Produk Apple yang paling laris iaitu iPhone terjual berjuta-juta unit setiap tahun. Pada suku akhir tahun 2018, gergasi teknologi itu melaporkan jualan hampir 47 juta unit di seluruh dunia.

Namun, tak semua pasaran adalah sama bagi Apple dan India adalah salah satu negara yang paling sukar untuk ditembusi mereka.

Walaupun sudah lebih sedekad Apple bertapak dan menjual iPhone di India, syarikat ini kelihatan seperti tidak mampu menarik perhatian pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

India adalah pasaran yang sangat sensitif, yang bermaksud bahawa penduduknya banyak memberi perhatian kepada nilai yang mereka akan dapat dari harga yang mereka bayar untuk produk tertentu.

Dan dalam kes Apple, terdapat harga premium yang dibayar untuk jenama itu sendiri dan di sinilah pengguna India yang mementingkan harga berfikir jika mereka menedapat ciri atau spesifikasi yang sama dari telefon lain yang mana boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah.

pengguna india lebih memilih samsung dan xioami

Ini membuatkan sangat sukar untuk menjual sesuatu pada harga premium.

Ketika ini, Apple sangat merasakan tekanan yang agak kuat memandangkan Samsung dan Xiaomi menyumbang kepada majoriti jualan telefon pintar di India pada suku ketiga 2018, masing-masing merangkumi 22% dan 27% daripada pasaran telefon pintar India.

Sebaliknya, Apple hanya merangkumi kira-kira 1% sahaja daripada bahagian pasaran telefon pintar di India, juga ketinggalan di belakang Vivo dan Oppo.

Juga perlu diketahui bahawa pasaran telefon pintar premium di mana Apple beroperasi hanya merangkumi kurang daripada 5% daripada keseluruhan pasaran telefon pintar di India.

Kebanyakan telefon pintar di India yang laris berada di bawah harga $200 (RM820) dan Apple tidak mempunyai sebarang sebarang produk dalam kumpulan harga ini.

iphone sangat mahal bagi penduduk india

Salah satu pesaing rapat Apple iaitu Samsung telah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran harga ini. Syarikat gergasi Korea Selatan ini telah melancarkan siri Galaxy M untuk menarik pengguna dalam pasaran India.

Sebaliknya, India kelihatan seperti tidak berminat untuk mengubah strategi mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, Apple menghasilkan produk terbaik yang memperkayakan kehidupan pengguna dan bukannya menghasilkan produk termurah.

Namun, sesetengah pelabur teknologi melihat Apple seperti tidak berhubung dengan pasaran India. Menurut Dan Niles dari Alphaone Capital Partners, Apple perlu menurunkan harga mereka di India.

"Bagaimanakah anda boleh menjual $ 1,000 telefon di pasaran seperti China di mana KDNK setiap orang adalah $ 10,000? Di India, KDNK mereka adalah $2,000. Jika purata KNDK setiap orang adalah $2,000 dan anda cuba jual telefon berharga $1,000, agak sukar untuk dijual. Mereka mungkin lebih memilih untuk makan," kata Dan Niles.

Satu lagi masalah yang dihadapi Apple adalah dari cukai. iPhone berhadapan dengan kelemahan khas dalam pasaran India kerana peraturan tempatan.

apple gagal menerajui pasaran di india

Terdapat cukai import yang sangat tinggi dikenakan terhadap telefon yang tidak dihasilkan secara tempatan di India.

Bagi kebanyakan peneraju dalam pasaran India, mereka menghasilkan telefon di India jadi mereka tidak perlu membayar cukai import yang melambung.

Samsung mula menghasilkan telefon mereka di India sejak tahun 2007 dan telah membuka kilang telefon bimbit terbesar di dunia di pinggir New Delhi pada tahun 2018.

Pengeluar telefon China seperti Oppo dan Xiaomi juga telah melabur berpuluh juga ringgit untuk membina kilang pengeluaran di negara ini.

Namun, ini tidak bermaksud Apple mengabaikan India sepenuhnya. Gergasi teknologi ini telah mengeluarkan model iPhone SE dan iPhone 6 yang lebih murah secara tempatan, melalui perkongsian dengan pengeluar Taiwan iaitu Wistron.

penghasilan iphone di india

Apple terus bekerja keras untuk memastikan mereka masih mampu bersaing dengan pengeluar telefon lain di India. Ini membuahkan hasil apabila perniagaan mereka di India meningkat daripada $200 juta kepada $2 bilion.

Namun, jumlah $2 bilion itu kekal tidak berubah selepas perkembangan pesat, jadi mereka perlu bekerja lebih keras.

Dan walaupun dengan pengeluaran perkakasan tempatannya yang semakin meningkat, Apple masih gagal untuk menyediakan pengalaman perisian yang mantap kepada pengguna India.

Selain itu, Apple tidak melakukan banyak penyesuaian untuk pasaran India dan kurang aplikasi yang memenuhi keperluan pasaran India secara khusus.

Aduan terhadap Peta Apple juga termasuk dengan kehilangan mercu tanda utama dan mempunyai data yang sangat jarang di pekan dan bandar di India.

Walaupun begitu, Apple sedang berusaha mencari jalan penyelesaian.

pengguna india tak mampu beli iphone

Syarikat itu telah mendapatkan khidmat beribu-ribu jurutera di kemudahan pemetaannya di Hyderabad untuk meningkatkan perkhidmatannya.

Apple Pay juga tidak tersedia di India, walaupun perkhidmatan pembayaran serupa dari Samsung dan Google telah dilancarkan.

Dan akhir sekali, Apple tidak boleh terlalu bergantung pada pengiktirafan dan kehebatan jenamanya untuk menjual peranti di India seperti yang dilakukan di negara lain.

Cabaran lain untuk Apple di India adalah ia tidak boleh memiliki kedai runcitnya sendiri atau kedai Apple sendiri kerana beberapa isu pengawalseliaan.

Ini bermakna Apple perlu mempunyai rakan kongsi di bahagian runcit sama ada penjual premium Apple, seperti yang ada di kebanyakan negara, atau dengan penjual semula (reseller) pihak ketiga.

kenapa apple sukar berkembang di india 63

Untuk mewujudkan kehadiran yang lebih jelas dalam pasaran India, Apple perlu mempunyai perkongsian dengan beribu-ribu penjual pihak ketiga ini, yang mana dalam negara sebesar India, merupakan satu cabaran hebat.

Apple masih merupakan simbol status premium untuk ramai orang di India, tetapi juga merupakan satu jenama yang tidak kesampaian oleh majoriti populasinya.

Dengan telefon jenama China seperti OnePlus, yang merupakan jenama telefon pintar premium dengan jualan terbaik di India pada suku kedua berturut-turut dan menawarkan ciri-ciri serupa dengan harga jauh lebih rendah, Apple berhadapan dengan laluan yang sukar untuk menguasai pasaran India.  

Rujukan:

1. CNBC

2. Tech Crunch

3. Gizmo China




Hakcipta iluminasi.com (2017)