Oleh pada 19 Jul 2021 kategori

Industri muzik hip-hop boleh dikatakan agak muda berbanding aliran muzik lain tetapi semakin berkembang dari masa ke masa. Penyanyi rap pula sering menonjolkan kekayaan mereka seperti berbelanja besar, memakai barang kemas yang mahal dan memandu kereta mewah.

Sebenarnya, bakat sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan mereka benar-benar kaya. Banyak penyanyi rap yang semakin popular menceburi dunia Hollywood, memulakan perniagaan atau jenama sendiri dan membuat pelaburan untuk meningkatkan kekayaan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sedekad kebelakangan ini, ada penyanyi rap yang menjadi begitu kaya sehingga setaraf dengan legenda muzik dalam bidang lain. Berikut adalah 10 penyanyi rap paling kaya di dunia.

10. Lil Wayne - RM 630 juta

lil wayne 851

Lil Wayne atau nama sebenarnya Dwayne Michael Carter Jr. adalah artis rakaman hip-hop, penulis lirik dan pencipta lagu yang berasal dari New Orleans, Louisiana.

Pada tahun 1991, Lil Wayne yang berusia sembilan tahun ketika itu telah menyertai Cash Money Records sebagai artis rakaman termuda mereka. Album pertamanya, Tha Block is Hot mengungguli carta dan menjadikannya popular sekelip mata. 

Kerjasama Lil Wayne dengan ramai artis terkenal seperti Eminem, Nicki Minaj, Snoop Dogg dan Drake juga menambahkan lagi kekayaannya. Dia juga memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemilik bersama Tidal Records dan membuat penampilan dalam iklan besar seperti Samsung dan Super Bowl. 

9. Ice Cube - RM 673 juta

ice cube

Selain penyanyi rap, Ice Cube juga merupakan seorang penulis lagu, penerbit rakaman, pelakon dan penerbit filem. Dia memulakan kerjayanya bersama kumpulan hip-hop C.I.A sebelum menyertai N.W.A.

Setelah meninggalkan N.W.A pada Disember 1989, Ice Cube membina kerjaya solo yang juga merupakan satu kejayaan besar. Dia kemudian menceburi pula bidang lakonan.

Antara filem yang pernah dibintangi Ice Cube adalah seperti 21 & 22 Jump Street, Straight Out of Compton, Barbershop dan banyak lagi.

8. Drake - RM 757 juta

drake

Aubrey Drake Graham adalah seorang penyanyi, pencipta lagu, penerbit rakaman dan pelakon yang berasal dari Kanada. Dia mula dikenali sebagai seorang pelakon siri televisyen pada awal tahun 2000.

Pada tahun 2009, dia memulakan karier nyanyiannya apabila menyertai Young Money Entertainment yang diasaskan oleh Lil Wayne. Drake merupakan seorang penyanyi berbakat dan banyak lagunya yang berada dalam top 10 hits.

Selain itu, Drake menambah kekayaannya dengan menjadi duta jenama, pemilik bersama syarikat arak dan syarikat permainan dan hiburan. Kekayaan Drake dijangka akan bertambah dengan lebih banyak pada masa hadapan.

7. Pharrell Williams - RM 840 juta

pharrell williams

Pharrell Williams merupakan seorang artis yang serba boleh. Dia menyanyi, menghasilkan lagu dan juga filem. Dia juga bekerjasama dengan ramai artis popular seperti Jennifer Lopez dan Shakira.

Selain itu, Pharrell juga seorang yang inovati. Dia menceburi pelbagai pelaburan dan melancarkan rakamannya sendiri, i am OTHER. Dia juga memiliki syarikat tekstil Bionic Yarn dan bekerja dengan pelbagai ikon dunia fesyen.

6. Master P - RM 884 juta

master p

Master P atau nama sebenarnya Percy Robert Miller merupakan seoang penyanyi, pelakon, usahawan dan bekas pemain bola keranjang. Dia mula memperolehi kekayaan setelah menubuhkan syarikat rakaman No Limit Records.

Syarikat rakamannya menjadi pemain utama industri hip-hop bermula era 90-an apabila melahirkan ramai artis popular. Malah, Master P juga menerbitkan tiga album Snoop Dogg pada penghujung 90-an. Dia juga mengumpul kekayaan melalui bidang hiburan lain dan pelaburan.

5. Eminem - RM 968 juta

eminem 275

Tidak dinafikan lagi bahawa Eminem merupakan penyanyi rap kulit putih yang paling berjaya. Eminem atau nama sebenarnya Marshall Mathers merupakan anak didik kepada Dr. Dre dan telah memenangi sebanyak 15 Grammy Awards.

Dia juga melancarkan syarikat rakamannya sendiri iaitu Shady Records dan menerbitkan album untuk artis terkenal seperti D12 dan 50 Cent. Jika Eminem lebih aktif dalam bidang perniagaan dan pelaburan, pasti dia akan menduduki anak tangga yang lebih tinggi dalam senarai ini.

4. Dr. Dre - RM 3.28 bilion

dr dre

Kekayaan penyanyi rap pada tangga keempat jauh berbeza dengan sebelumnya. Dr. Dre atau nama sebenarnya Andre Young dianggap sebagai salah seorang penerbit hip-hop terbaik sepanjang zaman.

Dia melahirkan ramai artis popular seperti Snoop Dogg, Eminem dan 50 Cent melalui syarikat rakamannya, Aftermath Entertainment. Dia mengumpul kekayaan melalui bayaran royalti, penjualan album dan produk.

Dr. Dre juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Beats Electronics yang popular dengan produk headphone Beats by Dre. Pada 2014, syarikat Apple telah membeli Beats Electronics dengan harga USD 3 bilion.

3. Sean Combs - RM 3.78 bilion

sean combs

Penyanyi rap ini dikenali dengan pelbagai nama pentas seperti P. Diddy, Puff Daddy, Diddy dan Puffy. Selain menjadi penyanyi rap, Combs juga menubuhkan syarikat rakamannya iaitu Bad Boy Entertainment yang melahirkan ramai artis terkenal.

Combs bukan sahaja mengumpul kekayaannya melalui hip-hop tetapi juga mengasaskan jenama pakaian dan minyak wangi sendiri. Selain itu, dia menghasilkan rancangan TV dan terlibat dalam bidang pelaburan serta hartanah. 

2. Jay-Z - RM 5.47 bilion

jay z 900

Suami kepada ratu pop Beyonce ini telah memenangi 22 Grammy Awards melalui banyak karyanya yang menjadi hits. Dia juga memiliki syarikat rakaman Roc-A-Fella Records dan jenama pakaian Rocawear. Namun, ia hanyalah sebahagian kecil kekayaannya.

Dia mengumpul lebih banyak kekayaan melalui pelaburannya dalam bidang fesyen, syarikat rakaman lain, kelab malam, arak dan banyak lagi. Jay-Z merupakan artis hip-hop pertama yang melepasi kekayaan bernilai USD 1 bilion.

1. Kanye West - RM 7.58 bilion

kanye west

Kekayaan penyanyi ini melonjak naik dari beberapa ratus juta kepada beberapa bilion dalam hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Dia berjaya naik semula walaupun berhadapan dengan risiko hampir muflis.

Dia dianggap sebagai salah seorang penyanyi rap paling berbakat dan ia terbukti apabila Kanye memenangi sebanyak 21 Grammy Awards. Seperti penyanyi hip-hop terkenal lain, Kanye juga mempunyai syarikat rakaman sendiri iaitu GOOD Music.

Selain itu, suami kepada Kim Kardashian ini juga terlibat dalam pelbagai bidang peniagaan dan pelaburan. Antara perniagaannya yang paling berjaya adalah jenama fesyen Yeezy yang berkolaborasi dengan banyak jenama besar lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)