Menara Condong Pisa yang terletak di Pisa, Itali, adalah antara struktur yang paling popular di dunia. Walaupun ia merupakan hasil kecacatan yang disebabkan oleh alam semula jadi, namun ia telah memberikan manfaat termasuklah menjadi tarikan pelancong.

Tinggi menara ini adalah 55.68 meter di bahagian yang rendah, dan 56.67 meter di bahagian yang lebih tinggi. iluminasi.com ingin kongsikan 10 fakta mengenai Menara Condong Pisa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 9

1. Tiada siapa yang tahu siapa yang mula-mula mereka bentuk menara ini namun pakar-pakar mengatakan terdapat sekurang-kurangnya 3 calon.

Wang yang digunakan untuk membina menara ini datang daripada rompakan. Orang-orang dari Pisa menyerang bandar Islam Palermo pada tahun 1064 dan menggunakan harta rompakan tersebut untuk membina menara ini.

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 8

2. Menara condong ini mengambil masa 199 tahun untuk siap yang mula dibina pada tahun 1173 dan siap pada tahun 1372. Ketika sedang dalam pembinaan, menara ini mula condong. Kecondongan ini bermula ketika binaan hanya berada di tingkat kedua menjelang tahun 1178.

3. Penyebab menara ini menjadi condong adalah disebabkan struktur muka bumi yang lembut dan tanah yang lembap. Ia dibina di atas tanah yang berair dan tidak cukup kukuh untuk menampug struktur batu yang sangat besar dan berat.

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 1

Seorang pekerja pembinaan telah menyedari akan kecondongan menara itu, membuatkan pembinaan itu terhenti hampir 100 tahun, iaitu pada tahun 1178. Pembinaan diteruskan pada tahun 1272.

4. Menara itu terselemat daripada runtuh disebabkan oleh rehat yang lama, di mana batu binaan menara ini memampatkan struktur muka bumi di kawasan itu membuatkannya lebih kukuh.

Selepas meneruskan semula pembinaan, mereka cuba untuk membina baki tingkat lebih rendah di satu bahagian namun ia tidak berhasil.

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 2

5. Cubaan untuk memperbaiki struktur ketika fasa kedua pembinaan telah mengalihkan pusat graviti dan kecondongan itu telah berubah daripada ke arah utara pada mulanya, kepada ke arah selatan.

Untuk mengembalikan kecondongan menara ini kepada ke arah asal, berjuta-juta ringgit dibelanjakan. Menara ini ditutup antara tahun 1990 hingga 2001 untuk melakukan kerja pemulihan, iaitu membuang tanah bagi membetulkan condong yang semakin teruk ke arah selatan, dan berjaya mengembalikan ia condong ke arah utara semula.

6. Pada tahun 1911, pengukuran tahap kecondongan bermula namun hanya dilakukan setahun sekali. Pengukuran yang lebih kerap dilakukan oleh pihak berwajib bermula beberapa dekad yang lalu.

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 10

Pada tahun 1964, kecondongan menara ini menjadi sangat teruk sehinggakan condong 17 kaki daripada pusat sehinggakan memaksa kerajaan meminta secara terbuka cadangan untuk membaiki menara ini.

Pada tahun 1995, para jurutera telah membekukan tanah di sekeliling menara ini menggunakan cecair nitrogen dengan harapan menstabilkan struktur bumi. Namun ia sekali lagi tidak berhasil. Pelan untuk memasang cerucuk bawah tanah juga dibatalkan.

san michele degli scalzi 10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 4

7. Menara Condong Pisa ini bukanlah satu-satunya bangunan condong di Pisa. Rupa bentuk muka bumi di kawasan ini menyebabkan beberapa menara gereja condong termasuklah San Michele degli Scalzi, namun tidaklah secondong menara ini.

Juga terdapat beberapa menara condong lain di seluruh dunia, yang mana ada yang dibina dengan sengaja dengan rupa bentuk condong, dan ada yang secara semulajadi. Tapi tiada yang sepopular menara ini. Antaranya termasuklah Masjid Besar al-Nuri di Iraq dan Capital Gate di Abu Dhabi.

8. Menara Condong Pisa bukanlah menara yang paling condong di dunia. Menara gereja di Suurhusen, Jerman lebih condong.

10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 0

Benito Mussolini, bekas Perdana Menteri Itali hampir-hampir memusnahkan menara ini. Beliau yang menganggap menara yang condong tidak sesuai untuk negara fasis cuba untuk membetulkan keadaan dengan menuangkan kongkrit pada asas menara ini pada tahun 1934.

Namun, tindakan itu membuatkan keadaan menjadi semakin buruk.

9. Seorang tentera Amerika Syarikat telah menyelamatkan menara ini daripada musnah apabila hampir-hampir memberikan perintah untuk meletupkan menara ini kerana mengesyaki ia digunakan oleh tentera Nazi. Namun beliau tidak mampu untuk menghancurkan menara yang begitu indah ini.

san michele degli scalzi 10 fakta mengenai pembinaan dan baik pulih menara condong pisa 11

10. Walaupun condong, namun menara ini dipasangkan dengan 7 buah loceng yang sangat besar. Loceng yang paling besar adalah seberat 3,175 kilogram, iaitu lebih berat daripada seekor badak sumbu.

Pelancong dibenarkan untuk naik hingga ke tingkat atas menara ini, walaupun ia kelihatan sangat bahaya kerana terlalu conong.

Hasil daripada usaha pemulihan yang dilakukan bermula tahun 1990an, tiada kecondongan tambahan dikesan. Menara ini dikatakan berhenti daripada semakin condong pada tahun 2008.




Hakcipta iluminasi.com (2017)