Apabila disebutkan tentang menera condong, pastinya ramai yang hanya mengetahui tentang Menara Condong Pisa. Namun sebenarnya terdapat banyak lagi menara atau bangunan yang mengalami kecondongan di serata dunia.

Malah, beberapa buah menara condong lain lebih condong berbanding Menara Condong Pisa. Menara-menara ini mengalami kecondongan disebabkan oleh 2 perkara iaitu struktur alam semulajadi dan juga disengajakan dalam pembinaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 menara condong paling terkenal di seluruh dunia, selain Menara Condong Pisa.

10. Menara Elizabeth (Big Ben)

big ben

Terletak di London, England, Menara Elizabeth sebelum ini dikenali sebagai menara jam.

Walaupun kebanyakan orang lebih mengenali menara itu sebagai "Big Ben", tetapi sebenarnya "Big Ben" adalah nama bagi jam pada menara ini.

Tiang setinggi 96 meter yang menjadi sebahagian daripada Istana Westminster dan bangunan parlimen asal itu telah dibakar pada awal 1930-an.

Bangunan itu berdiri teguh dan tegak sehingga tahun 2011 apabila para jurutera mula menyedari bahawa ia condong secara beransur-ansur.

Jurutera menganggarkan bahawa masa yang mungkin diambil untuk bangunan ini mencapai sudut kecondongan seperti Menara Condong Pisa adalah selama 4,000 tahun. 

9. Menara Condong Nevyansk

menara condong nevyansk

Menara Condong Nevyansk terletak di Nevyansk, Rusia. Ahli sejarah mencadangkan bahawa bangunan ini dibina antara tahun 1721 dan 1745 oleh Akinfiy Demidov.

Dengan ketinggian 57.6 meter dan tapak seluas 31 kaki persegi, menara ini telah condong kira-kira 2.1 meter dari sudut 90 darjah.

Walaupun tujuan pembinaan menara ini tidak diketahui, ada legenda yang mengatakan bahawa seorang arkiteknya sendiri yang mencondongkan menara ini dengan sengaja untuk menghadap ke arah tempat kelahirannya di Tula.

8. Menara Condong Teluk Intan

menara condong teluk intan 701

Terletak di Perak, Malaysia, Menara Condong Teluk Intan dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor China.

Ia menjadi antara salah satu lokasi tarikan pelancong di Malaysia.

Menara ini kelihatan mirip dengan menara condong Pisa, tetapi ia terbahagi kepada 3 bahagian.

Menara berketinggian 25.5 meter ini dibina untuk tujuan menyimpan air bagi kegunaan semasa musim kemarau.

Ia condong kerana dibina di atas tanah yang lembut dan juga disebabkan oleh berat tangki air itu sendiri.

7. Menara Condong Bologna 

menara condong bologna

Towers of Bologna juga disebut sebagai "Due Torri" yang mana kedua-duanya dibina pada abad ke-12 oleh keluarga Asinelli dan Garisenda.

Kedua-duanya mempunyai ketinggian yang sama pada asalnya, tetapi menara Garisenda menjadi lebih rendah pada abad ke-14 kerana tapaknya yang tidak stabil dan berisiko condong.

Menara yang dibina sebagai simbol status ini condong sebanyak 4 darjah, lebih condong daripada Menara Condong Pisa yang condong 3.97 darjah.

6. Giant Wild Goose Pagoda

giant wild goose pagoda

Terletak di Xi'an, China, Giant Wild Goose Pagoda pada asalnya dibina pada tahun 652 sebelum dibina semula pada tahun 704.

Bangunan ini mempunyai 10 tingkat asalnya sebelum ia dilanda gempa bumi yang mengurangkan jumlah tingkat kepada 7 tingkat.

Setiap tingkat adalah berbentuk empat segi dan saiz setiap tingkat menjadi semakin sempit apabila tingkat semakin tinggi.

Dengan ketinggian 64 meter, bangunan Buddha ini condong ke arah barat.

5. Oude Kerk (Delft)

oude kerk

The Oude Kerk adalah Gereja Protestan Gothic yang terletak di Delft, Belanda.

Ia ditubuhkan sebagai Gereja St. Bartholomew pada tahun 1246 dan seni bina bangunan ini mengikuti susunan basilika tradisional.

Menara bata setinggi 75 meter ini condong kira-kira 2m dari sudut kanan.

Semasa proses pembinaan, pangkalan itu tidak cukup stabil untuk menampung berat bangunan, dan menara mula melihatkan kecondongan.

4. Menara Condong Toruń

menara condong torun

Terletak di Poland, Menara Condong Toruń dibina pada abad ke-13 untuk menjadi sebahagian dari pertahanan Torun.

Ia terdiri daripada batu bata merah dan berfungsi sebagai penjara perempuan pada abad ke-18.

Pada abad ke-19, bangunan 49 kaki tinggi ini digunakan oleh tukang besi dan tukang senjata api.

Jurutera menyedari bahawa bangunan itu condong kerana ia dibina di atas tanah liat, yang tidak mampu menampung beratnya. Dengan condong sebanyak 4 kaki 11 inci, menara itu merupakan mercu tanda bagi sejarah Torun.

3. Menara Bad Frankenhausen

bad frankenhausen tower

Salah satu mercu tanda paling terkenal di bandar Bad Frankenhausen di Jerman adalah Gereja Oberkirche yang berketinggian 56 meter.

Gereja ini dibina pada tahun 1382 oleh ahli-ahli Persatuan Christian Salter dan ia telah didapati condong sejak abad ke-17.

Kecondongan tersebut disebabkan oleh tanah jerlus di sekitar kawasan yang dibangunkan kerana perlombongan garam. Menara ini terus condong sekitar 6 sentimeter setiap tahun.

2. Menara Condong Suurhusen

leaning tower of suurhusen

Menara Gereja Suurhusen yang terletak di Suurhusen, Jerman dilaporkan mempunyai kecondongan tidak disengajakan yang terbesar yang pernah dilihat pada mana-mana bangunan di seluruh dunia oleh Guinness Book of World Records.

Terletak di kawasan paya, tapak menara yang terdiri daripada kayu oak membuatkannya teguh dan tegak selama ribuan tahun.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pengaliran paya yang luas pada abad ke-18, tapak lokasi itu menjadi tidak stabil lantas menyebabkan bangunan itu mula condong.

1. Capital Gate

capital gate abu dhabi

Tak semua menara condong adalah akibat dari kesilapan atau bencana alam, beberapa daripadanya sengaja dibina condong.

Capital Gate juga disebut sebagai Menara Condong Abu Dhabi. Ia adalah pencakar langit setinggi 159 meter di Abu Dhabi dengan 35 tingkat dan ruang pejabat berkeluasan lebih daripada 170,000.

Capital Gate adalah antara bangunan tertinggi di Abu Dhabi dan sengaja direka dengan kecondongan 18 darjah ke arah barat. Syarikat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi adalah pemilik dan pemaju menara terkenal ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)