Oleh pada 09 Dec 2017 kategori

Pada awal tahun 2017, sebuah senarai "jenama global paling bernilai" telah dikeluarkan oleh perundingan jenama, Brand Finance. Nampak gayanya, jenama teknologi masih lagi mendominasi carta 10 teratas seperti tahun lepas. 

Kedudukan ini adalah berdasarkan wawancara bersama lebih 3 juta pengguna. Ini termasuk maklumat mengenai prestasi kewangan dan perniagaan bagi setiap syarikat, yang diperoleh dari Bloomberg dan Kantar Worldpanel.

Turut disertakan ialah sedikit analisis apa yang berlaku sepanjang tempoh setahun sebelum senarai ini dikeluarkan. Ini menjadi punca kepada perubahan kedudukan syarikat-syarikat tersebut berbanding tahun sebelumnya. Jom kita sama-sama lihat 10 jenama ternama paling bernilai di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. ICBC 

Sumber foto: Design Junction

Nilai: $36.3 bilion (RM148.46 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 13

Peratusan perubahan: +32%

ICBC adalah bank terbesar dan paling berharga di dunia. Tahun ini, bank milik negara China ini berjaya mengatasi Wells Fargo untuk menjadi bank serta jenama kewangan yang paling bernilai. 

Pada tahun 2016, ICBC mempunyai keputusan kewangan yang stabil, serta keuntungan bersih yang meningkat sebanyak 1 bilion yuan ($145 juta). Hakikatnya, bank itu mendapat kritikan ramai kerana didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. Pejabatnya di Madrid diserbu pada Februari 2016.

9. Facebook

facebook 357

Sumber foto: Investopedia

Nilai: $61.9 bilion (RM253.15 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 17

Peratusan perubahan: +82%

2016 merupakan tahun yang cemerlang buat Facebook. Pada bulan April, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi itu, Mark Zuckerberg menggariskan sebuah rancangan bagi tempoh 10 tahun. Ia akan memberi tumpuan terhadap kecerdasan buatan, peningkatan hubungan di seluruh dunia, serta realiti maya dan tambahan syarikat itu. 

Pada tahun 2016, pendapatan syarikat media sosial tersebut meningkat sebanyak 51% dan tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan pada tahun 2017. Pertumbuhan Instagram dijangka menyumbang sebanyak 20% daripada pendapatan mudah alih Facebook Amerika Syarikat (AS) untuk tahun 2017.

8. Walmart

walmart 86

Sumber foto: Footwear News

Nilai: $62.2 bilion (RM254.38 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 8

Peratusan perubahan: +16%

Walmart menewaskan jangkaan penganalisis Wall Street dengan pendapatan mencapai $133 bilion. Kejayaan ini didorong oleh pertumbuhan sebanyak 36% dalam penjualan e-dagang. Ia kekal di tempat ke-8, sama seperti tahun lepas.

Terdapat juga langkah untuk memperbaiki kebajikan para pekerja Walmart, dimana gaji mereka dinaikkan pada tahun lepas. Peruncit ini tidak mengalah untuk tewas di tangan Amazon. Buktinya, Walmart sudah mengusahakan versi tersendiri kedai mereka pada masa hadapan.

7. Verizon

verizon

Sumber foto: Patch

Nilai: $62.4 bilion (RM255.20 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 5

Peratusan perubahan: +4%

Prestasi Verizon menurun berikutan jumlah pendaftaran pelanggan yang lebih sedikit berbanding jangkaan oleh penganalisis Wall Street. Bagaimanapun, pendapatannya tetap terus berkembang.

Verizon ada membuat beberapa langkah penting untuk mengukuhkan kedudukan mereka di masa depan. Ini termasuk mengembangkan bahagian media dengan mengambilalih Yahoo, perkhidmatan video langganan terbaru "Vessel", dan syarikat media "Complex".

Pelanggan Verizon mendapat liputan terbaik di AS. Mereka kini juga dapat mendaftar untuk pelan data tanpa had, yang pertama kali ditawarkan oleh syarikat itu dalam tempoh 5 tahun.

6. Samsung

samsung 255

Sumber foto: Express

Nilai: $66.2 bilion (RM270.74 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 7

Peratusan perubahan: +13%

Biarpun skandal Galaxy Note 7 hangat diperkatakan, syarikat milik Korea Selatan itu naik satu tangga pada kedudukan tahun ini. Secara kewangan, Samsung cepat bangkit dari skandal model telefon pintar keluarannya itu. Ia disokong oleh pertumbuhan cemerlang dalam perniagaan cip mereka. 

Pada permulaan tahun 2017, Samsung sekali lagi menghadapi skandal apabila ketua syarikatnya ditangkap dalam sebuah tuduhan rasuah. Syarikat itu kemudianya mengumumkan Galaxy S8 yang serba baharu dan unggul. Ia diharapkan bakal menjadi permulaan baru bagi jenama itu.

5. Microsoft

microsoft

Sumber foto: eWeek

Nilai: $76.2 bilion (RM311.64 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 4

Peratusan perubahan: +13%

Microsoft semakin berusaha keras untuk bersaing dengan Apple. Ia memperkenalkan barisan produk baru kepada pelanggan mereka. Pengiklanan Microsoft juga semakin mengikuti Apple. Malah, produknya seperti komputer Surface Studio kelihatan sama seperti Mac.

Pada tahun 2016, Microsoft berhenti mengambilalih LinkedIn yang bernilai $26 bilion. Mereka melancarkan Hololens, goggle realiti yang telah melalui proses penambahbaikan. Namun, tiada satu pun usaha berkenaan yang dapat membantu syarikat itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Apple.

4. AT&T

at t

Sumber foto: The Verge

Nilai: $87 bilion (RM355.81 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 6

Peratusan perubahan: +45%

AT&T merupakan salah satu daripada peralihan terbesar di media dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat ini berjaya memperoleh Time Warner yang bernilai $85 bilion.

AT&T mengatasi Verizon sebagai jenama telekom yang paling bernilai. Selepas membeli DirecTV pada tahun 2015, ia mengambil pendekatan "monobrand" atau satu jenama dengan menggabungkan dua logo tersebut. Ini sekaligus telah membantu pengiktirafannya di kalangan pengguna.

3. Amazon

amazon 853

Sumber foto: Shutterstock / Ken Wolter

Nilai: $106.3 bilion (RM434.74 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 3

Peratusan perubahan: +53%

Pertumbuhan ketara nilai Amazon melayakkannya berada dalam kedudukan "Top 3". Jenama ini terus menjadi kuasa untuk membentuk semula pasaran runcit. Amazon juga mula beralih ke kedai fizikal. Ini termasuk memperluaskan perkhidmatan penghantaran "Amazon Fresh" dan melancarkan kedai "Amazon Go" tanpa pengguna perlu mendaftar keluar. 

Dalam tempoh 18 bulan dari April 2017, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di AS. Menurut Brand Finance, ia dilihat sebagai suatu tanda bahawa Amazon boleh berada di kedudukan teratas pada tahun depan.

2. Apple

apple

Sumber foto: LinkedIn

Nilai: $107 bilion (RM437.60 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 1

Peratusan perubahan: -27%

Selepas 5 tahun mengungguli senarai, Apple akhirnya kehilangan takhtanya pada tahun 2017. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelebihan teknologi yang ada pada syarikat ini mula hilang. Peminat setia Apple telah sedikit sebanyak hilang kepercayaan terhadap jenama gergasi ini. Syarikat itu didakwa terlalu mengeksploitasi kerelaan para pelanggannya setianya.

Menurut Brand Finance, penurunan nilai jenama Apple adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah persaingan yang semakin tinggi daripada pesaing mereka seperti Samsung, dan jenama dari negara China seperti Huawei dan OnePlus. Kegagalan untuk menjana pendapatan penting daripada produk baru mereka seperti Apple Watch turut menjadi punca.

1. Google

google 332

Sumber foto: Clickhole

Nilai: $109.4 bilion (RM447.42 bilion)

Kedudukan tahun 2016: 2

Peratusan perubahan: +24%

Kali terakhir Google berada di nombor 1 jenama paling bernilai adalah 6 tahun lalu. Kejayaan ini telah dibantu oleh pertumbuhan pendapatan iklan sebanyak 20%. Ia juga memperkenalkan iklan baru selama 6 saat yang mendapat sambutan hangat di YouTube dan dilihat sesuai untuk pengguna mudah alih.

Ekuiti jenamanya juga meningkat sejak Google menghapuskan talian telefon pintar Nexus. Keputusan ini dibuat bagi memihak kepada apa yang dipanggil sebagai struktur "monobrand".

Pada akhir bulan Mac, seramai 250 pengiklan YouTube yang terdiri daripada barisan jenama terkemuka bertindak memboikot Google. Ini berikutan beberapa iklan utama dilaporkan diletak bersebelahan video ekstremis di laman web milik Google. Bagaimanapun, Google enggan ambil pusing dengan perkara tersebut.

Rujukan: Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)