semua tahu bahawa mod pengangkutan paling cepat dan laju adalah penerbangan. Dalam dunia haiwan pula, burung adalah haiwan terpantas dari segi kelajuan. Kebanyakan haiwan menggunakan kelajuan mereka sebagai senjata utama untuk memburu mangsa atau melarikan diri dari pemangsa.
Saintis telah menemui kira-kira 10,000 spesies burung dari seluruh dunia. Terdapat sesetengah daripada burung ini terbang lebih pantas daripada yang lainnya. Berikut adalah senarai 10 ekor burung yang terbang dengan kelajuan terpantas di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
10. Albatross Berkepala Kelabu - 129 km/jam
Burung spesies Albatross Berkepala Kelabu ini adalah burung ke-10 terpantas di dunia. Burung ini juga dikenali dengan nama "Mollymawk Berkepala Kelabu" adalah seekor burung laut yang banyak terdapat di Lautan Selatan.
Seperti namanya, burung ini mempunyai kepala yang berwarna kelabu. Ia mempunyai ukuran sayap 2.2 meter panjang dan boleh menyerang dengan kelajuan maksimum 129km sejam. Spesies burung ini banyak menghabiskan hidup mereka di perairan lautan sepanjang hayatnya, oleh itu spesies burung ini mengeluarkan cecair peluh mengandungi garam bagi membuang lebihan garam dalam badan.
9. Gyrfalcon - 128.7km/jam
Burung Gyrfalcon ini merupakan burung yang terbesar di kalangan spesies falcon. Burung Gryfalcon ini juga dikenali dengan hanya nama Gyr. Spesies burung ini banyak terdapat di kepulauan Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Corak yang terdapat pada burung ini menyerupai corak seperti marmar hitam dan putih. Walaupun merupakan spesies burung falcon terbesar, burung Gyrfalcon ini sebenarnya adalah pemburu yang handal. Mereka sentiasa memburu burung yang lebih kecil seperti Ptarmigan dan Unggas Air. Walaupun memburu dalam keadaan lapar, mereka boleh terbang dengan kelajuan 128km sejam.
8. Merganser Dada Merah - 130.3km/jam
Merganser Dada Merah ini adalah spesies itik dan mempunyai dada yang tebal pada bahagian dada, menjadinya sebagai aspek utama untuk mengenali spesies itik ini. Itik-itik menyelam ini banyak terdapat di kawasan Eropah, Asia, Amerika Utara dan juga Greenland.
Tahukah anda kelajuan maksimum itik Merganser ini terbang iaitu 161km sejam sebenarnya dirakamkan dari dalam pesawat? Ia sememangnya sejenis spesies itik yang begitu unik. Dengan kelajuan purata sebanyak 130km sejam, mereka menggunakan kepantasan ini untuk menyelam dengan lebih cepat bagi menangkap ikan laut, serangga kecil dan katak.
7. Angsa Spur-winged - 141.6km/jam
Angsa Bersayap Pemacu ini adalah campuran dari jenis spesies itik liar dan angsa dan banyak terdapat di kawasan tanah lembap di sub-Sahara Afrika. Pada dasarnya burung ini adalah berbahaya jika dimakan, kerana ia mengandungi racun berpunca daripada dietnya.
Antara dietnya yang mengandungi racun adalah kumbang lepuh yang mempunyai racun kantharidin. Sekiranya angsa ini mengandungi lebih daripada 10 mg kantharidin dalam badannya, maka ia akan memudaratkan manusia yang memakannya.
Berbalik pada segi kelajuan, angsa liar ini mempunyai kelajuan purata selaju 141km sejam kerana sayapnya yang kuat. Burung yang merupakan angsa liar terbesar ini mempunyai purata lebar sayap 200 cm panjang.
6. Merpati Batu - 148.8km/jam
Anda mesti tidak menyangka bahawa burung Merpati Batu yang biasa kita lihat di negara kita setiap hari, merupakan antara burung paling laju dalam dunia. Spesies burung merpati ini boleh mencapai kelajuan purata dengan menutup sayapnya dan meluncur ketika di udara sehingga mencecah 148.8km sejam.
Burung ini hanya terdapat di kawasan Eropah Selatan, Asia Selatan dan Afrika Utara sahaja. Burung Merpati Batu ini adalah salah satu spesies burung tertua di dunia berdasarkan bukti fosil yang ditemui para pengkaji.
Dengan mempunyai populasi sebanyak 17-28 juta ekor di Eropah sahaja, burung ini dikatakan salah satu burung terbanyak dari segi populasi. Burung jenis ini juga terbang pada ketinggian rendah dan sering dilihat berada di kawasan kediaman manusia.
5. Burung Frigat - 152.8km/jam
Burung Frigat atau dikenali juga sebagai Burung Simbang Besar ini mempunyai penampilan fizikal yang agak unik dan menarik. Burung jantan spesies ini mempunyai kantung berwarna merah pada dadanya dan digunakan untuk menarik perhatian burung betina semasa musim mengawan dengan menjadikan dadanya seakan mengembung.
Burung Frigat betina pula mempunyai dada yang berwarna putih yang juga digunakan untuk menarik perhatian burung jantan. Burung Frigat merupakan salah satu spesies burung terbesar di lautan tropika dan subtropika. Apa yang agak pelik, burung Frigat ini ada kalanya menjadikan burung kecil yang lain sebagai mangsa.
Dari segi penerbangan pula, burung Frigat ini mempunyai kelajuan purata 152.8km sejam. Ia mampu terbang dengan laju disebabkan kelebihan nisbah lebar sayap dan berat badannya, walaupun mempunyai tanggungan tambahan. Disebabkan hal ini juga mereka merupakan pemangsa yang hebat di perairan lautan. Antara mangsa lain mereka adalah ikan kecil dan sotong.
4. Eurasian Hobby - 160.9km/jam
Burung Eurasian Hobby ini merupakan spesies falcon yang lebih kecil dari segi struktur badannya. Ia juga dikenali sebagai "Falco" dalam bahasa Yunani yang merujuk kepada cakarnya. Spesies burung Eurasian Hobby ini sebahagian besarnya mendiami kawasan di Eropah, Asia dan Afrika.
Sebenarnya, spesies burung ini sebenarnya adalah pendatang jarak jauh. Kajian mendapati spesies burung ini akan terbang ke lokasi berlainan yang agak jauh untuk bertelur. Mereka juga adalah salah satu spesies burung yang melakukan migrasi jarak jauh.
Ini menerangkan mengapa spesies Eurasian Hobby ini adalah salah satu burung terpantas dalam dunia. Salah satu lagi kelebihan kepantasan burung ini dapat membantu mereka dalam memburu mangsa seperti burung kecil yang lain, serangga dan juga tikus.
3. Burung Layang-layang Leher Putih - 168.9km/jam
Burung Layang-layang Leher Putih ini banyak ditemui di kawasan Asia, Eropah Barat dan juga beberapa bahagian di Great Britain, Sweden dan Norway. Burung kecil ini sememangnya luar biasa kerana mempunyai purata kelajuan 168.9km sejam.
Burung Layang-layang Leher Putih ini juga dikenalpasti sering menghabiskan masa di udara daripada berada di darat. Burung ini boleh terbang dengan sempurna tanpa sebarang geseran. Burung yang mempunyai ekor berbentuk jarum ini mempunyai purata berat sebanyak 120gram bagi burung dewasa.
2. Helang Emas - 321km/jam
Helang bukan hanya efisyen ketika terbang tinggi di atas awan tetapi ia juga boleh terbang dengan begitu cepat sekali. Burung Helang Emas ini merupakan spesies helang yang paling pantas. Spesies helang ini banyak terdapat di kawasan Hemisfera Utara.
Mereka juga terkenal dengan keupayaan hebat dalam menangkap mangsa. Selain memiliki mata yang sangat tajam dan penglihatan yang jauh, mereka juga mempunyai kaki yang kuat sehingga boleh menyeret seekor kambing dewasa.
Dengan kelajuan hampir dua kali ganda berbanding burung ke-3 terpantas, Helang Emas ini menggunakan kelajuannya untuk memburu beberapa mangsa yang bergerak pantas di tanah seperti arnab, marmot dan tupai tanah. Helang Emas ini mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 321km sejam, manakala ketika tidak memburu, mereka boleh mengekalkan kelajuan 48km sejam di udara.
1. Peregrine Falcon - 389.4km/jam
Peregrine Falcon ini adalah burung terpantas di dunia. Malah, ia juga merupakan yang terpantas dalam dunia haiwan. Dengan kapasiti maksimum selaju 389.4km sejam bagi burung dewasa Peregrine Falcon ini, tidak hairanlah jika diberi gelaran sedemikian kerana menghampiri kelajuan sebuah supercar paling pantas di dunia.
Burung yang juga dikenali sebagai Peregrine ini juga terdapat di kebanyakan benua di dunia. Para pengkaji mendapati Peregrine Falcon ini mempunyai lebih kurang 17-19 subspesies. Spesies burung betina dewasa mempunyai berat purata 700gram - 1.5 kg manakala burung jantan dewasa pula mempunyai berat 700gram hingga 1kg.
Burung Peregrine Falcon ini diketahui menjadikan burung kecil lain sebagai mangsa mereka. Burung ini juga banyak dibela dan dilatih untuk tujuan memburu, menghalau burung perosak dan pelbagai kegunaan lagi.