung Blade Edge (2015)

samsung blade edge

Kredit foto: Samsung

Samsung memperkenalkan produk terbaru mereka, Samsung Blade Edge iaitu sejenis pisau pintar dengan kemampuan seperti sebuah telefon pintar. Menjadikan golongan chef sebagai sasaran pelanggan, ia kalis air dan mempunyai pemegang yang boleh dilipat.

Bimbang jika telinga anda terpotong semasa menjawab panggilan telefon? Bilahnya direka khas untuk ditarik balik sebelum ia memotong kulit.

samsung blade edge 1 5vm9

Kredit foto: Samsung

Menggunakan OS terbaru, Samsung Blade Edge dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang ada pada Galaxy S6. Paling tak logik sekali, jika ia terkena darah manusia, peranti ini secara automatik akan memaklumkan talian kecemasan. Samsung? Euwww!.

5. Sony Playstation Flow (2015)

sony playstation flow 5vm91

Kredit foto: PlayStation

Playstation Flow menjanjikan sebuah pengalaman unik buat penggemar permainan PS4 dengan menggabungkan hobi bermain game bersama sukan renang.

Bahagian yang memerlukan anda 'berenang' secara maya dalam game seperti The Last of Us Remastered kini bertukar menjadi realiti.

sony playstation flow 1

Kredit foto: PlayStation

Anda boleh berhenti seketika. Pakai goggle khas yang dilengkapi dengan LCD berserta teknologi Bluetooth, earphones kalis air, sensor tindakan dan peralatan renang.

Ya, anda boleh sambung permainan anda di dalam kolam renang!

6. Tinder For Uber (2015)

tinder for uber 5vm20

Kredit foto: Telegraph

Tinder bergabung dengan Uber untuk sebuah konsep dimana pengguna Tinder berpeluang mencari jodoh dengan pemandu Uber. Rasa tak cukup romantik? Pemandu boleh bersetuju untuk membayar sejumlah tambang perjalanan anda. 

 

uber for tinder

Kredit foto: Global Dating Insights

Sebaliknya, Uber for Tinder pula menawarkan pengguna Uber perjalanan secara automatik untuk bertemu pengguna Tinder yang dipasangkan. Sama seperti konsep blind date, anda mungkin perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memilih pemandu Uber anda. 

7. Mark Zuckerberg x H&M (2016)

mark zuckerberg x h m

Kredit foto: Mark Zuckerberg x H&M

H&M menjalinkan hubungan baik dengan barisan ikon global, antaranya Facebook. H&M melancarkan jenama pakaian Mark Zuckerberg menerusi laman web parodi, markforhm.com.

mark zuckerberg x h m 1

Kredit foto: Mark Zuckerberg x H&M

Koleksi ini menawarkan hanya 7 t-shirt berwarna kelabu dan sepasang jeans asas. Ia bersempena dengan gaya Mark yang dikenali dengan pilihan pakaian yang serba ringkas.

Slogannya cukup menarik perhatian, "anda kurang satu perkara untuk difikirkan pada waktu pagi."

8. McDonald's Micro Mac (2017)

mcdonald s micro mac

Kredit foto: McDonald's

Seperti mana namanya, Micro Mac sekecil 1/48 dari saiz asal Mac. Namun, Micro Mac masih mengekalkan bahan dan cara makan yang sama dengan Big Mac.

Sebuah video juga dibuat dimana pencipta menu ini, Chef Mike Haracz menerangkan bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan Micro Mac sebagai sebuah karya agung.

Ternyata, ramai pelanggan McD khususnya pengamal diet terpedaya dan memesan Micro Mac di pandu lalu.

9. Coca-Cola Helium (2017)

coca cola helium

Kredit foto: Provoke! Online

Memperkenalkan Coca-Cola Helium, variasi baru minuman klasik Coca-Cola yang menampilkan kelainan dimana ia dikarbonatkan dengan sejumlah kecil helium.

Menurut sebuah kajian, lebih tiga perempat responden kononnya didapati mahu menikmati minuman yang memberikan unsur kejutan, tidak hanya menghilangkan dahaga semata-mata. 

Coca-Cola Helium masih mengekalkan rasa yang sama dan dIgabungkan dengan elemen hiburan. Ia menghasilkan kesan suara nada tinggi yang kelakar pada si peminum. Konsep ini akhirnya berkubur begitu sahaja.

10. Pizza Hut Spa Retreat (2017)

pizza huts spa retreat

Kredit foto: Creativepool

Memperkenalkan Pizza Hut Spa Retreats, dimana pemandu delivery akan membawa para pelanggannya ke sebuah kawasan spa di suatu lokasi terpencil.

Di sana, anda menerima rawatan seperti sauna ketuhar pizza dan topeng muka pepperoni. Terdapat juga sebuah tab panas dimana anda boleh bersantai sambil menikmati rendaman bawang putih Pizza Hut.

Paling menarik sekali bagi kami ialah...

FLIKEA dan Bigland oleh IKEA (2017)

flikea

Kredit foto: IKEA

IKEA merasmikan FLIKEA iaitu sebuah syarikat penerbangan tambang murah dengan kelas penumpang tunggal pada tahun 2019. FLIKEA akan terbang ke pelbagai destinasi antarabangsa, termasuk penerbangan tanpa henti pertama di dunia dari Sweden ke Australia.

Sebuah ilustrasi menunjukkan para penumpang FLIKEA duduk di atas kerusi iaitu perabot IKEA sendiri. Mereka turut dihidangkan menu popular IKEA, meatball (bebola daging) oleh krew kabin. 

FLIKEA bakal mengurangkan berat pesawat, keperluan bahan api dan waktu transit. Malah, harga tiketnya juga lebih murah dan tiada lagi perhentian sepanjang penerbangan. 

flikea 1

Kredit foto: IKEA

IKEA juga memperkenalkan Bigland di gudangnya yang terdiri dari tiga kawasan tanpa sebarang pengawasan. Skal! Bar ialah sebuah bar khidmat lengkap yang menyediakan minuman istimewa.

Di sebuah pusat urut berkonsepkan Sweden, anda boleh manjakan diri dengan topeng mata meatball premium. Terdapat juga pakej bungkusan badan crepe (kain perut ayam) yang serba mewah serta didatangi dalam beberapa perisa.

Pusat timbang tara pula menawarkan seorang pengantara profesional untuk membantu pelanggan yang bertengkar tentang pilihan perabot kegemaran masing-masing.

ikea bigland

Kredit foto: IKEA

Rujukan:

1. MSN

2. The Museum of Hoaxes

3. CNN [1, 2]

4. Samsung

5. PlayStation

6. Global Dating Insights

7. Mark Zuckerberg x H&M

8. McDonald's

9. Coca-Cola UK

10. Ogilvy UK

11. IKEA [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)