Muzik dianggap sebagai salah satu bentuk seni dan hiburan yang tertua di duniaa. Alat muzik telah ditemui sejak beribu-ribu tahun dahulu membuktikan bahawa muzik sangat penting sejak permulaan zaman.

Alat muzik biasanya dijual dengan harga berpatutan supaya mampu dibeli oleh kebanyakan orang untuk belajar. Namun, terdapat beberapa alat muzik yang berharga tak masuk akal kerana beberapa faktor tertentu termasuklah nilai sentimental dan antik, dan iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 alat muzik paling mahal dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Violoncello - RM1.41 juta

violoncello 10 alat muzik paling mahal di dunia

Keluarga Gangliano sememangnya terkenal dengan penghasilan biola Neopolitan mereka. Gennaro Gagliano dilahirkan di Naple, Itali dan merupakan anak kedua kepada Alessandro Gennaro.

Beliau mempunyai kedudukan yang menonjol dalam keluarganya kerana penghasilan alat muziknya yang sangat baik dan antara salah satunya adalah Violoncello. Alat muzik ini dianggap hampir sempurna berdasarkan kualiti bunyinya.  instrumennya yang baik, dan salah satunya ialah Violoncello. Ia dianggap hampir sempurna kerana kualiti bunyi.

Pada tahun 2009, Violoncello ini dijual dalam satu lelongan dengan harga RM1.41 juta.

9. Gasparo Bertolotti ‘Da Salo’ - RM2.11 juta

gasparo bertolotti da salo 10 alat muzik paling mahal di dunia

Juga dari Itali, Gasparo Bertolotti merupakan antara salah seorang pembuat biola paling hebat dalam sejarah. Perniagaan pembuatan biolanya berlangsung lebih daripada 50 tahun dan beliau telah menghasilkan pelbagai jenis alat muzik bertali yang berbeza-beza sepanjang kariernya.

Da Salo, yang dipercayai biola kegemarannya, telah dijual dalam satu lelongan pada tahun 2004 dengan harga mencecah RM2.11 juta.

8. OM-45 De Luxe Authentic 1930 - RM2.16 juta

om 45 de luxe authentic 1930 10 alat muzik paling mahal di dunia

OM-45 De Luxe Authentic 1930 adalah gitar yang sangat terkenal dana menjadi rebutan, hasil keluaran C.F Martin Company. Gitar ini adalah replika model asal, yang mana bahagian belakangnya menampilkan rosewood Brazil dan tong tulen 1930. Replica ini kini dijual pada harga RM390,000.

Namun, versi originalnya dihasilkan pada tahun 1930. C.F Martin hanya menghasilkan 15 gitar dan salah satunya dimiliki oleh bintang muzik country, Roy Rogers. Ia dijual dalam satu lelongan pada harga RM2.16 juta.

7. Eric Clapton Blackie Stratocaster - RM3.74 juta

eric clapton blackie stratocaster 10 alat muzik paling mahal di dunia

Dihasilkan pada tahun 1950, Blackie Stratocaster Guitar milik Eric Clapton menjadi antara salah satu gitar paling terkenal dan diimpikan dalam sejarah muzik. Perjalanan gitar ini bermula apabila Eric Clapton membeli beberapa gitar Stratocaster pada tahun 1970an, ketika ia dijual dengan harga beberapa ribu ringgit sahaja seunit.

Dan gitar yang menjadi kegemaran beliau adalah Blackie. Penampilan terakhir Blackie adalah pada Mei 1991 dan 2004. 

Ia dijual oleh Christie Auction House di New York dengan harga RM3.74 juta.

6. Steinway Z - RM6.51 juta

steinway z piano 10 alat muzik paling mahal di dunia

Piano Steinway Z merupakan piano di mana John Lennon mencipta lagu hit klasik yang ikonik, iaitu Imagine. Piano ini dihasilkan pada tahun 1970 dan dibeli oleh pengasas The Beatles ini.

Pada tahun 2000 di sebuah acara lelongan, piano ini telah dibeli oleh George Michael dengan harga RM6.51 juta. George berkata sangat berbaloi dan sepatutnya dipamerkan kepada orang ramai dan bukan disimpaan.

5. Lady Tennant Stradivarius - RM7.9 juta

lady tennant stradivarius 10 alat muzik paling mahal di dunia

Lady of Tennat adalah antara biola yang antik. Ia dicipta oleh Luthier Anotonio Stradivari dari Itali pada tahun 1699.

Lady Tennant dimiliki oleh beberapa orang sepanjang sejarah. Ia pada asalnyailik Charles Philippe Lafont, seorang pemain biola pada bad ke-19. Selepas kematiannya, pengedar dari London telah membeli biola ini.

Namun, pada tahun 1900, seorang ahli perniagaan dari Scotland membeli biola ini sebagai hadiah kepada isterinya dan memberi nama "The Lady Tennant". Ia dijual pada tahun 2005 dengan harga RM7.9 juta. 

4. Hammer Stradivarius - RM13.8 juta

hammer stradivarius 10 alat muzik paling mahal di dunia 869

Biola Hammer Stradivarius adalah biola dibuat oleh Luthier Antonio Stradivari pada tahun 1707. Biola antik ini dinamakan bersempena pengumpul alat muzik Sweden pada, Christian Hammer yang merupakan pemilik pertama biola ini.

Biola ini dijual pada tahun 2006 dengan harga RM13.8 juta kepada pembeli rahsia yang memecahkan rekod The Lady Tennant. Biola ini telah dipinjamkan kepada beberapa pemain biola untuk persembahan orkestra, termasuklah oleh Kyoko Takezawa.

3. Lady Blunt Stradivarius - RM62.4 juta

lady blunt stradivarius 10 alat muzik paling mahal di dunia

The Lady Blunt Stradivarius menjadi perhatian media pada tahun 2011 selepas dilelong dengan harga RM62.4 juta, yang paling mahal ketika itu. Ia merupakan milik Stradivarius yang dipelihara selama 3 dekad.

Biola ini dijual untuk membantu tragedi tsunami dan gempa bumi Tohoku pada tahun 2011 dengan hasil bantuan dana Yayasan Nippon. Ia dinamakan bersempena nama cucuk kepada penyair terkenal, Byron, yang dipanggil dengan panggilan Lady Anne Blunt.

2. Duport Stradivarius Cello - RM78 juta

duport stradivarius cello 10 alat muzik paling mahal di dunia

Berada di tangga ke-2 alat muzik paling mahal juga merupakan hasil kerja Luthier Antonio Stradivari, iaitu cello yang diberi nama The Duport Stradivarius Cello. Namanya bersempena nama pemiliknya, Jean-Louis Duport.

Cello ini mempunyai lekuk yang masih kelihatan hasil daripada kendalian yang kasar oleh Napoleon Bonaparte. Ia merupakan antara cello Stradivari paling berharga dan dijual kepada Yayasan Muzik Nippon dengan harga RM78 juta.

1. MacDonald Stradivarius Viola - RM175.4 juta

macdonald stradivarius viola 10 alat muzik paling mahal di dunia

Dan sekali lagi hasil tangan Antonio Stradivari berada dalam senarai ini, kali ini sebagai alat muzik paling mahal di dunia. Biola MacDonald Stradivarius dihasilkan pada tahun 1719, dan merupakan salah satu daripada dua biola model ini yang ada di tangan pemilik peribadi.

Perbezaan di antara viola dan biola adalah viola mempunyai pitching yang lebih rendah berbanding biola dengan pitching yang besar. Biola ini dinamakan bersempena Baron MacDonald ke-3.

Ia dilelongkan pada harga RM175.4 juta malangnya ia masih belum terjual disebabkan harganya yang terlalu mahal dan tak masuk akal.

Rujukan:

1. Time

2. Wond

3. Finances Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)