Apabila disebutkan perkataan Apple, pastinya anda sama ada akan membayangkan buah epal atau iPhone. Ya, Apple sememangnya terkenal dengan penghasilan produk yang boleh dikatakan paling berjaya di dunia seperti iPhone dan Mac.

Apple merupakan antara syarikat yang paling berjaya dalam sejarah perniagaan dan industri teknologi. Meskipun tuduhan yang dilontarkan bahawa Apple kekurangan inovasi dan hanya mengharapkan Steve Job, namun ia kekal sebagai antara syarikat yang paling untung di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5 produk apple yang menemui kegagalan teruk 2

Namun, disebalik kejayaan yang dicipta oleh Apple melalui produk mereka, syarikat ini tidaklah sempurna dan mempunyai sejarah seperti kebanyakan syarikat di dunia di mana pelbagai produk mereka mengalami kegagalan, sama ada ketika zaman Steve Jobs atau tidak. iluminasi.com ingin kongsikan 5 produk Apple yang menemui jalan mati.

5. Apple III

apple iii 5 produk apple yang menemui kegagalan teruk

Apple III dilancarkan pada tahun 1980. Apple III yang dikaitkan dengan Apple II dan beberapa ciri-ciri inovatif termasuk reka bentuk kurang kipas untuk pengkomputeran yang lancar dan pilihan memori 512 KB (tidak pernah ada pada komputer peribadi ketika itu), model ini dijangka akan membuahkan kejayaa kepada Apple.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja komputer ini dihantar pada musim luruh 1980, Apple berhadapan dengan perkara yang amat memalukan. Pertamanya, Apple III dijual dengan harga yang sangat tidak masuk akal bagi komputer peribadi bukan sahaja pada ketika malah pada tahun 2018 sekalipun, iaitu di antara RM13,700 hingga RM19,600. 

Keputusan ini tidak termasuk kipas yang membuatkan Apple III menjadi terlalu panas menyebabkan cip-cip komputer ini longgar mengakibatkan ianya tidak berfungsi. Bagi menyelesaikan masalah ini, Apple mencadangkan pengguna untuk mengangkat komputer ini pada ketinggian 5 sentimeter di udara dan melepaskannya untuk memastikan cip-cip tersebut kembali ke tempat asal.

Dengan harga yang tak masuk akal, mesin yang gagal berfungsi dan bantuan teknikal yang merapu, Apple III menemui jalan mati yang sangat cepat berdasarkan reputasinya sahaja. Ia merupakan kegagalan besar pertama bagi Apple, dan pastinya bukan yang terakhir.

4. Klon Mac

klon mac 5 produk apple yang menemui kegagalan teruk

Microsot Windows mendominasi pasaran pengkomputeran desktop bukan sahaja dengan dipasangkan pada komputer IBM tetapi juga jutaan klon IBM yang serasi yang mula muncul pada tahun 1980an. Namun, Apple menggunakan pendekatan yang berbeza, iaitu jika anda ingin menggunakan Mac OS, anda perlu membeli komputer Mac.

Bermula di pertengahan tahun 1980an, beberapa pengurus Apple mendorong syarikat untuk sama-sama membuat versi Mac OS untuk PC yang serasi dengan IBM atau mengikut jejak langkah IBM dan membenarkan hardware Apple untuk diklon.

Namun idea-idea ini ditolak sehingga tahun 1994, dan ketika itu Apple bergelut dengan masalah kewangan yang begitu membimbangkan. Pada tahun 1995, Apple cuba idea klon dan memberikan lesen Mac OS kepada Power Computing. Beberapa syarikat lain termasuklah Motorola dan UMAX juga mengambil peluang.

Malangnya bagi Apple, mereka tak mampu untuk meniru kejayaan yang ditempa Microsoft menggunakan strategi ini. Apa yang dilakukan oleh program klon ini hanyalah membunuh penjualan Mac, dengan Apple hanya menerima sedikit sahaja bayaran untuk lesen Mac OS dan bukannya keuntungan yang besar ke atas penjualan hardware mereka.

3. Konsol permainan video Pippin

apple pippin 5 produk apple yang menemui kegagalan teruk

Tak pernah dengar tentang Pippin? Sebab itu ia berada dalam senarai ini. Pippin adalah cubaan sementara Apple untuk memasuki pasaran konsol permainan. Tujuan Apple menghasilkan Pippin bukanlah kerana ini mencipta sebuah konsol yang hebat, sebaliknya mereka cuba untuk menghasilkan semula sistem dalaman Macintosh Classic II kepada sesuatu yang kelihatan seperti mesin permainan dan memasukkan penggunaan alat kawalan jauh.

Agak sukar untuk mengatakan apa yang cuba untuk dicapai oleh Apple melalui penghasilan Pippin. Mungkin ia untuk menggalakkan pengaturcara komputer untuk menghasilkan lebih banyak permainan video untuk Mac, atau mungkin untuk memasuki pasaran konsol dengan mudah tanpa menghabiskan wang yang banyak untuk melakukan kajian untuk menghasilkan platform permainan video.

Apa pun tujuan Apple, mereka agak teragak-agak dengan inisiatif dan mencuba memasarkan di pasaran Jepun. Selepas kegagalan Pippin yang "dihancurkan" oleh pesaing hebat seperti Nintendo 64, Apple menarik balik sokongan untuk konsol ini.

Ia dijual di Amerika Syarikat dalam tempoh yang singkat, bermula Jun 1996. Namun hanya setahun, penjualan dihentikan di kedua-dua pasaran Jepun dan Amerika Syarikat.

2. Tetikus "bola hoki ais"

tetikus hockey puck apple 5 produk apple yang menemui kegagalan teruk

Apple bukan sahaja terkenal dengan teknologi dalaman sesebuah produk tetapi juga ke atas tahap penelitian terhadap estetika rekabentuk luaran produk. Ketika Steve Jobs memperkenalkan iMac pertama pada tahun 1998, satu trend dalam reka bentuk komputer telah dilancarkan.

Penggunaan kotak dihentikan dan plastik lutsinar digunakan. Trend ini diteruskan dalam penghasilan tetikus iMac yang berbentuk bulat. Steve Jobs mengiktiraf ia sebagai "tetikus terbaik yang pernah dihasilkan", namun sebelum iMac dihantar, orang mula meraguinya.

Apa yang dikenali sebagai "tetikus bola hoki ais" ini sememangnya mempunyai rekabentuk yang unik, namun fungsinya dalam kegunaan seharian amatlah teruk. Bentuknya yang pelik dan saiz yang kecil menyebabkan kekejangan pada tangan. Bentuk bulat tetikus ini membuatkan anda tak tahu sama ada anda memegangnya pada arah yang betul atau tidak.

Dengan segera Apple membetulkan keadaan dengan memasarkan dua produk baru. Pertama adalah sekeping plastik yang dipasangkan pada tetikus iMac yang memberikan bentuk tetikus tradisional, dan kedua adalah tetikus berbentuk tradisional tetapi mengekalkan rekabentuk plastik lutsinar. 

Disebabkan tidak mendapat sambutan, Apple menghentikan pengeluaran tetikus pelik ini dan menggantikan dengan Mighty Mouse dan Apple Magic Mouse.

1. Lisa

apple lisa 5 produk apple yang menemui kegagalan teruk

Ramai yang menyangkakan komputer dengan paparan antara muka pertama Apple adalah Mac yang pertama yang dikeluarkan pada Januari 1984. Namun, Lisa, dengan paparan antara muka yang sama telah dilanarkan 1 tahun sebelum Mac iaitu pada Januari 1983.

Walaupun Lisa merupakan pelopor dan rekaan inovatif pada ketika itu, namun dikatakan lumpuh disebabkan dua faktor penting. Pertama, seperti Apple III, harga Lisa membuatkan orang ramai terlopong. Ia dijual dengan harga RM39,000 untuk model asas bersamaan dengan RM98,000 pada tahun 2018.

Kedua, sistemnya adalah sangat perlahan yang dikuasakan oleh pemproses Motorola 68000, 5 Mhz. Mereka yang mengikuti perkembangan industri teknologi mengetahui bahawa Apple juga mempunyai Mac yang dalam penghasilan ketika itu yang dijangka lebih murah dan pantas.

Seperti yang dijangkakan, Mac dilancarkan setahun kemudian dengan pemproses sama iaitu 68000 berkelajuan 8 MHz, 60% lebih laju daripada Lisa. Ia membuatkan pengguna tidak langsung mempertimbangkan Lisa, dan memilih Mac.




Hakcipta iluminasi.com (2017)