Di bahagian Selatan Gurun Sahara di Afrika Utara, terdapat sejenis burung yang dikenali sebagai Greater honeyguide atau nama saintifiknya Indicator indicator. Ia boleh ditemui di pelbagai habitat yang mempunyai pokok-pokok terutamanya hutan terbuka yang kering, tetapi tidak di hutan Barat Afrika.

Secara puratanya, burung ini yang sudah dewasa mempunyai purata panjang 20 sm dan berat sekitar 50g. Menariknya, sejak sekian lamanya burung ini mempunyai hubungan simbiotik dengan pemburu madu yang terdiri daripada penduduk tempatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Burung Greater honeyguide ini mempunyai diet atau pemakanan yang terdiri daripada lilin seperti lilin daripada madu lebah dan rembesan cecair dari serangga dan cacing. Mereka juga memakan serangga merangkak, labah-labah, dan kadang-kadang buah-buahan. Spesis Greater honeyguide adalah salah satu daripada beberapa spesies burung yang boleh mencerna lilin.

Kebergantungan pada manusia

madu hutan

Burung ini secara semulajadinya memakan lapisan lilin pada madu (beeswax). Walau burung ini mempunyai kepakaran unik mengesan lokasi pengumpulan madu lebah, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkannya memandangkan burung ini perlu melepasi serangan lebah yang menjaga tempat pengumpulan  madu ini.

Oleh itu, burung ini terpaksa bergantung harap pada manusia untuk mendapatkan makanannya. Burung ini akan datang pada manusia dan menghasilan bunyi yang akan menarik perhatian para pemburu madu ini. Burung ini kemudiannya akan terbang ke arah lokasi pengumpulan madu ini untuk dijejaki oleh para pemburu lebah.

Sejak berabad lamanya, penduduk tempatan telah belajar bagaimana untuk mengikut petunjuk yang diberikan oleh burung ini. Setibanya di tempat tersebut, mereka akan menghasilkan asap untuk menghalau lebah dan mengambil madu-madu yang terkumpul. Perkara ini telah berlaku sejak sekian lamanya.

burung pembantu pencari madu di afrika

Walaupun manusia telah menggunakan haiwan peliharaan untuk memburu selama beribu-ribu tahun lamanya, hubungan seperti ini jarang berlaku kerana burung ini tidak dilatih dan tidak pernah dijadikan haiwan peliharaan.

Sebaliknya, haiwan ini sendiri yang mengajar manusia untuk mengikut jejak mereka dan berburu (menghalau lebah) bagi pihak mereka. Ini adalah salah satu perkongsian kerjasama paling luar biasa antara manusia dan haiwan liar.

Penemuan sejak ratusan tahun lalu

pemburu madu hutan 811

Penemuan mengenai hubungan dan kerjasama antara manusia dan burung ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya pertama kali dilaporkan oleh seorang mubaligh Portugis bernama João dos Santos yang berpangkalan di Mozambique pada tahun 1588.

Santos sering menyedari seekor burung kecil terbang melalui ruang retakan di dinding gerejanya di Sofala dan menggigit di batang lilin. Dia juga menggambarkan bagaimana burung itu akan membawa manusia ke sarang lebah dengan memanggil dan terbang dari pokok ke pokok.

Khabar angin yang disebarkan tentang kelakuan aneh burung ini telah muncul sepanjang abad walau bagaimanapun ramai pihak telah menolaknya dan menganggapnya sebagai hanya sebuah bmitos.

Sehinggalah pada tahun 1989 apabila ahli ekologi Kenya Dr. Hussein Isack dan ahli zoologi Jerman Heinz Ulrich Reyer menerbitkan hasil penyelidikan perintis mereka yang membuktikan bahawa mitos atau kisah legenda mengenai burung honeyguide itu sememangnya benar.

Komunikasi dengan burung Greater honeyguide

burung greater honeyguide afrika pencari madu

Pemburu madu juga telah mencipta suatu cara istimewa untuk berkomunikasi dengan burung ini. Claire Spottiswoode, seorang ahli zoologi dari University of Cambridge, mendapati semasa mengikuti pengumpul madu dari komuniti Yao di Mozambique, seseorang juga boleh memanggil burung dengan siulan yang kuat diikuti oleh bunyi getaran "brrrr-hm".

Burung-burung telah belajar mengiktiraf bunyi ini sebagai petunjuk bahawa pemburu madu ini sudah bersedia untuk mengikutinya. Isyarat manusia ini, bagaimanapun hanya terhad kepada orang Yao. Kumpulan etnik atau suku lain yang tinggal seribu kilometer jauhnya mungkin menggunakan isyarat yang berbeza yang menyampaikan maksud yang sama.

Peranan yang dimainkan oleh burung kecil ini secara beransur-ansur menyusut apabila lebih banyak penduduk kampung beralih untuk menjaga sarang mereka sendiri dan bukannya memburu sarang madu lebah liar. Keadaan ini menyebabkan burung ini terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan makanannya itu.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Reuters
  3. Science Mag



Hakcipta iluminasi.com (2017)