Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya litupan ais di Kutub Selatan dan Utara mencair sepenuhnya? Sebenarnya litupan ais di kedua kutub ini sedang pun mencair pada kadar yang agak laju. Dari tahun 1979 hingga 2006, kadar kecairan ais di Greenland menunjukkan peningkatan sebanyak 30%.

Sebahagian saintis berpendapat ia mengambil masa selama 5000 tahun untuk berlaku. Sebahagian yang lain pula menganggarkan litupan ais di kutub akan benar-benar bermula pada tahun 2030. Satu perkara yang pasti adalah orang mula memberikan perhatian kepada permasalahan ini kerana ia bukan lagi "mungkin" tetapi pasti berlaku, cuma persoalannya bila.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tahukah anda apa sebenarnya akan berlaku sekiranya kesemua ais di kutub cair sepenuhnya? Sebelum ini kami pernah berkongsi satu artikel berkenaan kesan pencairan ais di atas muka bumi sekiranya ia berlaku serta-merta. Kali ini kami perincikan lagi kesan tersebut dengan fokus di kedua-dua kutub akibat pemanasan global. 

9. Paras air laut akan meningkat

Ini bukanlah fenomena biasa seperti air pasang dan air surut yang kita lihat apabila pergi ke pantai. Jika kesemua litupan ais dan glasier cair sepenuhnya, paras air laut akan naik 216 kaki atau 66 meter lebih tinggi.

Bagi mereka yang tinggal di pinggir pantai, kebanyakan rumah akan ditenggelami air sekiranya air laut melimpah naik. Kejadian ini sudah pasti akan menjadi bencana global kerana air laut merangkumi 71% permukaan bumi yang kita diami ini.

8. Cuaca ekstrem akan berterusan dan bertambah buruk

cuaca ekstrem

Jika kesemua ais di kutub cair, kita akan mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu seperti perubahan suhu panas dan sejuk secara mendadak. Ini akan mengakibatkan bencana alam seperti ribut taufan, puting beliung, kebakaran hutan dan pelbagai lagi. Ia seakan-akan sejarah berulang kembali. Pada zaman purba, keadaan cuaca yang buruk telah menjadi punca utama mengapa sesetengah spesies haiwan pra-sejarah pupus.

Hari ini kita bernasib baik kerana mempunyai pelbagai sumber dan teknologi berbanding manusia pada abad sebelum ini untuk selamat dari cuaca ekstrem sejuk, panas, berangin atau apa sahaja jenis yang berlaku. Pada zaman ini terdapat kemudahan seperti kuasa solar, bateri, elektrik, makanan dalam tin dan perubatan untuk kita bertahan.

Kita malah mempunyai pelbagai jenis kenderaan seperti bot atau helikopter untuk tujuan penyelamatan atau perpindahan. Namun, cuaca ekstrem tetap menjadi punca kematian ratusan mungkin ribuan nyawa. Seperti yang dijangkakan ia hanya akan bertambah buruk dari masa ke semasa.

7. Jutaan orang yang tinggal di Artik terpaksa dipindahkan

penduduk arctic

Saintis berkata jika perkara ini berlaku seawal 2030 (tidak lama, hanya 3 kali Piala Dunia sahaja), sesiapa yang tinggal di Greenland, Alaska dan Siberia terpaksa dipindahkan. Kebanyakan penduduk di negara ini merupakan penduduk pinggir pantai dan akan lenyap sama sekali sekiranya tiada litupan ais untuk membantu melindungi mereka daripada ribut.

Situasi ini menyaksikan lebih dari 4 juta orang akan dipindahkan dari kawasan yang mengalami cuaca ekstrem ini. Angka ini belum termasuk mereka yang tinggal di persisiran pantai seperti yang disebut di atas tadi.

6. Kehidupan organisma dalam laut menjadi tidak seimbang

plankton organisma laut

Kini, kawasan Artik telah pun menyaksikan peningkatan jumlah ikan di perairan mereka. 5 negara Artik telah berjanji tidak akan turut serta dalam penangkapan ikan yang tidak terkawal di perairan antarabangsa. Ini adalah disebabkan kebanjiran plankton yang semakin meningkat di perairan kutub.

Para saintis juga mendapati bahawa plankton fotosintetik yang hidup dalam air laut akan mengambil alih tempat lumut yang tumbuh pada permukaan ais yang kini semakin mengurang. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan haiwan yang bergantung kepada plankton untuk hidup.

Bukan sahaja ikan, malah mamalia laut seperti singa laut yang bergantung kepada ikan sebagai diet juga akan meningkat. Jika dilihat dari satu sudut lambakan ikan ini akan membuatkan harganya menjadi murah, namun ia akan menjadi masalah dunia sekiranya jumlah ikan di sana meningkat sebanyak 70% akibat ais yang cair, menyebabkan kawasan lain mengalami kekurangan ikan.

5. Kepupusan banyak spesies haiwan

beruang kutub

Pelbagai spesies haiwan yang mendiami Artik seperti anjing laut, walrus, beruang kutub dan banyak lagi. Spesies haiwan seperti ini menjadikan ais sebagai habitat mereka. Pada tahun 2008, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika telahpun menyenaraikan beruang kutub sebagai haiwan yang diancam kepupusan.

Dianggarkan lebih kurang 25,000 ekor sahaja beruang kutub yang masih ada di keseluruhan Artik dengan 2000 hingga 3000 daripadanya tinggal di atas ais. Jika berlakukanya pencairan ais yang teruk, sesetengah daripada haiwan ini mungkin akan pupus.

4. Kepulauan seperti Miami atau Shanghai akan lenyap

bandar ditenggelami air

Jika litupan ais di kutub terus mencair, bandar-bandar pesisir pantai yang cantik seperti yang kita kenali mungkin akan berubah atau terus lenyap. Bentuk muka bumi sesebuah negara juga akan berbeza beberapa ratus tahun dari apa yang kita lihat sekarang.

Ini kerana apabila litupan ais yang banyak itu cair, paras air laut akan bertambah seperti apa yang dikupaskan di atas. Jadi inilah masanya untuk anda pergi melawati bandar-bandar pesisir pantai atau pulau yang anda inginkan. Mungkin pada masa hadapan ia akan menjadi seperti Atlantis.

3. Sungai Amazon akan melimpah

sungai amazon 104

Sungai Amazon merupakan sungai paling besar dalam dunia yang menerima kemasukan air dari banyak sumber air di serata dunia. Kini, kemasukan sumber air lain telah pun membuatkan Sungai Amazon berada pada had maksimumnya.

Jika litupan ais cair sepenuhnya, sudah pasti sungai besar ini akan mengalami perubahan ketara dan kekal. Banyangkan jika terjadinya perkara ini sungai besar yang meliputi sebahagian besar Brazil ini pasti menjadi seakan lautan sekaligus mengubah bentuk mukabumi negara itu sendiri.

2. Padang pasir menjadi lebih besar

padang pasir afrika

Di seluruh dunia kita telah melihat fenomena padang pasir sedang membesar dengan pesat. Ini kerana jika litupan ais mencair ia akan membuatkan sesetengah tempat akan lebih kering. Padang pasir di Australia juga boleh menutupi seluruh benua itu jika ini berterusan.

Cuba bayangkan benua Afrika yang mempunyai banyak padang pasir. Ia akan memberi kesan yang lebih buruk lagi kepada negara-negara benua Afrika. Saintis meramalkan jika kesemua litupan ais kutub cair, Afrika akan menjadi 100% padang pasir.

1. Kawasan tanah tinggi akan berubah menjadi pesisir pantai

bumi ditenggelami air

Menurut akhbar Daily Mail, lebih daripada 75% penduduk bumi tinggal di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang dari 300 kaki. Walaupun 300 kaki kedengaran seakan tinggi, namun bayangkan apa berlaku sekiranya kesemua litupan ais di kutub cair?

Jika paras laut meningkat 200 kaki lebih tinggi daripada sekarang, tempat rendah akan tenggelam manakala kawasan yang sedikit tinggi pula mungkin akan menjadi seperti kawasan persisir pantai. Jadi mungkinkah sekarang masa yang sesuai untuk membeli hartanah di kawasan tanah tinggi?




Hakcipta iluminasi.com (2017)